REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Kabus di Muar

Gambar diambil pada 11 Sep 2010

Mee Bandung Muar

Resipi boleh didapati di sini http://anjungweb.com/artikel-utama/resepi-mee-bandung-muar/

Clock Tower Muar

Pic Courtesy Of http://dululainsekaranglain.com/informasi/kampungku-bandar-maharani-muar

Thursday, March 31, 2011

Pelajar cemerlang terima komputer riba

MUAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamed Taslim dan ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh meraikan kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, Ahmad Ibrahim Zakaria, baru-baru ini.

Dalam kunjungan ke rumah pelajar tersebut, Mohamed menyerahkan komputer riba kepada Ahmad Ibrahim sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan yang diperolehnya.

Mohamed berkata, lebih membanggakan apabila Ahmad Ibrahim bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar turut muncul sebagai pelajar terbaik seluruh Johor.

Menurutnya, kejayaan tersebut mengharumkan nama daerah Muar, sekolah dan juga keluarganya.

“Ahmad Ibrahim merupakan anak kepada seorang aktivis Pas yang dikenali ramai, Zakaria Nor yang kembali ke rahmatullah pada 2008 selepas Pilihan raya Umum (PRU) yang lalu.

“Zakaria pernah memegang amanah sebagai Ketua Pemuda Pas Kawasan Bakri, Ketua Urusan Ulama’ Pas Kawasan Bakri dan juga Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Johor,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamed berkata, kejayaan Ahmad Ibrahim perlu menjadi teladan kepada pelajar yang lain kerana ketabahannya mengharungi hidup walaupun ketiadaan ibu dan ayah tercinta.

Selain itu, Ahmad Ibrahim juga telah hafaz 13 juzuk al-Quran dan keberkatan itu memungkinkan beliau memperoleh semua A dalam SPM 2010.

“Semoga ketabahan beliau ini menjadi pendorong dan contoh terbaik kepada adik-adik lain yang bakal mengambil SPM akan datang,” katanya.

Sinar Harian
31 Mac 2011

Tidak sempat jual sate

MUAR – Hajat seorang peniaga untuk menjual sate tidak kesampaian apabila maut setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Salleh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, Norzamri Mahathir, 41, dalam perjalanan dari Sungai Abong menuju ke pusat bandar.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan pulang semula ke rumah seketika daripada kedai makannya di Jalan Maharani untuk mengambil barang tertinggal.

Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Fahmi berkata, sebelum berlaku insiden tersebut, dia berada di belakang motosikal mangsa.

“Mangsa yang menunggang motosikal secara bersendirian dipercayai cuba mengelak daripada kenderaan yang menghampirinya,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, motosikal mangsa hilang kawalan yang menyebabkan mangsa terjatuh dan terpelanting ke tepi jalan.

“Insiden ini menyebabkan kepala mangsa terhantuk pada tembok yang terletak berhampiran di bahu jalan.

“Akibatnya kepala mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, isteri mangsa yang masih terkejut dengan kejadian yang menimpa suaminya terpaksa ditenangkan ahli keluarga.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

Sinar Harian
31 Mac 2011

Saturday, March 26, 2011

Pelajar diragut lepas ambil keputusan SPM

MUAR – Kegembiraan seorang pelajar selepas mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berpanjangan apabila dia menjadi mangsa ragut semasa dalam perjalanan pulang ke rumah pada Rabu, lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa yang bersendirian menunggang motosikal ditendang dari arah belakang oleh suspek menyebabkannya terjatuh.

Setelah terjatuh, suspek bertindak merampas telefon bimbit mangsa dan melarikan diri ke arah pusat bandar.

:Akibat ketakutan, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran dan turut membantu polis dengan memberitahu nombor pendaftaran motosikal suspek.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, atas maklumat yang diberikan mangsa, polis segera membuat gerakan memburu suspek di sekitar daerah ini.

“Hasil daripada maklumat yang diberikan oleh mangsa, polis berjaya memberkas suspek bersama motosikal yang digunakan untuk melakukan jenayah ragut.

“Suspek berusia 15 tahun ditahan polis kira-kira jam 5.30 petang keesokan harinya di Jalan Kim Kee di Jalan Salleh di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, suspek juga cuba melarikan diri namun tindakan pantas polis berjaya memberkas suspek selain turut berjaya merampas telefon bimbit milik mangsa yang diragut tempoh hari.

“Suspek yang tidak bersekolah itu akan disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, suspek kini ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut,” katanya

Nasir berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat jatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Sinar Harian
26 Mac 2011