REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Kabus di Muar

Gambar diambil pada 11 Sep 2010

Mee Bandung Muar

Resipi boleh didapati di sini http://anjungweb.com/artikel-utama/resepi-mee-bandung-muar/

Clock Tower Muar

Pic Courtesy Of http://dululainsekaranglain.com/informasi/kampungku-bandar-maharani-muar

Saturday, February 26, 2011

Adik belasah kakak

MUAR – Gara-gara tidak berpuas hati mengenai harta pusaka, seorang wanita berusia 46 tahun nyaris maut apabila dia dipukul oleh adik lelakinya di Kampung Seri Menanti Pagoh pada 20 Februari lalu.

Bukan itu sahaja, mangsa turut diugut oleh adik lelakinya dengan mengacukan sebilah pedang samurai di lehernya.

Kerana takut dengan ancaman daripada suspek, mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis berhampiran.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan berkata, berdasarkan laporan itu, pihak polis membuat serbuan untuk menangkap suspek dan merampas pedang samurai tersebut.

Menurutnya, dalam serbuan itu juga pihak polis turut menjumpai dan merampas sebilah senapang angin.

“Serbuan ini juga akhirnya berjaya membongkar aktiviti rakan suspek yang terbabit dalam membuat senapang angin di rumahnya di Kampung Makmor, Pagoh.

“Suspek dan rakannya ditahan kerana dipercayai memiliki dan membuat senjata api tanpa lesen,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua-dua suspek telah didakwa di Mahkamah Majistret pada 24 Februari lalu di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan dikenakan denda RM800 setiap seorang atas kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen

“Suspek berusia 38 tahun itu juga disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dengan denda sebanyak RM800 serta disiasat mengikut Seksyen 323 kanun yang sama kerana mencederakan kakaknya,” katanya.

Sinar Harian
26 Feb 2011

Pemandu wanita terselamat

MUAR – Seorang wanita terselamat apabila kereta yang dipandunya jenis Nissan terbakar secara tiba-tiba ketika melalui Jalan Junid di sini, kelmarin.

Dalam kejadian ketika jam 8.30 pagi, Asiah Khamis berkata, dia dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Jalan Junid.

Menurutnya, apabila menghampiri persimpangan Jalan Junid, keretanya mengeluarkan asap dari papan muka kenderaannya.

“Panik dengan kejadian tersebut, saya mengambil tindakan pantas keluar daripada kereta untuk menyelamatkan diri sebelum api menjadi marak membakar kereta.

“Saya berasa bingung dan terkejut dengan insiden ini serta bersyukur kerana terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, saksi kejadian, Zakaria Muhammad, 58, berkata, dia berada di tempat kejadian semasa insiden tersebut berlaku.

Menurutnya, ketika itu dia bersama beberapa rakannya yang lain baru pulang daripada berjoging di kawasan Tanjung Emas.

“Semasa melintasi persimpangan lampu trafik berkenaan, saya terkejut melihat api marak dari sebuah kereta.

“Orang ramai yang melalui jalan ini turut menjarakkan diri dari kenderaan terbabit kerana bimbang kereta yang terbakar ini meletup dan membahayakan nyawa orang ramai,” katanya.

Menurutnya, sejurus terlihat insiden kebakaran itu, dia segera menelefon bomba untuk menyelamatkan keadaan memandangkan api semakin marak di kereta tersebut.

“Orang ramai ketakutan dan berusaha menjauhkan diri daripada kenderaan tersebut kerana bimbang akan meletup pada bila-bila masa.

“Kira-kira 10 minit kemudian anggota bomba tiba ke lokasi kejadian untuk memadamkan api, namun kenderaan itu sudah hangus terbakar,” katanya.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya mengambil masa lebih kurang lima minit untuk memadamkan api.

“Insiden ini turut menyebabkan lalu lintas di persimpangan lampu trafik di Jalan Junid sesak dan pulih sediakala apabila rangka kenderaan itu dialihkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan mangsa terselamat daripada sebarang kecederaan,” katanya.

Sinar Harian
26 Feb 2011

Friday, February 18, 2011

Lakar sejarah baru

MUAR - Sekolah Menengah (SM) Sains Muar melakar sejarah apabila diisytiharkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak semalam.

Pengetua Kanan, Samian Sawiyo berkata, pengiktirafan itu kerana kelebihan mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.

Menurutnya, sekolah itu mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik serta berdaya saing di persada antarabangsa.

“Pengiktirafan ini kerana sekolah ini memenuhi prasyarat iaitu berpencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80 peratus dalam peperiksaan awam (SPM); berpencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90 peratus dalam semua dimensi; menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti; Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara; wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah; Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program dan membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.

“Pencapaian tertinggi ini hasil kerja keras guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar. Pengekalan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar yang berterusan telah melayakkan Sekolah Menengah Sains Muar menerima pelbagai anugerah,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, antara anugerah yang berjaya diterima sekolah tersebut ialah Anugerah Pencapaian Cemerlang SPM 2007-2009 daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Sijil Penghargaan Pencapaian Gred Purata Sekolah 1.34 SPM 2009 daripada KPPM, Sijil Penghargaan Pencapaian Peratus Pelajar Cemerlang Tertinggi SPM 2009 daripada Pengarah Pelajaran Johor,

“Sekolah ini turut menerima anugerah Sijil Penghargaan Pencapaian Cemerlang SPM 2009, Kategori Sekolah Berasrama Penuh daripada Pengarah Pelajaran Johor. Anugerah Emas SPM 2007 – 2009 dan Anugerah Khas 2008-2009. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 yang lalu memperlihatkan SM Sains Muar berkedudukan ke-7 di Malaysia apabila seramai 130 pelajarnya memperoleh keputusan A penuh selain mengekalkan tempat pertama dalam Negeri Johor selama lima tahun berturut-turut,” katanya.

Samian berkata, lebih membanggakan apabila sekolah itu juga menjadi penanda aras dan contoh kepada sekolah-sekolah dari dalam dan luar negara.

“Sekolah ini juga mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah dan institusi pendidikan di luar negara iaitu dengan SMAN2 Tanjung Pinang, Riau Indonesia, SMAN1 Bukit Tinggi, Sumatera Barat Indonesia, SMAN1 Padang Panjang, Sumatera Barat Indonesia. Ly Tu Trung Technical College, Ho Chi Minh City dan Madrasah Aljunied AlIslamiah di Singapura. Jalinan antara badan-badan bukan kerajaan dan pertubuhan antarabangsa juga diadakan antaranya dengan China Radio International (CRI), Beijing, Ho Chi Minh City Union of Frienship (HUFO,” katanya.

Selain itu, antara pencapaian Kokurikulum 2007-2010 yang terbaik ialah apabila menerima Anugerah Khas World Robotic Olympiad, Johan Pertandingan Esei Sempena Hari Intelek Bahasa Melayu Kebangsaan, Sijil Pertandingan Sains, English, Matematik dan Kemahiran Komputer Anjuran Universiti South of Wales Australia.

Bahkan, Sekolah Menengah Sains Muar juga menyertai Kongres Pemimpin Muda Johor ke German dan Singapura, Jembori Pengakap di Sumatera Indonesia, Pertukaran Pelajar ke Jepun dan Amerika Syarikat, Peserta Pertandingan Teater di Iran dan pernah mendapat Anugerah Emas Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan Sekolah Berasrama Penuh.

Sinar Harian
18 Feb 2011

Tuesday, February 8, 2011

Banjir surut buaya timbul

MUAR: Penduduk Kampung Tanjung Olak di Bukit Pasir terbabit dengan banjir sejak seminggu lalu digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sejak beberapa hari lalu.

Reptilia itu beberapa kali muncul di permukaan air yang menenggelami lebih 300 rumah di kampung berkenaan.

Lebih menakutkan apabila penduduk melihat sendiri reptilia itu menyerang sekumpulan angsa, baru-baru ini.

Penduduk, Kamarudin Ahmad berkata, kejadian itu berlaku jam 7.15 malam kelmarin dan mulanya menyangka ia tunggul kayu.

myMetro
8 Feb 2011

Monday, February 7, 2011

Banjir di Pahang dan Pagoh Muar

KAMARUDDIN Samad menaiki bot meninjau kebun pisang miliknya yang dilanda banjir sejak beberapa hari lalu di Kampung Gadak, Muadzam Shah, dekat Rompin, Pahang,semalam. 03 FEBRUARI 2011. UTUSAN/MAHATHIR ALI


Mangsa banjir menggunakan sampan untuk mengambil barang-barang di rumah mereka yang masih ditenggelami air di Pekan Pagoh pada Jumaat. Terdapat kira-kira 14,000 mangsa banjir di Seluruh Johor ketika ini dengan 2,600 daripadanya di Pagoh yang dipindahkan ke 42 pusat pemindahan. Foto BERNAMA 4 Feb 2011

Pasangan pengantin bernikah dalam banjir

ARKIB

NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam.

MUAR - Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam.

Baginda berkenan menghadiri majlis pernikahan Hishamuddin Darwis, 30, dan Norliana Sakiman, 21, selepas membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir sementara di IKBN pukul 11 pagi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.

Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah.

Kosmo
6 Feb 2011


Sanding mengejut

MUAR: Pasangan pengantin baru, Hishammudin Darus, 30, dan Nurul Liyana Sukiman, 22, yang kerugian kira-kira RM15,000 berikutan banjir disandingkan dalam satu majlis mengejut di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir di sini, semalam.

Kegembiraan terpancar pada wajah mempelai memandangkan hajat mereka untuk bersanding akhirnya tercapai.

Majlis itu ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Sharuddin Md Salleh yang turut hadir sebagai tetamu.

Hishammudin berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai majlis persandingan berkenaan.

“Kami terharu kerana majlis tetap diadakan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, tetapi meriah dengan paluan kompang, bunga manggar serta makan beradat,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri itu terpaksa menangguhkan majlis persandingan mereka berikutan banjir melanda kediaman mereka di kampung Sri Tanjung.

myMetro
8 Feb 2011

Anak muda ugut tikam bapa 70 tahun

ARKIB

MUAR: Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun yang mengugut untuk menikam bapanya yang berusia 70 tahun dengan sebilah pisau di rumah mereka di Bakri di sini dua hari lalu.

Pemuda tersebut seorang penganggur ditahan di rumahnya dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Parit Perupok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Pemangku ACP Mohamad Nasir Ramli berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas bapa lelaki itu bertanyakan sama ada anaknya itu mengambil wang sejumlah RM200 miliknya.

Pemuda tersebut yang naik berang dengan pertanyaan bapanya bertindak mengambil sebilah pisau dan mengancam akan menikamnya.

Bapa lelaki itu kemudian membuat laporan polis dan anaknya ditahan beberapa jam selepas kejadian. BERNAMA

Selasa
Januari 15, 2008