REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, June 30, 2010

Operasi kilang ganggu penduduk

JALAN BAKARIAH - Hasrat kira-kira 300 penduduk di sini untuk hidup dalam suasana persekitaran yang bersih dan selamat musnah dengan kewujudan sebuah kilang perabot berhampiran kediaman mereka. Kilang perabot yang mula beroperasi sejak dua tahun lalu telah memberikan penderitaan kepada penduduk di sini. Pada mulanya, tempat itu dikatakan sebagai tempat menyimpan barang tetapi telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Penduduk mendakwa, sejak kewujudan kilang berkenaan mengakibatkan pencemaran bunyi berlebihan di samping...

Pagoh bakal jadi hub IPTA

KUALA LUMPUR - Beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan membuka cawangan baru di Pagoh, untuk menjadikan kawasan di utara Johor sebagai salah satu hub pengajian tinggi. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 itu masih di dalam perancangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat. “Pembangunan hub pengajian tinggi itu diharap akan menyamai serta memanfaatkan pembangunan Educity, Iskandar di Nusajaya Johor yang mana ia lebih tertumpu kepada pembinaan kampus IPT...

Kami sudah lali

LEDANG - Penduduk di Kampung Ponorogo di sini, sudah lali dengan banjir yang kerap melanda kawasan kediaman mereka. Salah seorang mangsa banjir, Ramlah Abdul Hamid berkata, insiden rumahnya dinaiki air ketika hujan lebat bukan sesuatu yang luar biasa malah ahli keluarganya sentiasa bersedia menghadapi banjir pada bila-bila masa. “Jika hujan lebat sehari semalam, rumah kami mesti dimasuki air dan kami menghadapinya dua kali setahun. “Jika banjir...

Monday, June 28, 2010

Berhati-hati jika anda memandu di sepanjang Lebuhraya KM146-148 Tangkak Pagoh

Sila baca di sini untuk maklumat lanjut http://syedmazlansyedmatdom.blogspot.com/2009/04/km146-hingga-km148-lebuhraya-utara.h...

Laluan maut

Sila klik di sini untuk baca selanjutnya http://www.panducermat.org.my/news-Laluan-maut-resahkan-ibu-bapa.h...

20 keluarga terperangkap

HASNAH Malik (kanan) bersama ahli keluarga di luar rumahnya yang digenangi banjir selama tiga hari di Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, semalam. MUAR 27 Jun - Kira-kira 20 keluarga di Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad di sini terperangkap di dalam rumah selama tiga hari akibat banjir yang disebabkan limpahan air parit tersumbat. Hujan selama dua jam sahaja sudah cukup untuk menimbulkan resah para penduduk kerana limpahan...

Tuesday, June 22, 2010

'Kerana kakak tertidur'

MUAR: Setakat manalah sangat kudrat seorang kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun, apatah lagi untuk menjaga adik sepanjang hari ketika ketiadaan ibu bapa di rumah. Akibat tertidur sekejap di ruang tamu, adik bongsunya berusia 16 bulan yang dijaganya ketika ibu bapa keluar bekerja, ditemui tersembam dalam sebuah akuarium yang diletakkan di lantai dapur. Bayi yang bertarung nyawa selama 14 jam selepas ditemui berkeadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ dalam...

Mayat dua beradik terjatuh ke dalam Sungai Muar ditemui

MUAR 27 April – Polis hari ini menemui mayat pasangan adik-beradik yang terjatuh ke dalam Sungai Muar semasa menunggang motosikal berhampiran jeti Parit Bunga di sini semalam. Mayat Mohd. Fadli Razak, 15, dijumpai terapung-apung berhampiran Pengkalan Tiram di sini pada pukul 11.55 pagi, manakala mayat adiknya, Mohd. Syafiq, 11, ditemui pada pukul 5 petang tidak jauh dari tempat kejadian. Ketua Polis Marin Muar, ASP Lajis Tahir berkata, kedua-dua mereka dipercayai terjatuh ke dalam sungai kira-kira 1 petang. "Kemalangan berlaku semasa Mohd. Fadli...

Keluhan ibu tunggal

SEROM UTAMA - Kepayahan Madziah Abdullah, 45, membesarkan tiga anak menjadi lebih sukar apabila suaminya, Abd Aziz Noh yang menjadi tempat bergantung sejak sekian lama, meninggal dunia tiga tahun lalu. Kini ibu tunggal itu terpaksa berdikari dan bergantung sepenuhnya kehidupan sebagai penjual ikan dan sayur di kedai peninggalan arwah suaminya. Menurutnya, perniagaannya mengalami kemerosotan berikutan pelanggan semakin berkurangan. “Saya hanya...

Ledang jadi pusat perabot

LEDANG - Ledang bakal menjadi pusat pameran perabot dan Industri Kecil Sederhana (IKS) negara, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM150 juta dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) bagi membina pusat perabot negara tersebut. “Pembinaan pusat perabot ini telah diusulkan kira-kira empat tahun lalu dan kini ianya sudah di peringkat reka bentuk. “Lokasi pembinaan pusat perabot...

Lapan pasukan rebut Piala Tan Sri Muhyiddin Yassin

MUAR - Lapan pasukan yang dibarisi pemain pelbagai kaum dari mukim-mukim di Parlimen Pagoh berentap bagi merebut Piala Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam merasmikan Kejohanan Bola Keranjang Biro Integrasi Kaum Parlimen Pagoh di dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gersik, Pagoh. Katanya, kejohanan itu bertujuan, mengukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan masyarakat di situ....

Terkejut barang elektrik meletup

AIR HITAM - Penduduk di Kampung Parit Hassan Ahmad 1, terkejut apabila mendapati banyak barangan elektrik di rumah mereka meletup tiba-tiba. Rentetan daripada kejadian itu, banyak barangan elektrik rosak dipercayai akibat bekalan elektrik berlebihan. Salah seorang penduduk, Mariam Sarwal, 52, berkata, kejadian itu disedarinya apabila mendengar bunyi letupan kecil televisyen dan mesin jahitnya. Menurutnya, lampu kalimantang di rumahnya sudah banyak kali rosak dan sehingga kini sudah menukar hampir 16 biji transformer lampu akibat lebihan...

Friday, June 18, 2010

Mohon pindah hentian teksi

JALAN PETRIE - Kira-kira 62 pemandu teksi Perhentian Teksi Maharani meminta Majlis Perbandaran Muar (MPM) supaya memindahkan perhentian tersebut berhampiran dengan Perhentian Bas Maharani kerana sukar mendapatkan penumpang. Pengerusi Pakatan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa, Mazlan Ab Wahab berkata, di Muar ada dua perhentian teksi iaitu Perhentian Teksi Maharani dan Perhentian Teksi Pagoh. Tetapi perhentian teksi ini didakwa dianak-tirikan apabila permohonan bagi berpindah ke tempat yang lebih strategik tidak dilayan. Menurutnya, kedudukan...

Thursday, June 17, 2010

Hidu bau busuk

PARIT JAWA - Kira-kira 20 penjaja di pasar awam di sini, terpaksa berhadapan bau busuk terutama ketika hujan kerana longkang berhampiran tidak diselenggara dan mengandungi sampah sarap. Masalah itu berlaku disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab penduduk dan segelintir peniaga yang mengambil jalan mudah membuang sampah di situ. Pelajar, Nor Budiman Ahad, 16, berkata, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya diamalkan kerana mencemarkan kawasan persekitaran kawasan berkenaan. Menurutnya, tempat buang sampah sudah disediakan namun tidak...

Wednesday, June 16, 2010

37 lokasi kemalangan diberi tumpuan

ARKIB BERITA 37 lokasi kemalangan diberi tumpuan JOHOR BAHRU 22 Sept. - Polis akan memberi tumpuan ke atas 37 lokasi yang dikenal pasti kawasan yang kerap berlaku kemalangan jalan raya dan kesesakan lalu lintas di negeri ini dalam Ops Sikap XVII (ke-17) mulai 24 September hingga 8 Oktober sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kawasan itu dikenal pasti berdasarkan Ops Sikap yang dijalankan pada 7 hingga 21 Oktober sempena Aidilfitri pada tahun lalu. "Berdasarkan statistik tahun...

Statistik kemalangan lebuh raya antara Pagoh-Tangkak menggerunkan

ARKIB : 02/02/2010 MUAR 1 Feb. - Statistik kemalangan bagi laluan Lebuhraya Utara Selatan antara Pagoh hingga Tangkak dekat sini didapati amat menggerunkan kerana secara puratanya sebanyak dua kematian dicatatkan setiap bulan. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, kajian daripada tahun 2000 hingga 2009 menyaksikan sebanyak 958 kemalangan direkodkan di laluan berkenaan. "Daripada jumlah kemalangan tersebut, sebanyak 253 kematian telah dicatatkan sepanjang tempoh sembilan tahun ini. "Secara puratanya, jumlah kes kemalangan...

Sunday, June 6, 2010

SELERA MENGHIRUP DI PARIT JAWA

TANPA dirancang, Parit Jawa, sebuah pangkalan nelayan di Muar yang dianggap agak terpencil satu ketika dahulu telah menaikkan populariti masakan asam pedas. Hari ini, 17 tahun selepas gerai pertama yang menghidangkan asam pedas di situ dibuka, tempahan awal perlu dibuat agar tidak kempunan. Jika sudah ada tempahan, menunggu dalam kenderaan sehingga sejam kerana ketiadaan tempat meletak kenderaan adalah satu lagi dugaan. Namun bagi kaki makan lebih-lebih lagi peminat masakan itu, keistimewaan asam pedas sembilang, pari, mayong, jenahak dan merah,...