REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, July 31, 2010

Rumah dipenuhi habuk

JALAN ISMAIL – Penduduk di Lorong Ja’afar Jalan Ismail, di sini naik berang apabila kehidupan mereka terganggu sejak kewujudan sebuah kilang yang dipercayai beroperasi secara haram. Mereka mendakwa kilang tersebut menjalankan kerja-kerja membina bot fiber itu mengakibatkan gangguan bunyi, pencemaran habuk dan mengancam keselamatan penduduk. Tinjauan Sinar Harian mendapati kilang itu terletak kira-kira 20 meter dari pintu utama penduduk itu beroperasi sejak Mac lalu. Salah seorang penduduk, Helmi Sharir Mohamad, 24, berkata, secara keseluruhannya...

Parit tersumbat

PARIT KEROMA – Penduduk di Parit Besar Jalan Haji Kosai, di sini memohon keprihatinan pihak berwajib supaya dapat melaksanakan kerja menyelenggarakan parit di kampung itu dengan segera. Ini disebabkan keadaan parit itu dipenuhi dengan lalang dan kelihatan seperti kawasan sawah sekali gus memerlukan perhatian sewajarnya, malah penduduk mendakwa tiada kerja membersihkan kawasan itu sejak setahun lalu. Keadaan parit yang dipenuhi dengan lalang itu juga menyebabkan sistem saliran gagal berfungsi terutamanya ketika musim hujan dan menjadi punca...

Thursday, July 29, 2010

Nyaris maut

BATU PAHAT: Dua warga emas nyaris maut dan dua beranak cedera ringan apabila bas henti-henti dipercayai dipandu dalam keadaan mengantuk, merempuh 10 kenderaan bermula Pekan Baru Parit Yusof, Muar hingga ke Pekan Semerah di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, pemandu bas dalam perjalanan ke pekan Batu Pahat dari Muar, dipercayai mengantuk sebelum merempuh kereta dan van di Pekan Baru Parit Yusop, Muar. Bagaimanapun, bas berkenaan yang tiada penumpang tidak berhenti di situ, sebaliknya meneruskan perjalanan dalam keadaan laju dan...

Skim Infaq mudahkan bayar zakat pendapatan

JALAN PETRIE – Menyedari kewajipan membayar zakat pendapatan kepada umat Islam, Skim Infaq iaitu pembayaran melalui potongan gaji telah diperkenalkan bagi memudahkan mereka membayar zakat tersebut. Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, melalui pembayaran zakat itu dapat memperkasa dan menaikkan syiar Islam. Menurutnya, melalui kutipan zakat itu akan membolehkan pejabat agama di daerah masing-masing memberi suntikan bagi membantu golongan fakir miskin. “Amil institusi ini terdiri daripada kalangan guru dan penjawat awam. “Pada Majlis...

Wednesday, July 28, 2010

Lega gangguan monyet berakhir

PANCHOR – Penduduk di sekitar kawasan Panchor kini boleh menarik nafas lega apabila masalah gangguan monyet liar yang menghantui mereka sejak dua tahun lalu ‘diselesaikan’ melalui Operasi Basmi Musuh Tanaman, baru-baru ini. Kira-kira 100 monyet liar berjaya ditembak selepas sekian lama bermaharajalela di kawasan kampung berkenaan. Penduduk mendakwa kehidupan mereka terganggu sejak kehadiran monyet liar itu kira-kira dua tahun lalu dan semakin serius sejak kebelakangan itu. Melihat fenomena permasalahan tersebut mendorong Jawatankuasa Kemajuan...

Tuesday, July 27, 2010

Bahu jalan runtuh akibat banjir

PAGOH – Keselamatan kira-kira 250 penduduk di Kampung Sebasu, di sini terancam apabila terpaksa memperjudikan nyawa setiap hari menggunakan jalan yang rosak akibat bahu jalan runtuh. Penduduk mendakwa, masalah jalan itu terjadi kira-kira dua tahun lalu dan sejak setahun kebelakangan ini, keadaannya menjadi semakin serius. Salah seorang penduduk yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Pagoh, Isa Karim, 40, berkata, berikutan kampung itu sering mengalami masalah banjir, satu mekanisme mengurangkan banjir dilakukan dengan membina benteng air. Menurutnya,...

Surau terbiar tanpa aktiviti kerohanian

Saudara Pengarang, BOLEH dikatakan setiap taman perumahan mempunyai surau. Namun tidak semua surau aktif menganjurkan pelbagai aktiviti kerohanian sehingga ada yang kelihatan seakan-akan 'terbiar'. Sepatutnya surau yang didirikan diimarah dengan solat dan laungan azan. Tetapi 'malang' nasib surau di Lorong Haji Sulaiman, Muar, yang semakin usang kerana sekian lama tidak digunakan. Lebih mengecewakan, surau tersebut tidak lagi digunakan dan menjadi semakin uzur. Justeru, siapakah yang bertanggungjawab ke atas surau berkenaan? Ke manakah perginya...

Monday, July 26, 2010

Padah ceroboh hutan

MUAR - Hasil maklumat awam, Penguatkuasaan Pejabat Hutan Daerah Johor Utara berjaya mematahkan kegiatan curi balak dalam satu serbuan kawasan hutan di pinggir Sungai Muar berhampiran Kampung Semasih, Panchor di sini, pada 22 Julai lalu. Operasi bermula jam 5 petang yang diketuai Renjer Hutan Kanan, Yaakob Salleh dengan kerjasama Pegawai Renjer Hutan Muar/Lenga itu telah berjaya menahan lima suspek dikenal pasti warga Indonesia. Difahamkan, ketika...

10,000 produk Marigold laris

MUAR: Pelbagai aktiviti yang dirancang Marigold (M) Sdn Bhd termasuk pertandingan mewarna dan pertandingan teh tarik berjaya melariskan lebih 10,000 produknya di Karnival Gegaria Harian Metro 2010, di Dataran Tanjung Emas di sini, semalam. Pengurus Marigold Cawangan Muar, Tan Siew San berkata, walaupun tiada potongan harga diberikan kepada pengunjung pihaknya berjaya mempromosikan lebih enam produk utama syarikat termasuk Vitagen, susu berkrim dan minuman yogurt. “Acara diadakan pihak kami pada sebelah pagi sebagai aktiviti permulaan karnival...

Pengalaman menarik

MUAR: Selain berhibur dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari Karnival Gegaria Harian Metro 2010 di Dataran Tanjung Emas di sini, pengunjung turut dilayan mesra dengan keramahan gadis penyeri Gegaria yang sedia menyambut di setiap gerai unit Harian Metro dan penaja. Sukarelawan Harian Metro, Siti Huda Bajrai Shikh Abd Razak, 19, menyifatkan pembabitannya satu pengalaman menarik apabila berpeluang bermesra dengan kanak-kanak yang ramai ke Gerai My Metro Kids. “Saya sanggup datang dari Segamat dan menggunakan cuti hujung minggu untuk...

Econsave taja hamper, air mineral

MUAR: Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran Karnival Gegaria Harian Metro 2010 di Dataran Tanjung Emas di sini, pasar raya Econsave sudi menaja beberapa barangan termasuk hamper dan air mineral. Antara barangan yang disumbang Econsave ialah 10 hamper bernilai RM500 dan 30 karton air mineral berjenama pasar raya berkenaan. Pengurus Bahagian Barangan Makanan Econsave, Mohd Ibrahim Jantan berkata, tajaan diberikan itu sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran karnival yang julung kali diadakan di daerah itu. “Kami memang teruja dengan penganjuran...

Kembali ke Johor

MUAR: Sambutan hebat daripada rakyat negeri ini dan Melaka membakar semangat warga Harian Metro kembali lagi ke Johor dalam siri jelajah Karnival Gegaria Harian Metro 2010. Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar berkata, beliau bukan saja berpuas hati dengan penganjuran karnival kali ini, malah teruja sambutan hebat pengunjung khususnya warga Muar. “Karnival kali ini lebih meriah berbanding tempat lain. Kita datang lagi ke Johor,” katanya ketika diminta mengulas karnival ketiga diadakan selepas Batu Pahat dan Taiping pada...

25,000 saksi konsert kemuncak

MUAR: Konsert Gegaria yang menjadi acara kemuncak Karnival Gegaria Harian Metro 2010 ternyata memberi kepuasan kepada lebih 25,000 pengunjung pelbagai peringkat usia di Dataran Tanjung Emas di sini, malam tadi. Penampilan barisan artis tempatan dengan gaya persembahan tersendiri memukau penonton yang hadir seawal jam 8 malam. Persembahan pembukaan kumpulan pelawak yang mencipta nama melalui rancangan Raja Lawak, Ketampi dengan penampilan khas DJ Slumber menjadi pemanas pentas sebelum konsert bermula. Penonton disajikan persembahan kebudayaan...

Sunday, July 25, 2010

Hadiah tanpa henti

MUAR: Gerai jualan Celcom menawarkan pelbagai hadiah menarik selama 12 jam tanpa henti kepada pengunjung di sekitar tapak Karnival Gegaria Harian Metro 2010 di Dataran Tanjung Emas yang mula dibuka semalam. Naib Presiden Wilayah Selatan Celcom Axiata Berhad, Azlan Ismail berkata, 20 pengunjung pertama yang singgah ke tapak jualan dan membuat transaksi bernilai RM10 ke atas layak membawa pulang hadiah misteri menarik. myMetro 25 Jul 2...

Lebih meriah

MUAR: Hari pertama Karnival Gegaria Harian Metro 2010 diserikan dengan pelbagai acara menarik, terutama segmen Pencarian Gadis Metro dan demonstrasi pencegahan jenayah Polis Diraja Malaysia yang mencuri perhatian pengunjung yang datang dari segenap daerah ini dan kawasan sekitar. Khusus buat kanak-kanak, Gerai My Metro Kids membuka acara dengan Pertandingan Mewarna Bersama Marigold bagi kategori tujuh hingga sembilan tahun seawal jam lapan pagi. Pelbagai gelagat kanak-kanak boleh dilihat mewarnai suasana pertandingan itu, tidak kurang ibu bapa...

Saturday, July 24, 2010

Dijangka tarik 150,000 pengunjung

MUAR: Tapak Karnival Gegaria Harian Metro di Dataran Tanjung Emas di sini, semalam menerima kunjungan Setiausaha Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamaluddin A Hamid sebagai tanda sokongan jitu dari pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan. Lawatan diadakan pada sebelah petang itu bertujuan melihat sendiri kemeriahan karnival anjuran akhbar nombor satu negara yang bakal dimulakan dengan Majlis Diskusi Addin pada sebelah malamnya. Jamaluddin juga sempat mengingatkan peniaga di tapak gerai industri kecil sederhana (IKS) disediakan penganjur supaya...

Kisah Tanggang buka tirai

MUAR: Lontaran suara dan aura Ustaz Zawawi Yusoh yang menceritakan semula kisah Tanggang dalam konteks moden menarik orang ramai sehinggakan mereka sanggup berdiri mendengar Diskusi Addin yang membuka tirai Karnival Gegaria Harian Metro 2010 di Dataran Tanjong Emas, di sini, malam tadi. Zawawi yang memulakan diskusi menceritakan ‘Tanggang Zaman Dulu’ disumpah menjadi batu tetapi ‘Tanggang Zaman Sekarang’ adalah mereka yang berhati batu sehingga sanggup memukul ayah dan ibu. “Apa sudah jadi dengan kita sekarang ini tuan-tuan dan puan-puan? Mangapakah...

Friday, July 23, 2010

Program amali ibadat haji

SEKUMPULAN pelajar melakukan ‘tawaf’ pada Program Amali Haji untuk para pelajar tingkatan empat dan lima di perkarangan SMK (Agama) Maahad di Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 22 Julai – Seolah-olah menyaksikan sendiri bagaimana ibadah haji dilakukan, pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Muar menunjukkan kesungguhan menjayakan Program Amali Haji di sekolah berkenaan di sini baru-baru ini. Dengan berpandukan kepada...

Turut promosi Muar

MUAR: “Utamakan kebersihan,” itulah nasihat utama Setiausaha Majlis Perbandaran Muar (MPM), Jamuluddin A Hamid sempena Karnival Gegaria Harian Metro yang bakal berlangsung di Dataran Tanjung Emas bermula hari ini. Kehadiran karnival anjuran akhbar bahasa Malaysia nombor satu negara ini juga dinanti MPM yang menyifatkan ia bertepatan dengan waktunya dalam usaha meningkatkan promosi daerah Muar sebagai destinasi pelancongan unik. Bagaimanapun, pada masa sama beliau turut mengingatkan pengunjung yang menghadiri ke karnival itu supaya menitikberatkan...

Murid terjun bangunan

MUAR: Bagaikan aksi dalam filem, seorang kanak-kanak hiperaktif berusia 10 tahun melakukan lagak ngeri apabila terjun dari tingkat satu bangunan sekolahnya di Jalan Abdullah di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, murid tahun empat itu bernasib baik apabila dia jatuh di atas bumbung dan hanya mengalami calar pada anggota badan. Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, murid terbabit baru saja dihantar kedua-dua ibu bapanya dan difahamkan, tiada guru mahupun murid lain di sekitar kawasan itu. Walaupun terdapat dua pengawal keselamatan, kanak-kanak...

60 nelayan minta lesen pukat tunda

SUNGAI BALANG – Kira-kira 60 ahli Persatuan Nelayan Sungai Balang di sini, meminta lesen pukat tunda kerana aktiviti dan hasil tangkapan mereka terjejas teruk berikutan kehadiran bot pukat tunda haram sejak 30 tahun lalu. Sehingga kini terdapat hampir 42 bot pukat tunda yang semakin bermaharajalela menceroboh Perairan Muar di Selat Melaka. Permintaan itu kerana para nelayan sudah hilang sabar dan berasa tidak adil kerana kebanyakan nelayan pukat tunda menjalankan penangkapan ikan di kawasan kurang daripada lima batu nautika di tepi pantai....

Thursday, July 22, 2010

Suri rumah tarik balik saman terhadap KPN

KUALA LUMPUR 22 Julai — Seorang suri rumah dari Muar, Johor menarik balik saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kerana menghina mahkamah selepas dia dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Batu Gajah kerana didakwa terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah. Peguam Datuk N. Sivananthan yang bertindak bagi pihak pemohon, Lim Mui Cheng, 42, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anak guamnya telah dibebaskan pada 16 Julai. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md Said, yang hadir bagi pihak Musa, memaklumkan kepada mahkamah...

Bahang kian terasa

MUAR: Kemeriahan Karnival Gegaria Harian Metro yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini di Dataran Tanjung Emas semakin dirasai apabila kontraktor dilantik penganjur mula memasang kelengkapan diperlukan. Antara kelengkapan didirikan termasuk lebih 40 khemah Industri Kecil Sederhana (IKS) yang bakal menempatkan peniaga dan usahawan tempatan serta penaja karnival berkenaan. Malah, bandar Muar juga akan berubah wajah bermula esok (hari ini) apabila sebanyak 150 kain rentang sempena karnival itu mula dipasang sebagai sebahagian cara mempromosi...

2 beradik hilang

LEDANG: Seorang ibu merayu dua anak perempuannya yang melarikan diri sejak pagi Ahad lalu kembali ke pangkuan keluarga kerana risaukan keselamatan mereka. Intan Paimin, 37, berkata, dia pulang ke rumahnya di Taman Cempaka, Bukit Gambir untuk menghantar makanan tengah hari, namun terkejut mendapati kedua-dua anaknya tiada di rumah. Siti Nabila Mohd Najib, 13, dan Siti Shazaemalina, 10, yang ditinggal berdua ketika dia keluar bekerja di pasar raya berhampiran tidak mempunyai masalah keluarga atau perselisihan faham. Intan menghubungi suaminya,...

Pelajar lari ditegur ayah

LEDANG: Gara-gara gagal mendapat keputusan baik dalam ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Bunga, Ledang, bertindak melarikan diri dari rumahnya di Kampung Kesang, Khamis lalu. Difahamkan, Nooraini Mariam Abdullah (gambar), 15, sebelum itu ditegur ayahnya kerana keputusan percubaan PMR diterimanya mengecewakan dan terus gagal dikesan. Pada hari kejadian, Nooraini dihantar abangnya, Mohd Azli, 30, ke sekolah kira-kira pada jam 6.30 pagi tetapi tidak pulang ke rumah...

Curi komponen mesin

TANGKAK - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang berjaya menumpaskan kumpulan curi komponen besi mesin di sebuah kilang industri barangan berasaskan getah di kawasan perindustrian Tanjung Agas dalam tempoh 24 jam, di sini Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Ledang, Superintenden Harun Idris berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang telah membuat tangkapan dan serbuan ke atas empat orang lelaki di Sekitar Tanjung Agas dan Sungai Mati kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri komponen besi di sebuah kilang....

Kempen 10,000 langkah sehari bermula

TANJUNG EMAS – Kempen 10,000 langkah sehari telah dilancarkan dalam usaha meningkatkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat ke arah amalan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal versi mudah iaitu berjalan kaki. Seramai 1,000 peserta telah mengambil bahagian dalam kempen tersebut yang telah diadakan di Tanjung Emas, baru-baru ini. Peserta kempen terbabit melibatkan semua kategori masyarakat di daerah Muar iaitu ketua jabatan, guru, pelajar, kakitangan pejabat kesihatan dan ketua kampung. Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani berkata,...

Monday, July 19, 2010

Penambahbaikan bangunan MCA beri manfaat

PARIT YUSOF – Berikutan daripada penambahbaikan yang telah dilakukan pada bangunan MCA cawangan Parit Yusof, Muar, diharapkan ia semakin aktif dalam menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada belia di sini. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, beliau tidak mahu bangunan itu terbiar tanpa sebarang penganjuran aktiviti yang berfaedah selepas dibaiki. Menurutnya, aktiviti yang sedia ada perlu dipelbagaikan terutama untuk aktiviti sukan dan beliau melihat bangunan itu sesuai untuk sukan ping pong. “Peruntukan...

Lelaki pecah masuk rumah berjaya perdaya jiran

MUAR: Seorang penjenayah berusia 20-an yang memecah masuk sebuah rumah memberi alasan mahu membeli durian untuk melepaskan dirinya selepas bertembung jiran mangsa dalam kejadian di Pekan Panchor di sini, awal pagi semalam. Malah, alasan penjenayah terbabit dipercayai jiran berkenaan dan lelaki terbabit berjaya melarikan diri sebaik saja selesai menyamun rumah dihuni sepasang suami isteri yang tiada di rumah ketika itu. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa kerugian wang tunai RM5,000 termasuk mata wang Thailand dan China. Mangsa, Kow Kim Cheng,...

Sunday, July 18, 2010

Gegaria hangat

MUAR: Kehangatan Karnival Gegaria Harian Metro di Dataran Tanjung Emas, di sini, pada 24 dan 25 Julai ini semakin dirasai dan orang ramai yang ditemui teruja dengannya. Pelukis tempatan, Keh Siong Huat, 53, berkata karnival itu bakal menjadi platform kepada peniaga dan usahawan kecil untuk memasarkan produk mereka kerana ia pasti menarik perhatian ramai pengunjung. “Karnival Gegaria Harian Metro bukan saja memberi manfaat kepada penganjur, malah peniaga. Pasti ramai yang berkunjung, seterusnya meningkatkan lagi pendapatan peniaga. “Kami harap...

Saturday, July 17, 2010

Parit bertakung penuh sampah

TAMAN FAJAR 2 - Keadaan sistem perparitan yang tidak sempurna di Taman Fajar 2, Bakri, di sini menimbulkan keresahan kepada sebahagian besar penduduk di kawasan itu. Penduduk mendakwa, masalah air bertakung di parit berkenaan disebabkan pembinaan parit konkrit berbentuk U yang menghalang kelancaran aliran air menjadikan keadaan lebih buruk apabila terdapat segelintir penduduk dan peniaga berhampiran yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di dalam parit itu. Penduduk yang hanya dikenali Teo, 60, berkata, keadaan parit yang sentiasa mengandungi...

Kerjasama 10 agensi

MUAR: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan menyokong sepenuhnya penganjuran julung kalinya Karnival Gegaria Harian Metro 2010 yang bakal diadakan di Dataran Tanjung Emas pada 24 dan 25 Julai ini. Pada mesyuarat pertama kali diadakan di pejabat Harian Metro di sini, semalam, lebih 10 jabatan dan agensi kerajaan menyatakan kerjasama mereka dalam menganjurkan karnival dua hari itu. Antara jabatan dan agensi kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga jam itu ialah Pejabat Daerah Muar, Jabatan Belia dan Sukan, Polis Diraja Malaysia...

Kotak motosikal 1Malaysia dilancar

MUAR 16 Julai - Dalam menyemarakkan semangat patriotisme di kalangan penunggang motosikal, GIVI Asia Sdn. Bhd. bakal mengeluarkan kotak motosikal yang menampilkan rekaan 1Malaysia di pasaran tempatan bulan hadapan. Kotak yang boleh menyimpan pelbagai barang terutamanya topi keledar itu merupakan hasil rekaan Penerbit Eksekutif Exanet Productions Sdn. Bhd., Lando Zawawi dan Pengarah Urusan GIVI, On Hai Swee serta turut diilhamkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Majlis pelancaran Kotak Motosikal 1Malaysia GIVI itu telah...

Salamah olahragawati terbaik

MUAR – Kekurangan diri sebagai murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu, Batu 28 Lenga, Salamah Hamdan, 13, tidak menjadi penghalang kepadanya untuk muncul sebagai olahragawati junior terbaik dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2009. Salamah berjaya mencipta rekod kebangsaan baru dalam acara 100 meter dan 200 meter yang disertainya dan merangkul pingat emas dalam 4x100 meter...

Thursday, July 15, 2010

Peniaga tanggung rugi

PAGOH – Peniaga Medan Selera berhampiran Kawasan Perindustrian Pagoh kecewa berikutan perniagaannya lengang dan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung, sekali gus menanggung kerugian. Mereka mendakwa, perniagaannya kurang mendapat sambutan disebabkan beberapa faktor iaitu kedudukan yang kurang strategik dan ketiadaan papan tanda mengenai medan selera itu. Peniaga, Azahari Abd Manaf berkata, medan selera itu yang dibina pada 2008 lalu menyediakan enam gerai pada peringkat permulaan dan kesemua gerai mempunyai peniaga...

Wednesday, July 14, 2010

Naik bas sebelum curi kereta

MELAKA: Seorang ketua sindiket curi kenderaan lama dikenali sebagai ‘Geng Shukri’ yang aktif di negeri ini dan Johor sejak dua tahun lalu bukan saja licik dan berkemahiran tinggi, malah sanggup menaiki bas sejauh 55 kilometer dari Muar ke negeri ini untuk melakukan jenayah itu. Suspek berusia 49 tahun itu dikatakan bijak memilih sasaran dan hanya memerlukan masa kurang tujuh minit untuk menghidupkan enjin sebelum melarikan kenderaan itu selepas membukanya dengan kunci pendua sebelum dilupuskan dengan cara ‘melapah’ komponennya dan dijual di kedai...

Remaja OKU dilapor hilang

BACHANG - Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) dilaporkan hilang dari pusat jagaan di Pusat Jagaan Kanak-kanak Terencat Akal Kasih Sayang, Taman Widuri, di sini. Penaung pusat berkenaan, Senator Datuk Chiw Tiang Chai berkata, kejadian itu disedari pengurus pusat terbabit, kira-kira jam 7.20 pagi pada 10 Julai lalu, setelah mendapat tahu remaja itu, Mohamad Arif Abu Bakar, 19, tiada bersama rakannya yang lain di pusat jagaan berkenaan. Menurutnya,...

Padah pakai skirt pendek

ARKIB 12 Julai 2010 MUAR: Gara-gara memakai skirt pendek dan gagal mematuhi peraturan pakaian seragam sekolah, seorang pelajar perempuan tingkatan enam mendakwa ditampar sebanyak lima kali oleh seorang guru lelaki sehingga meninggalkan kesan lebam. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu, di sebuah sekolah menengah di Jalan Tengku Bendahara di sini, pelajar itu mendakwa terpaksa menanggung kesakitan selepas ditampar. Difahamkan, pelajar itu sebelum ini pernah diberi peringatan oleh guru terbabit supaya mematuhi peraturan memakai skirt...

Isteri maut

ARKIB 11 Julai 2010 MELAKA: Isteri seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di Pondok Polis On Lok Batang Melaka, Selandar Jasin, dekat sini, yang cedera parah selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan ngeri dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda, petang kelmarin, meninggal dunia awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, siasatan mendapati ketika menghampiri tempat kejadian di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, Jalan Bukit Balai, Alor Gajah, kenderaan...

Dua penganggur dibicara semula dalam kes rompakan di Muar

ARKIB 5 Julai 2010 PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan di sini, hari ini mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya diadakan perbicaraan semula kes rompakan bersenjata membabitkan dua penganggur pada 2004. Hakim Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud sebulat suara menolak rayuan pendakwaan supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Muar yang mereka dibicarakan secara tidak adil. Perbicaraan semula S Murthu, 33, dan V Veerakumar, 28, di Mahkamah Sesyen Muar dijadualkan Rabu ini. Mereka didakwa bersama seorang lagi lelaki, A...

Isteri dipijak, dipukul suami

ARKIB 1 Julai 2010 MUAR 1 Julai - Seorang wanita berusia 32 tahun menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila dipukul berulang kali dan dipijak oleh suaminya di sebuah rumah di Jalan Daud di sini pada 24 Jun lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, suami wanita berkenaan yang berusia 33 tahun turut mengambil gunting untuk memotong rambut isterinya sambil mengugut dengan kata-kata 'aku bunuh kau, baru tahu'. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, mangsa yang baru tiba di rumah selepas pulang bekerja...

Lima minit penuh ngeri

ARKIB 3 Julai 2010 17 pelajar berdepan detik cemas selepas bot dinaiki karam di Sungai Muar MUAR: Lima minit tempoh yang amat mencemaskan bagi 17 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Temenggong Ahmad, dekat Kundang Ulu di sini, semalam, apabila mereka terpaksa menyelamatkan diri dan membantu rakan lain selepas bot dinaiki karam di Sungai Muar, tengah hari semalam. Bot yang sepatutnya hanya boleh memuatkan lima penumpang itu dimasuki...

20 keluarga terperangkap

ARKIB 27 Jun 2010 HASNAH Malik (kanan) bersama ahli keluarga di luar rumahnya yang digenangi banjir selama tiga hari di Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad, Muar, semalam. MUAR 27 Jun - Kira-kira 20 keluarga di Kampung Parit Raja, Jalan Temenggong Ahmad di sini terperangkap di dalam rumah selama tiga hari akibat banjir yang disebabkan limpahan air parit tersumbat. Hujan selama dua jam sahaja sudah cukup untuk menimbulkan resah para penduduk...