REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, August 28, 2010

Puteri UMNO gesa kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenali sebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadab, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman. Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman. Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata, dalam klip...

Thursday, August 26, 2010

Lelaki OKU rogol gadis 15 tahun

MUAR – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran berusia 29 tahun telah ditahan pihak polis ketika sedang menaiki motosikal di Jalan Daud di sini, pada 20 Ogos lalu. Suspek dipercayai terlibat dalam kejadian merogol seorang remaja berusia 15 tahun. Ketika kejadian, mangsa dikatakan tinggal seorang diri di rumahnya di Jalan Daud di sini dalam kejadian 16 Ogos lalu kira-kira jam 4.15 petang. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, sebelum tangkapan, suspek dipercayai cuba melarikan diri dan...

Monday, August 23, 2010

Daftar segera kad jualan getah

KAMPUNG BARU BEKOH – Lembaga Getah Malaysia Wilayah Selatan Segamat giat mengadakan pendaftaran kad jualan getah pekebun kecil kepada pemilik tanah dan pengusaha getah di Balai Raya Kampung Cina, di sini semalam. Penolong Pegawai Penguatkuasa Lembaga Getah Wilayah Selatan Segamat, Mohd Saiful Mazwan Zahrin berkata, kad jualan getah dilakukan kepada pekebun kecil yang terdapat di daerah Tangkak. “Kad jualan getah ini adalah syarat baru yang perlu ada pada individu yang ingin menjual getah seperti pemilik tanah dan penoreh getah kerana pihaknya...

Saturday, August 21, 2010

Penduduk ‘lemas’

MUAR – Masalah lambakan warga asing di bandar Muar pada hujung minggu dan cuti umum boleh dianggap sebagai satu fenomena yang luar biasa sehingga meresahkan ramai masyarakat di bandar tersebut. Kebanjiran mereka di sini dipercayai kesan daripada pertumbuhan banyak kilang di sini yang boleh diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kehadiran mereka yang terlalu ramai yang berkeliaran dan melepak di beberapa lokasi di bandar ini menunjukkan mereka seolah-olah menakluki bandar itu pada hujung minggu. Tinjauan Sinar Harian di sekitar...

Tinggal dua peratus

BAKRI - Hanya tinggal dua peratus sahaja golongan fakir miskin yang dikenal pasti di negara ini dan jumlah itu dilihat semakin berkurangan setiap tahun. Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Kawasan DUN Sungai Abong, Datuk Dr Haris Salleh berkata, pengurangan ini hasil daripada tindakan yang dilakukan kerajaan dalam usaha membasmi kadar kemiskinan dalam negara. Menurutnya, kerajaan juga menyalurkan pelbagai bantuan dan sumbangan seperti mewujudkan skim Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membantu rakyat yang tidak mempunyai...

Thursday, August 19, 2010

Pelancaran meriah

JALAN BENTAYAN – Pelancaran Program Semarak Merdeka Bulan Kemerdekaan Persatuan Tuan-tuan Punya Teksi/Kereta Sewa Muar-Pagoh telah berlangsung dengan meriah di Dataran Letak Kereta Sewa Kubu Bentayan di sini, baru-baru ini. Majlis berkenaan telah dirasmikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Mazlan Sabari. Menurutnya, beliau menyarankan kepada semua pemandu supaya berpegang kepada etika pemandu iaitu supaya sentiasa bersopan santun dengan pelanggan...

Tuesday, August 17, 2010

Songkok dapat sambutan awal

JALAN ABDULLAH – Biarpun umat Islam baru seminggu berpuasa, namun bahang kehangatan Syawal sudah semakin terasa. Tinjauan di beberapa lokasi di daerah Muar mendapati, masyarakat di daerah ini sudah mula membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi. Membeli songkok antara persediaan awal yang dilakukan masyarakat di sini kerana ia sama penting dengan keperluan yang lain untuk menjadikan hari raya tahun ini lebih bermakna. Hal berkenaan turut diakui seorang penjual songkok, Hashim Ali, 56, yang sudah menjual...

Monday, August 16, 2010

80 tahun longkang tidak diganti

JALAN KHATIB – Penduduk di kawasan Jalan Khatib, di sini meminta agar longkang yang berusia 80 tahun itu diberikan perhatian yang sewajarnya kerana keadaannya semakin teruk. Mereka mendakwa, longkang itu tidak pernah diganti, bahkan kerja penyelenggaraan juga jarang dilakukan. Penduduk, Ahmad Sanin, 60, berkata, longkang itu perlu diganti dan dinaiktarafkan dengan segera kerana mengundang pelbagai masalah kepada penduduk yang tinggal di kawasan...

Sunday, August 15, 2010

48 rumah musnah

MUAR – Kira-kira 48 rumah di Kampung Sri Bukit Batu, Bakri dan Kampung Simpang Baba Jalan Salleh, di sini mengalami kerosakan akibat dipukul ribut pada kejadian petang kelmarin . Kejadian berlaku pada jam 4.40 petang yang disusuli dengan angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan banyak pokok tumbang dan bumbung rumah penduduk tercabut akibat tiupan angin itu. Difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan akibat daripada kejadian...

Saturday, August 14, 2010

Rumah posmen musnah dipanah petir

MUAR: Rumah seorang posmen musnah dalam kebakaran yang dipercayai akibat petir, dalam kejadian ketika hujan lebat di Batu 18, Air Hitam, dekat Bakri. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika Mohd Zahri Abdul Jelani, 39, yang juga Ketua Umno Cawangan Batu 18, isteri dan tiga anak mereka tiada di rumah. Berita Harian 13 Ogos 2010 Rumah terbakar, lima beranak tinggal sehelai sepinggang MUAR – Lima beranak tinggal sehelai sepinggang...

Wednesday, August 11, 2010

Hukuman gantung terhadap tiga lelaki kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap tiga lelaki dalam dua kes bunuh berasingan. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan semakan dan rayuan ketiga-tiga tertuduh dalam satu keputusan sebulat suara. Panel itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff, dan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff. Dalam kes pertama, seorang nelayan, Abdul Razak Dalek, gagal dalam usaha terakhirnya bagi mengelak ke...

Penjenayah larikan 10 tong gas memasak

JOHOR BAHRU – Sekumpulan penjenayah pecah rumah bukan sahaja melarikan barang berharga, malah 10 tong gas memasak yang beratnya hampir 25 kilogram turut dilarikan. Biarpun kes itu dianggap pelik namun, tong gas yang dilarikan beleh mendatangkan keuntungan lumayan. Bagaimanapun, kumpulan penjenayah yang terdiri daripada empat lelaki, berumur 21 hingga 29 tahun, ditumpaskan setelah polis memberkas kesemua mereka di kawasan ladang di Bukit Gambir, Ledang, 31 Julai lalu. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dalam serbuan...

Tanah mendap perlu tindakan segera

JALAN TEMENGGONG AHMAD – Penduduk di Parit Keroma Tengah di sini diancam bahaya berikutan masalah tanah mendap yang berlaku di kawasan tersebut kian menjadi semakin serius. Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati di sepanjang kampung itu telah mempunyai tiga kawasan tanah mendap yang memerlukan pemerhatian dan tindakan segera daripada pihak berwajib. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, beliau menggesa pihak berwajib supaya dapat mengambil tindakan segera supaya masalah itu dapat diatasi dengan...

Rayu cepat pembedahan anak

MUAR: Seorang ibu merayu Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru mempercepatkan prosedur pembedahan usus anaknya yang berada di luar abdomen kerana tidak sanggup melihat penderitaan kanak-kanak berusia empat tahun itu. Mardiana Abu Bakar, 40, berkata, usus anaknya, Muhammad Khalid Kamarullzaman makin membesar, sedangkan doktor merawatnya pernah menyatakan bahawa pembedahan dilakukan ketika kanak-kanak itu berusia setahun. “Tetapi pembedahan...

Kes mutaah RM5j selesai

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa kali penyelesaian luar mahkamah kes tuntutan mutaah RM5 juta oleh bekas isteri Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah tertangguh akhirnya Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam diberitahu kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes secara baik. Peguam syarie, Kamar Aniniah Kamaruzaman yang mewakili plaintif, Datin Fauziah Haron, berkata, dengan persetujuan itu kes tuntutan yang difailkan anak guam saya ditutup. Kadar Shah dan Fauziah berkahwin pada 20 Januari 1980 di Jakarta Timur, Indonesia. Mereka dikurniakan...

Sultan Johor murka

SULTAN IBRAHIM menandatangani plak perasmian Majlis Daerah Kota Tinggi pada majlis Penutupan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di Kota Tinggi semalam. KOTA TINGGI – “Jangan politikkan saya.” Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang melahirkan rasa murka terhadap tindakan sebuah parti politik di negara ini menggunakan gambar baginda pada satu poster di sebuah majlis ceramah di Batu Pahat baru-baru ini. Sambil...

Tuesday, August 10, 2010

Polis tahan empat anggota geng samun, selesai 52 kes

JOHOR BAHRU: Polis percaya menyelesaikan 52 kes curi dan samun selepas penahanan empat lelaki di kawasan ladang kelapa sawit Parit Zink, Bukit Gambir, Ledang, Muar. Hasil serbuan kira-kira jam 11.20 malam pada 31 Julai lalu itu, polis turut menemui semula pelbagai barang yang dilapor hilang seperti tong gas, tiga motosikal curi. Suspek berusia 21 hingga 29 tahun dan ditahan reman hingga 14 Ogos ini. myMetro 10 Ogos 2...

Monday, August 9, 2010

Maut ditikam tiga kali

MUAR – Tindakan seorang lelaki yang membakar mercun di hadapan pintu utama pusat hiburan di bandar ini mengundang padah apabila ditikam dalam satu pergaduhan di sini, awal pagi semalam. Mangsa, Tan Meng Liong, 43, ditemui mati oleh orang awam dalam keadaan terbaring di pekarangan kawasan tempat letak kereta hadapan Hotel Pelangi, di sini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan membawa dua mercun, yang mana salah satu daripada mercun itu berjaya diletupkan di hadapan pusat hiburan...

Sunday, August 8, 2010

Sultan Johor mulakan kembara motosikal

SULTAN Johor menghantar bola kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perlawanan persahabatan pasukan pilihan Sultan Johor menentang pegawai daerah Johor sempena KMJ Bermotosikal 2010 di padang hoki Sekolah Tinggi Muar, semalam. PONTIAN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) Bermotosikal 2010 dari perkarangan bangunan Majlis Daerah Pontian (MDP) di sini, untuk melawat dan menyertai aktiviti di daerah...

Friday, August 6, 2010

Hasrat tidak kesampaian

MUAR - Hasrat penjual air kelapa untuk menjual air kelapa muda pada bulan Ramadan akan datang tidak kesampaian apabila beliau ditemui mati selepas memanjat pokok itu dalam satu kejadian di Kampung Temiang Tanjung di sini, kelmarin. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang di mana mangsa, Mohd Nazri Oyub, 38, ditemui mati bersebelahan longgokan 20 kelapa yang baru dipetiknya. Difahamkan, mangsa yang masih bujang dan tinggal bersama...

Thursday, August 5, 2010

Ancaman babi

MUAR – Kira-kira 700 penduduk di Kampung Sungai Ranggam dan Kampung Alai, Panchor, di sini resah dengan kehadiran babi hutan yang semakin bermaharajalela di kampung itu sejak 10 tahun lalu. Kemunculan babi hutan itu dipercayai berpunca daripada kewujudan sawah padi terbiar seluas 52.6 hektar kira-kira 15 tahun lalu dan dipercayai menjadi habitat pembiakan haiwan itu. Seorang penduduk, Bardan Amat Kastik, 63, berkata, masalah ancaman babi hutan itu dikatakan menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini apabila mula mengancam keselamatan penduduk....

Nekad jadi penyelam tiram tradisi

JALAN SALLEH – Minat yang mendalam dengan kerja yang mencabar mendorong bekas tentera, Abd Rani Bahri, 44, menceburi kerjaya sebagai penyelam tiram secara tradisional. Menurutnya, ramai yang menentang hasratnya untuk berhenti sebagai askar setelah berkhidmat 13 tahun. “Ada yang mengatakan saya akan menyesal dengan tindakan yang dilakukan ini. “Tetapi, saya dapat buktikan keputusan yang diambil adalah betul dan berasa seronok dengan kerja yang dilakukan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini. Katanya, pendapatan penyelam tiram...

Tuesday, August 3, 2010

Akademi Seni Khat Muar perkasa tulisan Jawi

JALAN PETRE – Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ’seni khat’ adalah khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki umat Islam. Menyedari kepentingan itu, Akademi Seni Khat Muar telah diwujudkan sebagai mekanisme untuk memperkasakan kesenian itu bagi memastikan ciri dan nilai keIslamannya terus terpelihara. Pengajar akademi berkenaan, Azman Mo’min berkata, akademi itu terbuka kepada semua murid sekolah di daerah Muar. Menurutnya,...

Monday, August 2, 2010

Sungai tidak diselenggara

PAGOH – Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran Sungai Pagoh meminta supaya sungai itu dapat diselenggara dengan lebih sistematik. Keadaan sungai yang seolah-olah terbiar dan dipenuhi lalang serta sampah benar-benar membimbangkan penduduk kerana mengundang masalah banjir yang lebih teruk. Penduduk mendakwa, sungai tersebut sudah tidak diselenggara kira-kira setahun lalu semenjak pertukaran pengurusan syarikat perladangan terkemuka. Di samping itu, pembinaan jambatan oleh syarikat terbabit dikatakan tidak mengikut spesifikasi yang betul...