REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Tuesday, November 23, 2010

Beri kerjasama penuh

LEDANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang menggesa masyarakat supaya memberi kerjasama padu kepada polis untuk membanteras jenayah di sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, menerusi Program Community Policing yang dianjurkan, ia menjadi platform kepada polis untuk mendekati masyarakat bagi mewujudkan jaringan hubungan yang erat mereka. Menurutnya, ini kerana pada program berkenaan pegawai polis daripada IPD Ledang turun padang beramah mesra dengan masyarakat setempat. “Jaringan yang erat ini...

Bas terbakar: Sembilan terselamat

MUAR 20 Nov. - Seorang pemandu dan lapan penumpang terselamat daripada maut apabila sempat keluar dari sebuah bas ekspres yang secara tiba-tiba terbakar di Parit Penyengat, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru tersebut sedang berhenti di tepi jalan selepas pemandunya terdengar bunyi yang mencurigakan dari bahagian enjin bas. Difahamkan, pemandu bas berkenaan terdengar satu bunyi kuat semasa sedang memandu menyebabkan dia berhenti dan turun untuk memeriksa...