REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Thursday, December 30, 2010

2 remaja konvoi basikal maut dirempuh van

BEGINILAH keadaan basikal yang dinaiki Mohd. Sufi dan lapan rakannya selepas dirempuh sebuah van hingga menyebabkan remaja itu maut dalam kejadian di Muar semalam. MUAR - Hasrat sekumpulan sembilan remaja untuk pergi ke Wet World Batu Pahat yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini dengan mengayuh basikal musnah apabila dua daripada mereka maut manakala seorang lagi parah selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah van semalam. Kejadian pukul...

Pemuda mati tergantung

MUAR: Seorang lelaki ditemui mati tergantung di rumah sewanya di Jalan Arab di sini, Jumaat lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Ahmad Hanafi, 22, ditemui tergantung oleh abangnya yang tinggal serumah dengannya. Abang mangsa, Mohamad Razif, 26, berkata kali terakhir dia berjumpa mangsa ialah sehari sebelum kejadian. Katanya, perangai mangsa berubah sejak seminggu lalu dan gemar mengurung diri di dalam bilik. “Pada hari kejadian, arwah seharian mengunci diri dalam bilik menyebabkan saya dan rakan serumah lain mula mengesyaki sesuatu...

Thursday, December 23, 2010

Pengantin baru mati tukar mentol

MUAR: Seorang guru lelaki hanya sempat mengecap nikmat perkahwinan empat hari sebelum meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika menukar mentol di rumah keluarganya di Parit Pinang Seribu di sini, malam kelmarin. Keluarganya cuba membantu, tetapi Shahrizal Salleh, 30, gagal diselamatkan. Polis yang datang menyiasat menghantar mangsa ke ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), tetapi dia disahkan meninggal dunia. Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mangsa baru melangsungkan perkahwinan Sabtu lalu. Menurutnya,...