REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, December 24, 2011

Remaja SPM terbunuh, motosikal rempuh lori

MUAR - Seorang remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori di Km 10, Jalan Muar-Pagoh, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Muar ACP Nasir Ramli berkata Hafiz Idris, 18, dari Parit Kadir, Bukit Pasir di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. "Kemalangan berlaku pada pukul 3.30 petang ketika Hafiz yang dalam perjalanan dari arah Muar ke Pekan Bukit Pasir, melanggar belakang sebuah lori seberat satu tan di laluan sama,"...

Thursday, December 22, 2011

Sub kontraktor rugi lebih RM350,000

MUAR - Seorang sub kontraktor berputih mata dan menanggung kerugian lebih RM350,000 apabila dua kereta jenis Volkswagen Scirocco, Toyota Hilux dan barangan berharga serta wang tunai RM1,000 yang lain dilarikan tiga perompak dalam kejadian pecah masuk rumah di Taman Sri Permai, Bukit Pasir di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 7.45 malam, mangsa Kong Foon Ming, 25, juga terpaksa berdepan dengan detik mencemaskan hampir 10 minit apabila tiga perompak...

Sunday, December 18, 2011

Otak hancur digilis lori

MUAR: Seorang penunggang motosikal lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan sebahagian otak bersepah selepas digilis sebuah lori tiga tan di Jalan Simpang Jeram, Bakri, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 10.15 malam, Ismail Mokhtar, 46, berasal daripada Parit Keroma, menunggang berseorangan dari Bukit Pasir ke Jalan Haji Kosai. Setibanya di persimpangan Jeram, motosikal ditunggangnya dipercayai bergesel dengan sebuah skuter yang keluar dari simpang berkenaan, menyebabkan Ismail hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. Pada masa...

Thursday, December 8, 2011

Blok asrama pekerja terbakar

MUAR - Sebuah blok asrama yang menempatkan kira-kira 50 pekerja asing musnah dalam kejadian kebakaran sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Parit Muhammad Bakri Batu 5, di sini, awal pagi kelmarin. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima laporan insiden tersebut pada jam 1.20 pagi. Menurutnya, seramai 13 anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke tempat kejadian kira 10 minit kemudian. “Kilang...

Tuesday, December 6, 2011

Momen indah peserta khatan

MUAR – Seramai 30 peserta berkhatan mengalami momen indah apabila diarak sejauh satu kilometer menggunakan motosikal berkuasa tinggi, sebelum dikhatankan di sebuah klinik di bandar ini. Kesemua peserta dari tiga kampung iaitu Kampung Teluk Kemang, Kampung Jeram Tengah dan Kampung Sungai Terap di sini, terlebih dahulu berkumpul di rumah Ketua Kampung berkenaan, Ali Abd Samad pada jam 10 pagi. Ali berkata, seorang penduduk, Datuk Mustapha Abd Wahab...

Empat suspek kes bunuh ditahan

MUAR – Pihak polis berjaya memberkas empat individu yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki pada Mac 2009, lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohd Nasir Ramli berkata, usaha polis menjejaki kesemua suspek selama dua tahun berhasil melalui maklumat daripada orang awam. Menurutnya, melalui maklumat itu, polis menahan salah seorang suspek pada 25 November lalu. “Rentetan penangkapan itu, memudahkan pihak polis melancarkan...

Sunday, December 4, 2011

Mahu jadi tentera

MUAR: “Saya tidak sangka dipilih pelatih terbaik, ia menguatkan lagi impian untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” kata Rusydi Abu Bakar, 18, pelatih keseluruhan terbaik Kumpulan 3, Siri 8 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Nasuha, Pagoh, di sini, kelmarin. Rusydi berkata, dia terkejut ketika namanya diumumkan sebagai pelatih terbaik keseluruhan latihan kali ini dan menganggapnya sebagai pencapaian di luar jangkaan. Katanya, pelatih lain turut menunjukkan prestasi cemerlang dan dia berasa terharu kerana diberi pengiktirafan...

Thursday, November 24, 2011

Terpaksa ulang-alik ke hospital

MUAR – “Setiap saat saya tidak pernah lupa menitipkan doa buat Mohd Raiyan dan berharap dia segera sembuh,” demikian luahan seorang ibu, Harnawati Esa, 34. Harnawati berkata, luluh hatinya dan suami, Mohd Az­mi Johan, 40, apabila menge­tahui anak yang dilahirkan sempurna sebenarnya menghidap penyakit kronik. “Hasil pemeriksaan perubatan mendapati Mohd Rai­yan menghidapi penyakit paru-paru kronik seawal usia dua hari dilahirkan. “Ketika itu, saya...

Sunday, November 20, 2011

Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah meninggal dunia

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninam Shah meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini awal pagi ini. Allahyarham yang berusia 64 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi akibat jangkitan paru-paru. Jenazah Kadar Shah selamat dikebumikan kira-kira pukul 3.30 petang bersebelah pusara bapanya, Allahyarham Tun Sulaiman Ninam Shah di Tanah Perkuburan Islam Batu Enam, Bakri, Muar, Johor. Ahli...

Guru lempar wang

PAGOH: “Saya terkejut kerana guru besar sanggup melemparkan wang RM26 di depan kami dan melayan seperti pengemis, sedangkan kami ke sekolah kerana mahu menuntut hak anak mendapat RM100 seperti mana diterima pelajar lain,” kata Azman Salleh, 38, bapa seorang murid yang kecewa wang pemberian kerajaan kepada anaknya dipotong tanpa alasan munasabah. Menurut Azman, anaknya, Ainul Akmal, 8, hanya menerima RM56 kerana pengurusan sekolah memotong RM44 dengan alasan untuk melunaskan hutang buku rampaian. Potongan itu memeranjatkan Azman dan isteri, Norizan...

Tuesday, November 15, 2011

Kereta Mercedes hilang ditemui

MUAR – Kereta Mercedes milik seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 15 Oktober lalu akhirnya ditemui semula ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Arab di sini. Kereta tersebut ditemui oleh orang ramai kira-kira jam 10 malam pada Sabtu lalu dipercayai ditinggalkan oleh dua pemuda di tepi jalan kerana kehabisan minyak sebelum mereka bertindak menghilangkan diri. Lebih mengejutkan apabila kereta itu turut menggunakan nombor pendaftaran palsu berbeza...

Thursday, November 10, 2011

Pemandu treler nyaris maut

MUAR - Seorang pemandu treler nyaris maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbalik dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Kemang, Sungai Terap di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pemandu treler berkenaan mengalami kecederaan di dahi akibat terkena besi yang ada dalam kenderaan berkenaan. Treler seberat 30 tan yang sarat dengan muatan kayu itu dipercayai dalam perjalanan ke kawasan perindustrian di...

Tuesday, November 8, 2011

Lelaki maut rempuh bas

MUAR - Sambutan Aidiladha bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Bukit Pasir pada jam 6.40 pagi di sini, kelmarin. Mangsa, Hishamuddin Mahmood, 46, dari Kampung Sungai Raya Bukit Pasir, di sini, menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke kilang di Jorak, Bukit Pasir. Namun, setibanya di tempat kejadian, dipercayai motosikal mangsa cuba membelok ke kanan jalan tetapi...

Tolong jemur baju saya

MUAR: “Ibu, tolong jemurkan pakaian saya pagi esok jika saya tidak sempat.” Itu permintaan terakhir Syahidbullah Jabbar, 18, kepada ibunya sebelum dia meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Salleh di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Syahidbullah yang berasal dari Kampung Temiang, menunggang motosikal jenis Yamaha bersendirian kerana mahu bertemu dengan rakannya. Motosikal ditunggangnya cuba mengelak lori dari arah bertentangan menyebabkannya hilang kawalan sebelum terjatuh. Ibunya, Salmah Kader,...

Tuesday, November 1, 2011

PGM rampas mercun, bunga api

NORDIN Osman (kiri) memeriksa rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas di Kampung Raja, Pagoh pada sidang media di Muar, semalam. MUAR 31 Okt. - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah 2 merampas mercun, bunga api serta minuman keras yang dianggarkan bernilai RM30,000 selepas menyerbu sebuah pondok dalam ladang kelapa sawit di Kampung Raja, Pagoh di sini, semalam. Bagaimanapun, dalam serbuan pukul 12 tengah hari yang disertai oleh...

Monday, October 24, 2011

Waris mahu pembelaan

MUAR - Seorang daripada 16 waris anggota polis yang terkorban dalam peristiwa berdarah di Bukit Kepong, di sini, mendakwa agar tidak membuat sebarang tuntutan selepas siapnya sebuah filem yang memaparkan kisah sebenar peristiwa tersebut. Jamilah Abu Bakar, 63, mendakwa, dia diminta untuk menurunkan tandatangan dalam satu dokumen sebelum pembikinan filem tersebut dilakukan sekitar 1970-an. “Ketika itu saya tidak mengerti perkara sebenar dan kini baru saya sedar bahawa kami sebagai waris polis Bukit Kepong wajar diberikan royalti yang selayaknya....

Saturday, October 22, 2011

Harap belas kasih isteri

MUAR – Seorang warga emas tidak menyangka kelibat empat burung terbang yang melintasi pandangannya semasa menunggang motosikal menjadi punca dia kehilangan penglihatan buat selama-lamanya. Sejurus tiba di rumah, penglihatannya menjadi kabur dan pada awalnya, dia menyangka hanya rabun biasa saja. Bagaimanapun, keadaan itu terus berlarutan selama sebulan dan dia hanya mampu memakai cermin mata untuk menghilangkan ketidakselesaan itu. Malangnya, penglihatan warga emas itu bertambah teruk dan dia menjadi buta pada usia 27 tahun. Itu nasib yang...

Saturday, October 8, 2011

Mayat terlentang dalam parit

MUAR – Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tetakan objek tajam di anggota badan dijumpai dalam sebuah parit berhampiran kawasan semak oleh sekumpulan kanak-kanak di Parit Amal Jalan Seri Tanjung Bakri di sini, kira-kira jam 2.45 petang, kelmarin. Lelaki terbabit dipercayai telah dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam parit di kampung berkenaan. Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika ditemui berkata,...

Thursday, September 29, 2011

Tragedi ragut nyawa dua beranak

BEGINILAH keadaan sebuah van persiaran selepas terlibat dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di Parit Buntar, Perak semalam. PARIT BUNTAR – Kegembiraan sebuah keluarga dari Muar, Johor untuk menghantar anak bongsu mereka mendaftarkan diri di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas van sewa yang dinaiki terlibat dalam kemalangan semalam. Kejadian pukul 5.40 pagi di Kilometer 186.6,...

Lelaki ditemui mati dalam kebun

MUAR - Seorang lelaki ditemui mati oleh seorang pembeli buah-buahan di sebuah kebun di Bukit Pasir, di sini semalam. Dalam penemuan jam 3 petang itu, pembeli berkenaan, menjumpai mayat terbabit yang kebetulan datang berurusan untuk membeli buah-buahan di kebun terbabit yang juga milik keluarga si mati. Mangsa dikatakan tidak lagi mampu bekerja kerana menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Jurucakap polis berkata, pihak polis menjumpai sebuah botol kaca yang dipercayai bekas berisi racun dan sebuah bekas minyak petrol kosong berhampiran...

Lebuh raya Segamat-Tangkak-Muar mula dibina November

SEGAMAT 29 Sept. - Lebuh raya empat lorong Segamat-Tangkak-Muar sepanjang 63 kilometer yang dianggarkan bernilai antara RM750 dan RM770 juta akan mula dibina November depan, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor. Pelaksanaan projek itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang yang lalu. "Dalam pilihan raya kecil DUN Tenang lalu, saya ada menyatakan kerajaan akan menyegerakan projek menaik taraf jalan Segamat-Tangkak-Muar kepada empat lorong...

Wednesday, September 28, 2011

Lapan tinggal sehelai sepinggang

ANUAR Jamian dan Norhaizan Kassim melihat rumah mereka yang musnah terbakar di Parit Kachau, Seri Menanti, Muar, semalam. MUAR 27 Sept. – Lapan sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Parit Kachau, Seri Menanti di sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 9.50 malam itu, api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas bermula di bahagian dapur sebelum merebak ke seluruh rumah. Menurut mangsa, Anuar Jamian,...

Friday, September 9, 2011

Mercu tanda replika tarian singa bakal dibina di Muar

MUAR 8 Sept. - Sebuah mercu tanda baru berbentuk replika tarian singa bakal dibina di bandar ini bagi mengiktiraf keunggulan pasukan tarian singa dari daerah ini yang muncul juara di peringkat dunia sebanyak beberapa kali. Pembinaan replika bernilai RM120,000 di tapak berhampiran Pusat Penjaja Bentayan itu dijayakan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Muar dan diharap dapat merancakkan lagi kegiatan pelancongan di daerah ini. Majlis pecah tanah bagi pembinaan replika tersebut disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,...

Thursday, September 8, 2011

Bantah pembinaan pencawang

MUAR – Kira-kira 200 penduduk di Lorong Hj Mohamad Amin, Bakri di sini berhadapan dengan risiko masalah kesihatan selepas pencawang elektrik dibina berhampiran kediaman mereka. Penduduk mendakwa pencawang tersebut dibina sejak 1999 meskipun telah mendapat tentangan daripada penduduk tetapi hanya sia-sia. Salah seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Amalina, 25, berkata, kewujudan menara pencawang elektrik yang terletak kurang 30 meter dari rumahnya dikhuatiri boleh mengundang bahaya terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang. Menurutnya,...

Wednesday, September 7, 2011

PGM Muar rampas mercun, bunga api bernilai RM40,000

Nordin Osman (dua dari kanan) menunjukkan pelbagai jenis mercun dan bunga api yang dirampas di Muar, semalam. MUAR 6 Sept. - Taktik sekumpulan penyeludup menyembunyikan 3,072 kotak mercun dan bunga api bernilai RM40,000 di sebuah pondok dalam ladang buah-buahan di Jalan Sepang, Jorak di sini, terbongkar apabila diserbu Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Muar, semalam. Pegawai Pemerintah PGM wilayah berkenaan, Asisten Supritendan Nordin Osman berkata,...

Sunday, August 28, 2011

Murid mengadu sakit perut

MUAR – Hampir 120 murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Kwang Wahyu, Parit Jawa di sini, mengadu sakit perut dipercayai selepas minum susu yang dibekalkan di sekolah berkenaan. Murid-murid tahun satu hingga enam menerima rawatan segera daripada pasukan kesihatan dari Klinik Kesihatan Parit Jawa yang bergegas ke sekolah itu sebaik sahaja menerima laporan. Manakala, sebahagiannya dihantar ke Klinik Parit Jawa sebaik sahaja mengalami simptom keracunan makanan, semalam. Guru Besar sekolah berkenaan, Chong Guat Yen berkata, sekolah itu terpaksa...

Friday, August 19, 2011

120 bakal penuntut terima wang pendahuluan

MUAR 18 Ogos - Seramai 120 bakal mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari seluruh kawasan Parlimen Muar diraikan dalam majlis penyerahan Wang Pendahuluan Diri (WPD) dan majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Al-Ikhsan, Parit Jawa, di sini semalam. Majlis penyampaian WPD daripada Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) yang bernilai RM1,500 kepada setiap mahasiswa itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Program anjuran Pusat Khidmat Parlimen Muar serta Rangkaian Anak Muar (RAM) itu...

Wednesday, August 17, 2011

3 remaja dilarang keluar rumah

MUAR: Tiga remaja semalam dikenakan perintah berkurung dalam rumah pada waktu malam dengan bon berkelakuan baik selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah membakar dua surau di pinggir bandar ini dalam kejadian Januari tahun lalu. Selain masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara bagi setiap pertuduhan disabitkan, mereka dilarang keluar rumah mulai jam 8 malam hingga jam 6 pagi kecuali dengan kebenaran bertulis Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain perlu bersama ibu bapa masing-masing menghadiri bengkel...

Tuesday, August 16, 2011

Rakyat miskin perlu pembelaan

MUAR 15 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memberi fokus pada usaha membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah di negara ini bagi menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat. Jelas beliau, kerajaan komited untuk membantu golongan terbabit agar tiada pihak yang tercicir daripada arus pembangunan negara yang kian rancak dengan program transformasi yang dilaksanakan. Katanya, golongan...

Friday, August 12, 2011

Ingin miliki rumah sendiri

MUAR – Tragedi terjatuh semasa bertugas sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah pangsapuri di bandar ini nyata telah mengubah seluruh kehidupan seorang warga emas. Peristiwa hampir dua tahun lalu itu, menyebabkan Selamat Seman, 74, lumpuh dan hanya mampu duduk di kerusi roda. Bukan itu sahaja, peristiwa itu juga turut meragut kebahagiaannya dan terpaksa hidup dalam kesempitan kerana :kehilangan punca pendapatan. Kini, Selamat hanya bergantung...

Thursday, August 11, 2011

Minta keluarga tuntut mayat

MUAR – Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang lelaki untuk menuntut mayatnya bagi proses pengebumian. Chan Teong Aun, 51, dilaporkan meninggal dunia pada 2 Ogos lalu, tetapi sehingga kini tiada seorang waris tampil menuntut mayat di HPSF. Jurucakap HPSF berkata, Teong Aun dimasukkan ke hospital pada Julai lalu kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Bagaimanapun, keadaan Teong Aun semakin tenat...

Wednesday, August 10, 2011

Van rempuh surau

MUAR – Seorang lelaki berusia 40-an nyaris maut apabila van yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah surau di Parit Besar, Jalan Abdul Rahman di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, surau tersebut mengalami kerosakan teruk di bahagian tembok hadapan. Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila van berkenaan hilang kawalan selepas melanggar belakang sebuah kereta daripada arah yang sama dari Muar menghala ke Parit...

Friday, August 5, 2011

Cuaca panas bukan penghalang

MUAR - Menjadi kelaziman setiap kali tiba bulan puasa, bazar Ramadan pasti sesak apabila menjadi tumpuan umat Islam membeli pelbagai juadah berbuka puasa. Di Muar, Bazar Ramadan di Dewan Jubli Intan merupakan antara lokasi paling popular penduduk untuk mencari pelbagai menu juadah berbuka puasa. Tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat lebih 40 gerai di bazar tersebut yang menjual pelbagai menu termasuk menu istimewa dari Kelantan iaitu nasi kerabu. Sejak hari pertama umat Islam di negara ini menyambut Ramadan, bazar itu penuh sesak dengan...

Wednesday, July 27, 2011

Dua kereta bertembung

MUAR - Seorang lelaki dan wanita maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dalam kejadian kemalangan ngeri di Jalan Salleh awal pagi, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi, mangsa yang terbunuh ialah Chow Sow Kew, 41, dan Koh Saw Meng, 41. Sow Kew yang berasal dari Yong Peng, Batu Pahat datang ke Muar dengan menaiki kereta Proton Wira bersama seorang rakannya. Dipercayai kenderaan Sow Kew dari arah Muar menghala ke...

Monday, July 25, 2011

Utamakan keselamatan

MUAR - Mangsa ribut di Bakri dinasihatkan supaya peka terhadap tahap keselamatan di persekitaran rumah termasuk menebang pokok uzur supaya insiden pokok tumbang menghempap rumah tidak berulang lagi. Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib berkata, dalam kejadian ribut yang melanda Bakri baru-baru ini mendapati banyak rumah mengalami kerosakan disebabkan dihempap pokok. Menurutnya, meskipun bencana ribut tidak dapat dielakkan, tetapi jumlah kerosakan boleh dikurangkan dengan menebang pokok-pokok besar dan uzur berdekatan rumah. “Kebanyakan...

Kelantan hormati kehebatan MP Muar

KOTA BHARU – Dilabelkan pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ini, Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail ternyata tampak kurang selesa dengan gelaran tersebut, sebaliknya mengambil pendekatan merendah diri menjelang perlawanan akhir Piala Presiden menentang Majlis Perbandaran (MP) Muar, malam esok. Biarpun bahang tekanan semakin terasa, Zahasmi bagaimanapun mengakui beliau lebih gemar mengambil sikap berhati-hati, sambil menghormati keupayaan pasukan MP Muar yang berjaya mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir edisi musim ini. “Ini...