REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, February 26, 2011

Adik belasah kakak

MUAR – Gara-gara tidak berpuas hati mengenai harta pusaka, seorang wanita berusia 46 tahun nyaris maut apabila dia dipukul oleh adik lelakinya di Kampung Seri Menanti Pagoh pada 20 Februari lalu. Bukan itu sahaja, mangsa turut diugut oleh adik lelakinya dengan mengacukan sebilah pedang samurai di lehernya. Kerana takut dengan ancaman daripada suspek, mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis berhampiran. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan berkata, berdasarkan laporan itu, pihak polis membuat serbuan untuk...

Pemandu wanita terselamat

MUAR – Seorang wanita terselamat apabila kereta yang dipandunya jenis Nissan terbakar secara tiba-tiba ketika melalui Jalan Junid di sini, kelmarin. Dalam kejadian ketika jam 8.30 pagi, Asiah Khamis berkata, dia dalam perjalanan dari pusat bandar menuju ke Jalan Junid. Menurutnya, apabila menghampiri persimpangan Jalan Junid, keretanya mengeluarkan asap dari papan muka kenderaannya. “Panik dengan kejadian tersebut, saya mengambil tindakan pantas...

Friday, February 18, 2011

Lakar sejarah baru

MUAR - Sekolah Menengah (SM) Sains Muar melakar sejarah apabila diisytiharkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Limbang, Sarawak semalam. Pengetua Kanan, Samian Sawiyo berkata, pengiktirafan itu kerana kelebihan mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri...

Tuesday, February 8, 2011

Banjir surut buaya timbul

MUAR: Penduduk Kampung Tanjung Olak di Bukit Pasir terbabit dengan banjir sejak seminggu lalu digemparkan dengan kehadiran seekor buaya sejak beberapa hari lalu. Reptilia itu beberapa kali muncul di permukaan air yang menenggelami lebih 300 rumah di kampung berkenaan. Lebih menakutkan apabila penduduk melihat sendiri reptilia itu menyerang sekumpulan angsa, baru-baru ini. Penduduk, Kamarudin Ahmad berkata, kejadian itu berlaku jam 7.15 malam kelmarin dan mulanya menyangka ia tunggul kayu. myMetro 8 Feb 2...

Monday, February 7, 2011

Banjir di Pahang dan Pagoh Muar

KAMARUDDIN Samad menaiki bot meninjau kebun pisang miliknya yang dilanda banjir sejak beberapa hari lalu di Kampung Gadak, Muadzam Shah, dekat Rompin, Pahang,semalam. 03 FEBRUARI 2011. UTUSAN/MAHATHIR ALI Mangsa banjir menggunakan sampan untuk mengambil barang-barang di rumah mereka yang masih ditenggelami air di Pekan Pagoh pada Jumaat. Terdapat kira-kira 14,000 mangsa banjir di Seluruh Johor ketika ini dengan 2,600 daripadanya di Pagoh yang dipindahkan...

Pasangan pengantin bernikah dalam banjir

ARKIB NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam. MUAR - Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam. Baginda berkenan...

Anak muda ugut tikam bapa 70 tahun

ARKIB MUAR: Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun yang mengugut untuk menikam bapanya yang berusia 70 tahun dengan sebilah pisau di rumah mereka di Bakri di sini dua hari lalu. Pemuda tersebut seorang penganggur ditahan di rumahnya dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Parit Perupok di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Muar, Pemangku ACP Mohamad Nasir Ramli berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang selepas bapa lelaki itu bertanyakan sama ada anaknya itu mengambil wang sejumlah RM200 miliknya. Pemuda tersebut yang...