MUAR – Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah perumpamaan yang layak diberikan kepada enam warga Indonesia yang sanggup mencuri buah sawit milik majikannya sendiri.
Kegiatan mereka selama ini terbongkar apabila ditahan polis ketika sedang leka mencuri buah sawit di ladang Sungai Pulai berhampiran Jalan Batu Pahat di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kesemua suspek yang ditahan adalah pekerja tetap di ladang milik majikannya.
Menurutnya, kesemua suspek menjadikan waktu selepas bekerja...