MUAR: Ganas ungkapan tepat menggambarkan seorang wanita warga Vietnam yang terbabit dalam 11 kes pecah kilang termasuk kilang tempatnya bekerja di sekitar daerah ini, sejak awal tahun lalu.
Malah, wanita itu mencari pembeli bagi setiap pasport warga asing lain dicurinya di kilang sebelum ia dijual pada harga borong.
Bagaimanapun, kehebatan wanita terbabit akhirnya terhenti selepas ditahan polis bersama sembilan rakan senegara di sebuah rumah kongsi di Taman Seri Jeram di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir...