MUAR – “Hari ni adik nak ikut mak pergi rewang kenduri,” merupakan permintaan terakhir seorang kanak-kanak kepada ibunya sebelum dia ditemui mati lemas dalam sungai di Parit Kassim Darat, Parit Jawa, petang kelmarin.
Dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu, Mohd Hafiz Manan, 11, mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai semasa duduk di atas jambatan kecil di sungai tersebut.
Mohd Hafiz bersama ibunya dikatakan keluar rumah pada jam tiga petang untuk menghadiri majlis rewang kenduri di rumah jiran kira-kira 100 meter dari...