REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, July 27, 2011

Dua kereta bertembung

MUAR - Seorang lelaki dan wanita maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dalam kejadian kemalangan ngeri di Jalan Salleh awal pagi, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi, mangsa yang terbunuh ialah Chow Sow Kew, 41, dan Koh Saw Meng, 41. Sow Kew yang berasal dari Yong Peng, Batu Pahat datang ke Muar dengan menaiki kereta Proton Wira bersama seorang rakannya. Dipercayai kenderaan Sow Kew dari arah Muar menghala ke...

Monday, July 25, 2011

Utamakan keselamatan

MUAR - Mangsa ribut di Bakri dinasihatkan supaya peka terhadap tahap keselamatan di persekitaran rumah termasuk menebang pokok uzur supaya insiden pokok tumbang menghempap rumah tidak berulang lagi. Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Saipolbahri Suib berkata, dalam kejadian ribut yang melanda Bakri baru-baru ini mendapati banyak rumah mengalami kerosakan disebabkan dihempap pokok. Menurutnya, meskipun bencana ribut tidak dapat dielakkan, tetapi jumlah kerosakan boleh dikurangkan dengan menebang pokok-pokok besar dan uzur berdekatan rumah. “Kebanyakan...

Kelantan hormati kehebatan MP Muar

KOTA BHARU – Dilabelkan pasukan pilihan untuk menjuarai edisi kali ini, Ketua Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail ternyata tampak kurang selesa dengan gelaran tersebut, sebaliknya mengambil pendekatan merendah diri menjelang perlawanan akhir Piala Presiden menentang Majlis Perbandaran (MP) Muar, malam esok. Biarpun bahang tekanan semakin terasa, Zahasmi bagaimanapun mengakui beliau lebih gemar mengambil sikap berhati-hati, sambil menghormati keupayaan pasukan MP Muar yang berjaya mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir edisi musim ini. “Ini...

Thursday, July 21, 2011

Ibu rayu anak gadis pulang

MUAR - Seorang ibu, Tan Poh Kee, 49, merayu anak gadisnya, Lim Wee Bun, 15, yang meninggalkan rumah sejak seminggu lalu, supaya pulang segera ke pangkuan keluarga. Poh Kee berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan drastik anaknya itu kerana sebelum kejadian tiada sebarang konflik berlaku antara mereka. Menurutnya, pada 12 Julai lalu, kira-kira jam 7 pagi, Wee Bun didapati keluar rumah untuk pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah...

Friday, July 15, 2011

Anak cari bapa kandung

MUAR – Seorang wanita terpaksa menunda majlis pernikahannya berikutan gagal mengesan bapa kandungnya, Ngadiman Dollah, 50. Aishah Ngadiman, 23, berkata, majlis :pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada pertengahan Julai ini tidak dapat dilaksanakan sebagaimana perancangan asal. “Kini, saya menetap bersama keluarga angkat di Kampung Teluk Kemang, Sungai Terap, Muar. “Manakala, keluarga kandung tinggal di Jalan Pantai Emas Klebang berhampiran Klebang Besar,” katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, dia tidak lagi tinggal sebumbung bersama...

Monday, July 11, 2011

Kecewa suami curang

MUAR: “Panggil suami aku datang sini, kalau tidak aku bunuh diri,” kata seorang wanita yang dikenali sebagai Suriani, 30, ketika cuba terjun dari Jambatan Kedua Muar di sini, kira-kira jam 4.30 petang, semalam. Tindakan nekad wanita berkenaan mendapat perhatian orang awam yang selepas itu melaporkan kejadian kepada polis. Kira-kira lima minit kemudian, polis tiba di lokasi lalu cuba memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan hajatnya. Bagaimanapun,...

Friday, July 8, 2011

Polis Serbu Taska, Nasib Tebusan Belum Diketahui

MUAR: Sepasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman bertindak menyerbu pusat asuhan kanak-kanak yang menjadi tempat seorang lelaki menahan kira-kira 30 kanak-kanak dan empat guru kira-kira 3.45 petang Khamis. Wartawan Bernama yang berada di lokasi turut mendengar bunyi tembakan, namun sehingga pukul 4.20 petang ini nasib lelaki tersebut dan mereka yang menjadi tebusan belum diketahui. Bagaimanapun wartawan Bernama dapat mendengar suara nyanyian...

Friday, July 1, 2011

Polis buru wanita bawa dadah bernilai RM766,450

JOHOR BAHRU 29 Jun – Polis memburu seorang wanita yang melarikan diri setelah dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM766,450 dibawanya bertaburan di atas jalan selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Muar-Pagoh, Jumaat lalu. Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya yang mengenal pasti suspek kini turut mengesan pemilik kenderaan Toyota Vios itu yang didaftarkan di atas nama seorang lelaki. Katanya, heroin dirampas itu seberat 22.22 kilogram dengan nilai RM666,450 manakala syabu pula seberat...

Sorok barang tiruan dalam banglo

MOHD BASHA ABIDIN (kiri) bersama pegawai penguat kuasa memeriksa pelbagai beg tangan wanita berjenama yang didapati tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh.MUAR: Sebuah banglo di taman perumahan dekat Jalan Salleh di sini, dikesan menjadi stor transit beribu-ribu barangan tiruan bernilai lebih RM100,000 untuk diedarkan pasaran seluruh Johor dan sebahagian Pahang. Kegiatan di banglo milik sebuah keluarga yang dipercayai beroperasi sejak...