REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Monday, December 31, 2012

Gigih bantu golongan sasar

Mohd Johari (lima, kiri) bersama penerima dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP) pada Karnival Peladang Johor 2012 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Bakri. MUAR - Pegawai dari Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diminta memainkan peranan sebenar membantu petani, penternak dan nelayan untuk meningkatkan produktiviti serta sosioekonomi masing-masing. Timbalan...

Sunday, December 30, 2012

Peniaga diculik bebas selepas keluarga bayar RM1 juta

MUAR: Seorang peniaga pakaian berusia 56 tahun yang diculik 3 hari lalu dari rumahnya telah dibebaskan di sebuah ladang kelapa sawit di Sekinchan, Selangor semalam selepas keluarganya membayar wang tebusan sebanyak RM1 juta. Ahli perniagaan dan keluarganya baru saja pulang ke rumah mereka di Jalan Abdul Rahman di sini pada kira-kira pukul 9 malam pada Jumaat ketika dia diculik. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Liu, dikatakan baru saja meletakkan keretanya di perkarangan rumah dan sedang menunggu pintu pagar otomatiknya tertutup apabila empat...

Friday, December 28, 2012

Simbolik gerakan benci Israel

Mazlan mengetuai upacara pembakaran bendera dan patung Benjamin Netanyahu di Dataran Anjung Mesra Batu 17 ½, Air Hitam, kelmarin. MUAR - Upacara membakar bendera dan patung Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjadi kemuncak program Gelombang Biru Gerak Mesra Bersama Rakyat Dun Bukit Naning di Dataran Anjung Mesra Batu 17 ½, Air Hitam, di sini, kelmarin. Upacara itu diketuai Timbalan Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari dan...

Indeks jenayah Johor turun

Mohd Mokhtar (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada Sahadan di Kompleks Sri Pekembar di sini, semalam. MUAR - Indeks jenayah menurun sebanyak 1,822 kes iaitu 8.5 peratus bagi tahun ini, sekaligus menepis dakwaan negeri ini tidak selamat bagi pelabur asing kerana kes jenayah di sini. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penurunan berkenaan menunjukkan negeri ini selamat dan dapat mengubah persepsi tidak tepat kononnya...

Suami mangsa dera isteri

ROBIA Kosai (kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memasak pada majlis Penutupan Program Agensi Bersama Masyarakat Kemas Parlimen Muar di SK Parit Bakar Tengah, Muar, semalam. MUAR 23 Dis. - Golongan suami kini mula menjadi mangsa keganasan rumah tangga berdasarkan laporan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai...

Kubur lama di Jalan Sungai Abong terbiar

KAWASAN perkuburan lama dibiarkan semak dan tidak terurus di Jalan Sungai Abong, Muar, Johor yang memerlukan tindakan pihak berkuasa. KEADAAN tanah perkuburan lama di tepi Jalan Sungai Abong, Muar yang kini dipenuhi rumput setinggi lebih suku meter, pokok besar merimbun, buah kelapa tua gugur dan berselerakan membuatkan kawasan tersebut terbiar dan menyakitkan mata memandang. Tanah perkuburan Islam berdekatan Jalan Cenderawasih 1 itu dikatakan...

RM1 juta bina tujuh jeti nelayan di Muar

MUAR 25 Dis. - Sejumlah RM1 juta diperuntukkan untuk membina tujuh jeti di sekitar daerah ini bagi memudahkan nelayan mendaratkan ikan di pangkalan sedia ada dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan berkenaan. Antara jeti yang sudah disiapkan termasuk di Parit Jawa, Sarang Buaya, Sungai Balang dan Parit Amal manakala jeti di Sri Menanti sedang menanti proses tender dan jika tiada sebarang halangan akan disiapkan pada tahun depan. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, setiap jeti berkenaan menerima peruntukan antara RM100,000...

Tiga hari tak keluar rumah

Mohamad Razif menunjukkan keadaan jalan yang rosak akibat terlalu kerap menakung air selepas hujan lebat. MUAR - Sekeluarga di Kampung Parit Haji Yaacob Batu 18, Air Hitam dekat sini, pernah berhadapan situasi sukar apabila tidak dapat keluar rumah selama tiga hari semasa kampung berkenaan dilanda banjir setinggi 0.4 meter, bulan lalu. Selain itu, mereka juga mengalami kesulitan apabila terpaksa menggunakan jalan rosak dan becak setiap hari. Mohamad...

Saturday, December 22, 2012

IPD Muar terima 6 aset URB

Sahadan (tiga, kiri) menunjukkan URB yang diterima IPD Muar, semalam. MUAR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima enam aset bagi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sebagai kegunaan untuk mencegah kegiatan jenayah di beberapa kawasan di daerah ini yang tinggi kadar jenayahnya. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superitendan Sahadan Jaafar berkata, aset URB diterima adalah motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 yang akan meronda 24 jam sehari dan...

Friday, December 21, 2012

Wanita panik kereta terbakar

Keadaan kereta Lim selepas terbakar secara tiba-tiba daripada bahagian enjin. MUAR – Seorang kerani wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandunya secara tiba-tiba mengeluarkan api pada bahagian enjin sebelum membakar bahagian hadapan kereta itu. Kejadian kira-kira jam 6.10 petang berlaku di Jalan Sungai Abong, berhampiran dengan Taman Seri Mulia, Sungai Abong, di sini, kelmarin. Wanita terbabit yang hanya...

JPAM sasar 17,000 sukarelawan

PAGOH 19 Dis. - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor menyasarkan untuk mendaftarkan sekurang-kurangnya 17,000 sukarelawan tahun depan terutama dalam persiapan menghadapi pelbagai bencana dan kecemasan. Pengarah JPAM negeri, Kolonel Pertahanan Awam Ghazali Ab. Rahman berkata, jumlah itu adalah sebagai tambahan kepada 24,000 sukarelawan sedia ada ketika ini yang pada bila-bila masa boleh dipanggil jika diperlukan. "Sehingga kini, JPAM Johor sudah menerima keahlian kira-kira 24,000 anggota dan akan cuba memenuhi sasaran ditetapkan pusat...

Statistik PMR 2012 Muar merosot

MUAR 20 Dis. - Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 bagi daerah ini merosot sedikit apabila bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang hanya berjumlah 456 berbanding 526 pada tahun lalu. Pegawai Pelajaran daerah, Ahmad Othman memberitahu, seramai 456 daripada 6,434 calon PMR daerah ini yang memperoleh keputusan cemerlang, 114 pelajar mendapat 9A, 314 pelajar lagi memperoleh 8A dan selebihnya 7A. Beliau berkata, bilangan pelajar cemerlang menurun berbanding 526 daripada 6649 calon yang menduduki PMR tahun lalu. ''Walaupun begitu,...

Beri nelayan gaji bulanan

RAZALI Ibrahim menyerahkan insentif kepada seorang nelayan di Kampung Sri Menanti, Parit Jawa, Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 20 Dis. - Pihak yang bertanggungjawab terhadap kebajikan nelayan diminta memikirkan langkah terbaik seperti memberikan mereka gaji bulanan atau mingguan bagi meningkatkan taraf hidup golongan terbabit yang sentiasa dikaitkan dengan kemiskinan. Cadangan itu kata Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim mampu menjadikan...

Thursday, December 20, 2012

Hidup susah jadi pendorong

MUAR 19 Dis. - Kesusahan hidup mendorong seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad di sini memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 yang diumumkan hari ini. Riyadh Hussein, 15, dari Taman Perdana Bakri, dekat sini, keadaan itu menjadikannya tabah dan cekal apatah lagi selepas kematian ayahnya lebih 10 tahun lalu membuatkannya berazam untuk cemerlang dalam pelajaran. Berkongsi rahsia kejayaannya, Riyadh berkata, selain memberikan tumpuan yang penuh terhadap pembelajaran dalam kelas,...

Wednesday, December 19, 2012

CP Muar bantu turunkan kadar jenayah

Suhaimi Sulaiman (kiri) menerima cenderamata sambil diperhati Gan Chai Leong (tengah) pada Majlis Pelancaran Kepolisan Komuniti Muar di Bandar MUAR 18 Dis. - Penubuhan Kepolisan Komuniti (CP) Muar dalam kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar akan membantu mengurangkan lagi kadar jenayah di daerah ini yang kini mencatatkan penurunan 9.21 peratus bagi tempoh Januari lalu hingga semalam. Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Muar,...

Tuesday, December 18, 2012

'Balik Aishah, kami bimbang'

Mohd. Zam Jamak menunjukkan gambar anak gadisnya, Siti Aishah yang dilaporkan hilang dan dirayu pulang dalam satu sidang media di sini hari ini. - UTUSAN/ZULHISHAM ISAHAK MUAR – “Aishah tidak tunjukkan  perlakuan yang mencurigakan. Dia juga tidak meninggalkan apa-apa pesan dan menghilang begitu sahaja. "Kami amat bimbang jika sesuatu terjadi kepadanya." Itu luahan seorang bapa dari daerah Ledang  yang buntu memikirkan keselamatan...

Bandar Maharani Bandar Diraja

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diiringi Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersalaman dengan rakyat jelata semasa baginda hadir untuk merasmikan Masjid Al-Ikhsan dan solat Jumaat sempena sambutan hari keputeraan baginda di Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 16 Dis. - Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja yang diraikan selama lima hari lima malam di bandar ini bermula 22 November lalu berlangsung dalam...

Bahu jalan diliputi semak

LENCONGAN di simpang tiga yang terletak di permulaan Jalan Tangkak-Muar di Segamat dibiarkan semak-samun sehingga menyukarkan pandangan dari arah depan. Saudara pengarang, Sejak pusat beli-belah One Segamat dibuka di bandar Segamat 15 Disember tahun lalu, pangkal Jalan Muar-Tangkak iaitu kira-kira 80 meter dari lampu isyarat di Jalan Genuang, selalu sibuk dan sesak terutama pada hujung minggu. Ini kerana terdapat simpang tiga di pangkal jalan...

58 SRS Muar terima 178 basikal

RAZALI Ibrahim (depan kiri) dan Shahadan Jaafar (depan kanan) sedia memulakan kayuhan pada Program Penyampaian Basikal Ronda dan Walkie Talkie Kepada SRS Parlimen Muar di Kampung Sri Menanti, Muar, malam semalam. MUAR 17 Dis. - Sebanyak 178 buah basikal dengan nilai keseluruhan lebih RM200,000 disumbangkan Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim kepada 58 Skim Rondaan Sukarela (SRS) seluruh daerah ini bagi menjalankan aktiviti rondaan dan pengawasan...

Denggi meningkat 30 kes

MUAR 17 Dis. - Bilangan kes demam denggi di negeri ini meningkat sebanyak 30 kes pada tahun ini dengan sebanyak 1,527 kes direkodkan berbanding 1,497 kes tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, peningkatan itu bagaimanapun tidak menunjukkan denggi kini berada di tahap membimbangkan kerana keadaan masih terkawal. "Bagaimanapun pada minggu ke-49 iaitu pada 1 hingga 8 Disember lalu, demam denggi menunjukkan peningkatan sebanyak dua peratus iaitu 26 kes. "Ini...

Balai Raya Parit Bakar berubah wajah

BALAI Raya Parit Bakar di Muar berwajah baru selepas dibersihkan daripada semak, tumbuhan liar, pokok merimbun dan pekarangannya yang ditutupi daun kering sebelum ini. Saudara pengarang, TERIMA kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Balai Raya Parit Bakar di Parit Bakar Tengah, Muar kerana prihatin dengan keadaan tempat awam itu yang sebelum ini terbiar dan tidak lagi digunakan penduduk setempat sejak 2008. Sejak cerita dan gambar mengenai...

Saturday, December 15, 2012

Mohon rumah lebih selesa

Hasnah melihat struktur rumahnya yang uzur dan reput dimakan anai-anai. MUAR – Seorang warga emas dari Kampung Parit Karim 1, Batu 18 Air Hitam, di sini, meluahkan keinginan memiliki sebuah rumah baru kerana kediaman yang didiaminya kian uzur dimamah usia. Hasnah Abu Bakar, 61, berkata, struktur rumah yang didiaminya bersama dua anak angkat berusia 16 dan 27 tahun sejak suami tercinta meninggal dunia pada tahun 2009 itu tidak stabil dan hampir...

Wang kertas RM10 asli disangka palsu

Zulfaharudin menunjukkan wang kertas RM10 asli yang disangka palsu MUAR – Seorang mekanik dari Kampung Parit Bugis, terkejut apabila menerima wang kertas RM10 yang kelihatan palsu, tetapi sebenarnya asli. Pemiliknya, Zulfaharudin Tulus, 30, berkata, dia yang menerima wang itu daripada majikannya semasa menerima gaji awal bulan ini mengakui pada mulanya tidak sedar sekeping not RM10 itu mempunyai kelainan tersendiri. Menurutnya, dia menyedari...

Friday, December 14, 2012

Tiga juara hari keputeraan

ABDUL Rahman Mohamed Dewam (depan, enam dari kanan) bersama para pemenang Pertandingan Kereta Berhias dan Pertandingan Bot Berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja pada majlis penyampaian hadiah di Muar, Johor, malam kelmarin. MUAR 13 Dis. - Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pejabat Daerah Johor Bahru, Majlis Amanah Rakyat (Mara) Johor masing-masing muncul johan dalam tiga pertandingan...

Wednesday, December 12, 2012

Projek lampu jalan TNB siap 99.7 peratus

SHAHRUDDIN Md. Salleh (tengah) dan Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin (tiga dari kiri) bersama beberapa penduduk kampung ketika Majlis Pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa 6 Negeri Johor di Kampung Sari Baru dekat Pagoh, Muar, semalam. PAGOH 11 Dis. - Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) fasa keenam yang sedang dilaksanakan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di seluruh negeri ini sebanyak 10,503 unit dengan kos lebih RM1 juta itu kini sudah siap 99.7...

Polis marin dakwa miliki syiling Sepanyol 217 tahun

Ahmad Safari menunjukkan duit syiling Sepanyol berusia 217 tahun. - Foto Shahrul M Zain Muar: Seorang anggota Pasukan Polis Marin di sini, mendakwa memiliki sekeping syiling lama Sepanyol berusia 217 tahun yang disimpannya sejak 21 tahun lalu. Koperal Ahmad Safari Mohamad Jabar, 46, mendakwa syiling berkenaan dihadiahkan ibunya, Jamaliah Din, 66, yang mengetahui minatnya mengumpul syiling dan disimpan dengan baik bersama lebih 320 koleksinya...

Monday, December 10, 2012

'Tak menyesal berhenti kerja'

Zainorin menunjukkan sebahagian bingkai hiasan yang terdapat di kedainya. MUAR – Tindakan nekad seorang juruteknik mekanikal menerajui bidang perusahaan bingkai hiasan ternyata bukan satu keputusan yang silap, apabila produk dihasilkannya mendapat sambutan penduduk daerah ini. Zainorin Abd Rahaman, 47, berkata, biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam bidang itu, dia menjadi pengusaha Bumiputera yang mampu bertahan selama 15 tahun dalam perniagaan...

Sunday, December 9, 2012

11,000 liter diesel dirampas

Nordin (kiri) memeriksa tangki minyak yang mengandungi 11,000 liter minyak diesel seludup yang dirampas, semalam. MUAR – Pasukan Polis Marin Wilayah 2 Muar berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan minyak subsidi diesel hasil serbuan ke sebuah gudang di kawasan Perindustrian Parit Bakar, Parit Jawa dekat sini, semalam. Pegawai Pemerintahnya, Asisten Superintenden Nordin Osman berkata, dalam serbuan jam 10 pagi itu menjumpai sebuah tangki minyak...

Dua lelaki miliki pistol ditahan

Sahadan (tengah) menunjukkan pistol jenis Colt yang ditemui ketika serbuan tersebut. MUAR – Sepasukan anggota polis Jabatan Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Junid, Isnin lalu. Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Sahadan Jaafar berkata, penangkapan ke atas suspek berusia 28 dan 32 tahun itu, dipercayai bersangkutan dengan kes pengedaran dadah. Menurutnya, ketika...

'Tetamu' tidak diundang

Monyet ini menceroboh masuk stor pasar raya melalui lubang yang terdapat pada bumbung. MUAR - Sebuah pasar raya di sini bertukar kecoh apabila menerima kunjungan 'tetamu' tidak diundang iaitu sekumpulan monyet yang  menceroboh masuk ke dalam stor simpanan barangan pasar raya itu, petang kelmarin. Sekumpulan haiwan itu bertindak menggeledah barangan dan memakan bekalan makanan yang disimpan menyebabkan keadaan stor berselerak. Kehadiran...

Saturday, December 8, 2012

1,272 usahawan IKS terima TEKUN RM10.4 juta

SAIPOLBAHRI Suib (kiri) menyerahkan cek pinjaman TEKUN kepada salah seorang penerima sambil diperhatikan oleh Kamaruzaman Subari di Bakri, Muar semalam. MUAR 7 Dis. - Sebanyak RM10.4 juta disalurkan pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) kepada 1,271 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Parlimen Bakri sejak Januari 2001 hingga awal bulan ini. Pengurus TEKUN Parlimen Bakri, Kamaruzaman Subari berkata, pada tahun ini sahaja...

Friday, December 7, 2012

Remaja 13 tahun mengedar dadah

Shahadan menunjukkan dadah yang dirampas selepas menahan tiga lelaki di sebuah rumah di Kampung Kelantan, Parit Perupuk, Selasa lalu. MUAR - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun antara tiga yang ditahan kerana terbabit dalam kegiatan sindiket pengedaran dadah kecil-kecilan yang didalangi lelaki berusia 38 dan 53 tahun, Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden Shahadan Jaafar berkata, kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan...

Lebih 100 kanak-kanak sertai Program Berkhatan Peringkat HPSF

SELAHUDDEEN Abd. Aziz menyembur air ke arah sekumpulan kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, semalam. MUAR 5 Dis. - Lebih 100 kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun menyertai Program Berkhatan Beramai-Ramai Peringkat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini yang diadakan selama enam hari bermula hari ini. Peserta terdiri daripada anak- anak kakitangan HPSF dan penduduk...

Monday, December 3, 2012

Muar kini Bandar Diraja

Bandar Muar disinari cahaya bunga api sempena penutupan Sambutan Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Johor  Sultan Ibrahim diiringi Raja Zarith Sofiah berkenan memotong kek ulang tahun keputeraannya pada Jamuan Teh Bersama Rakyat di Stadium Sultan Ibrahim.  Baginda tuanku merasmikan Masjid Al-Ikhsan Air Hitam.  Sultan Ibrahim menanam kota watikah perisytiharan di Tugu Masa sebagai simbolik perisytiharan Bandar Maharani...

Friday, November 30, 2012

Bendera Diraja Johor diturunkan

UPACARA menurunkan Bendera Diraja Johor dilakukan setelah berakhirnya sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja di Dataran Tanjung Emas, Muar, semalam. MUAR 27 Nov. - Bendera Diraja Johor diturunkan secara rasmi hari ini sempena berakhirnya sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor dan Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja selama lima hari lima malam di bandar ini yang berakhir semalam. Upacara...

Penuntut UTHM, murid SK Pintas jayakan projek amal

PARA penuntut UTHM beramah-mesra dengan murid SK Pintas Puding pada Program Lambaian Kasih Gamitan Sayang di Pusat Jagaan Bakti Murni, Muar, baru-baru ini. MUAR 27 Nov. - Seramai 37 orang penuntut Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat menganjurkan Program Lambaian Kasih Gamitan Sayang, di sini baru-baru ini. Program itu yang turut disertai 36 murid tahun enam daripada Sekolah Kebangsaan...