REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, February 25, 2012

Selam 5 meter cari tiram

MUAR: Menyelam ke dasar sungai sedalam lima meter lebih 50 kali dalam masa dua jam antara kepakaran dimiliki Nasir Kasim, 43, bagi mencari tiram di dasar Sungai Muar, di sini, sejak 16 tahun lalu. Nasir berkata, dia terpaksa menyelam berulang kali dalam tempoh singkat berikutan terpaksa menunggu air pasang bagi mengelakkan arus kuat sekiranya aktiviti itu dilakukan ketika air surut. Bukan saja menyelam pada waktu siang, dia juga pakar mengesan tiram pada waktu malam melalui kaedah meraba kedudukan makanan laut itu di dasar sungai. “Memang kerja...

Friday, February 24, 2012

18 tahun tinggal dalam pondok usang

MUAR – Meskipun mendiami pondok usang yang berlantaikan tanah dan tidak bertemankan cahaya lampu elektrik juga pelita, namun ia ibarat syurga buat seorang warga emas yang menduduki rumah itu sejak 18 tahun lalu. Daud Idris, 72, kini tinggal sendirian di pondok tersebut yang dibina di atas tanah rizab laut meng­­gunakan papan jeti terpakai di Lorong 3 Parit Perupuk Laut, Jalan Junid di sini. Menurutnya, sejak kematian ibu lebih 10 tahun lalu, kehidupannya...

Thursday, February 23, 2012

Penduduk tertekan berjiran tapak parkir treler

MUAR – “Kami tertekan kerana tidur malam sering terganggu oleh bunyi kuat enjin dan hon treler,” demikian rintihan 50 penduduk di Bakri, dekat sini, yang berjiran dengan tapak parkir treler. Penduduk mendakwa masalah tersebut sudah berlarutan sejak 11 tahun lalu dan hingga kini tidak menunjukkan sebarang petanda ianya akan selesai. Salah seorang penduduk, Sura Othman, 41, berkata, kawasan itu adalah milik persendirian yang disewa untuk dijadikan tapak parkir treler. “Kedudukannya yang terlalu hampir dengan rumah penduduk, iaitu kira-kira lima...

Wednesday, February 22, 2012

Mayat lelaki Nepal dijumpai tergantung pada pokok

MUAR - Seorang peniaga ayam terkejut apabila menjumpai mayat seorang lelaki tergantung pada sebatang pokok berhampiran jalan utama di Kawasan Perindustrian Parit Jamil, dekat sini, semalam. Man Bahadur Tamang, 33, ditemui mati kira-kira jam 7.45 pagi oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan. Saksi kejadian, Raihan Ramzan, 37, berkata, pada mulanya dia menyangka objek yang dilihat hanyalah sebuah patung yang tergantung pada pokok tersebut. Menurutnya, setelah diamati ia adalah mayat lelaki warga Nepal yang juga pekerja kilang perabot di kawasan...

Tinggal dalam pondok usang

MUAR - Lapan beranak di Kampung Parit Abdul Aziz, Sungai Balang Darat dekat sini, terpaksa tinggal di pondok usang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada Jun tahun lalu. Norhawa Arip, 37, berkata, pondok tersebut dibina atas tanah milik ibu mertuanya hasil gotong-royong penduduk kampung kerana mereka sekeluarga tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Menurutnya, pondok berukuran 20x15 kaki ini didiami bersama suami, Ariffin Md Amin,...

Saturday, February 18, 2012

Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Muar Perlu Bantuan

Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi (MTQM), Parit Medan, Muar, Johor perlukan bantuan daripada orang ramai bagi membina sebuah sebuah Asrama, kata Pengerusi Maahad, Dato’ Dr Mahfodz bin Mohamed. Maahad bercadang membina sebuah asrama dua tingkat yang boleh menempatkan seramai 120 pelajar yang menelan belanja RM450 ribu. Maahad Tahfiz ini diuruskan secara sukarela dan profesional untuk memartabatkan Al Quran sebagai Pusat Pengajian dan penghafalan Al Quran seterusnya melahirkan huffaz dan ulama yang berwibawa, bertaqwa dan berakhlaq mulia di negeri...

Perencah Mi Bandung giat cari pasaran baru

Perencah mi bandung Muar keluaran Koperasi Pengusaha Makanan Melayu Muar Bhd optimis meraih perolehan RM26,400 dengan jumlah pengeluaran 4,400 bungkus produk sebulan. Setiausahanya, Mohd Fuad Saman berkata, bantuan yang disalurkan kerajaan adalah pendorong utama membolehkan mereka memanfaatkannya sebaik mungkin. Menurutnya, setakat ini syarikat telah melabur RM30,000 dalam proses pembungkusan dan RM70,000 untuk pembelian mesin sekali gus berjaya...

Friday, February 17, 2012

Otak berkecai atas jalan

MUAR - Seorang penoreh getah menemui ajal dalam keadaan mengerikan dengan otaknya berkecai apabila terbabit dalam kemalangan di Jalan Bukit Mor, Parit Jawa dekat sini, semalam. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.50 pagi, mangsa, Kiman Sabar, 86, dari Parit Jawa menunggang basikal seorang diri menghala ke Jalan Parit Yusof. Difahamkan, Kiman yang juga bapa kepada Penghulu Parit Jawa, Nasir Kiman dalam perjalanan dari rumahnya untuk menoreh...

Inisiatif cipta baja sendiri

MUAR - Bagi menghasilkan buah kelapa sawit yang berkualiti dan tanaman yang subur, seorang pengusaha kebun kelapa sawit menggunakan kepakaran mencipta baja buatan sendiri daripada biji atau isi sawit. Bajuri Tahir, 62, dari Parit Pechah, Parit Jawa berkata, idea menghasilkan baja itu tercetus selepas mendapati tanaman sawitnya kurang berkualiti. Menurutnya, baja itu dinamakan baja kahwin pokok sawit yang berpotensi digunakan secara meluas di kebun...

Tuesday, February 14, 2012

Jangan benci penjawat awam

MUAR - Rakyat diminta supaya tidak membenci kakitangan awam jika disaman atau ditahan penguat kuasa ketika dalam operasi sekatan jalan raya. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, saman yang dikeluarkan pihak penguat kuasa adalah sebagai hukuman kepada mereka yang gagal mematuhi peraturan jalan raya. Menurutnya, penguat kuasa hanya menjalankan tanggungjawab dan rakyat seharusnya menghormati serta memberikan kerjasama kepada mereka. “Lazimnya rakyat yang tidak memiliki lesen memandu yang sah akan cuba melarikan diri apabila...

Friday, February 10, 2012

‘Ambok, pulanglah ke pangkuan keluarga’

MUAR: “Sejak Ambok hilang tujuh tahun lalu, tidak pernah walau sehari pun kami sekeluarga berputus asa untuk mencarinya. “Kehilangannya amat dirasai dan kami hanya mampu berdoa supaya satu hari nanti, Ambok akan kembali ke pangkuan keluarga,” kata Yulang Abdul Samah, 55, di sini semalam. Menurut Yulang, dia dan suaminya, Bachok Satar, 63, sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk mengesan anak kedua daripada enam beradik itu, namun hampa. Sejak kehilangan Ambok atau nama sebenarnya Mohd Shah, hanya gambar yang menjadi pengubat rindu bagi pasangan...

Wednesday, February 8, 2012

Guna alasan tunggu bas

MUAR – “Saya mahu tunggu bas untuk pulang ke rumah ibu di Merlimau, Melaka,” demikian alasan seorang kutu rayau yang cuba mengelakkan diri daripada diberkas oleh ang­­gota Jabatan Kebajikan Ma­syarakat (JKM) dalam Operasi Pengemis dan Kutu Rayau di sekitar bandar tersebut, pagi semalam. Abu (bukan nama sebenar) antara lima kutu rayau yang diberkas dalam operasi tersebut yang berakhir pada jam 4 pagi semalam. Pegawai JKM, Mohd Naz­ri Husin berkata, pada mulanya Abu ditemui berkeliaran di Perhentian Bas Pagoh pada jam 11.30 malam. Menurutnya,...

Jururawat dapat kembar empat

NORBAZILAH dan Mohd. Sazalee memangku empat bayi kembar mereka di Taman Sri Mas, Muar semalam. MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat. Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bayi...

Sunday, February 5, 2012

Empat mesin pengisar buah palsu dirampas

MUAR - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar merampas empat mesin pengisar buah-buahan palsu menggunakan jenama terkenal dari sebuah kedai barangan elektrik di Sungai Abong, di sini. Pegawai Penguatkuasa, Haidzir Shah Khairuddin berkata, peralatan palsu itu dijual pada harga RM239 yang dibeli seorang pelanggan dari Johor Bahru pada Disember lalu. Menurutnya, tetapi peralatan itu didapati rosak selepas...

Muka broker dibaling bata

MUAR – Cubaan seorang broker tanah memeras ugut untuk mendapatkan wang daripada operator kilang mengundang padah apabila mukanya cedera akibat dibaling bata dalam kejadian di Sungai Abong, dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mo­ha­mad Nasir Ramli berkata, operator kilang berusia 30 tahun itu menerima panggilan telefon daripada broker terbabit ketika dia berada di sebuah restoran. Menurutnya, dalam pang­gilan telefon...

Sultan Johor Isytihar Bandar Maharani Sebagai Bandar Diraja

MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Ahad mengisytiharkan Bandar Maharani di sini sebagai Bandar Diraja Johor. Sultan Johor membuat pengisytiharan tersebut pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Baginda meminta penduduk di bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM). "Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan,"...

Thursday, February 2, 2012

Lelaki buang air berpaut tong 17 jam

MUAR: “Saya berada dalam tandas di bahagian belakang bot sebelum terjatuh ke dalam laut,” kata Beni Kassim, 25, nelayan Indonesia yang terpaksa berpaut pada tong air hampir 17 jam selepas terjatuh dalam laut apabila bot dinaikinya dilanda ombak besar di perairan antarabangsa kira-kira 12 batu nautika dari Sungai Sarang Buaya, Parit Jawa di sini, Isnin lalu. Beni diselamatkan nelayan tempatan yang melalui kawasan berkenaan pada jam 3 pagi kelmarin, sebelum dibawa ke jeti nelayan Sungai Sarang Buaya. Menurut Beni yang ditemui di jeti berkenaan,...

Wednesday, February 1, 2012

Pekerja restoran dibunuh

MUAR 31 Jan. – Seorang pekerja wanita sebuah restoran ditemui mati berlumuran darah di tepi jalan di Kilometer 1.6, Jalan Bakri di sini malam tadi. Puteri Setiana Subari (gambar), 23, warga Indonesia yang bekerja di sebuah restoran di Jalan Joned di sini, ditemui masih bernyawa kira-kira pukul 11.50 malam sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF). Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital. Ketua...