REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Thursday, March 29, 2012

Lelaki nekad terjun jambatan

MUAR – Akibat terlalu runsing menanggung beban hutang yang banyak, seorang lelaki bertindak nekad terjun ke dalam Sungai Muar. Bagaimanapun, mayat lelaki berkenaan ditemui terapung oleh orang ramai berhampiran jeti di Jabatan Laut di sini, petang semalam. Ng Yee Wee, 34, dilaporkan hilang oleh isterinya selepas keluar rumah kira-kira jam 3 petang kelmarin. Berikutan bimbang, isteri mangsa yang berusia 27 tahun itu segera membuat laporan polis...

Masaalah monyet di Tanjung Ketapang

GELAGAT monyet liar yang semakin bertambah bilangannya didakwa mengganggu keselesaan pengunjung di kawasan rekreasi Tanjung Ketapang, Muar. Foto: Shahrul M.Zain (28/03/2012)...

Monday, March 26, 2012

Ditemui mati dalam parit

MUAR – Hasrat seorang pemuda Orang Asli untuk mencari siput di Sungai Parit Jawa bertukar tragedi apabila dia ditemui mati di dalam parit berhampiran, kelmarin. Orang ramai menemui mayat Well Salim, 24, selepas melihat sebuah motosikal tumbang di tepi parit, lalu menghubungi polis. Sepupu mangsa, Ah Pin, 24, berkata, dia mengetahui insiden itu selepas menerima panggilan telefon daripada pihak polis memaklumkan penemuan mayat Well. Menurutnya, dia sangat terkejut menerima berita tersebut kerana Well baru keluar rumah tidak sampai empat jam. “Sebelum...

Thursday, March 22, 2012

Hadiah buat ibu, ayah

MUAR – “Kejayaan ini adalah hadiah buat ibu dan ayah untuk membalas jasanya yang semalam ini menjaga serta mendidik saya sehingga menjadi pelajar cemerlang,” luah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Johor apabila memperoleh 12 A+ dalam keputusan yang diumumkan semalam. Hoo Wei Liang, 18, pelajar Sekolah Tinggi Muar antara 21 pelajar cemerlang di daerah Muar. Anak kepada pasangan Hoo Yong Chen, 55, iaitu peniaga kain dan Lim Lay,...

Sunday, March 18, 2012

IPD Muar ikut arahan KDN

MUAR – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar kini giat menjalankan Operasi 1Malaysia sejak dua minggu lalu dalam usaha mendekati masyarakat setempat. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Ko­misioner Mohamad Nasir Ramli berkata, operasi dibuat berikutan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu turut melibatkan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) “Melalui operasi ini, kesemua agensi yang terlibat akan turun padang bertemu masyarakat...

Hilang tempat berteduh

PAGOH: Seorang warga emas kehilangan tempat berteduh sejak 15 tahun lalu selepas kediamannya di Kampung Sebasu, Batu 19, di sini, hangus dijilat api, jam 10 pagi semalam. Ketika kejadian, Khamisah Mustam, 81, tiada di rumah kerana berkunjung ke kediaman jiran bersama anak lelakinya. Kebakaran itu disedari jiran Khamisah yang kebetulan melalui depan rumah itu untuk ke kedai berhampiran sebelum menghubungi bomba dan penyelamat. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Muar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mereka menerima panggilan...

Saturday, March 17, 2012

Sembunyi dalam almari

MUAR – Cubaan seorang lelaki bersembunyi dalam almari pakaian untuk mengelakkan diri daripada dicekup polis gagal apabila dia berjaya diberkas pada 8 Mac lalu, kira-kira jam 12.45 tengah malam. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek berusia 24 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Salleh dekat sini selepas 12 jam menceroboh masuk kawasan rumah jirannya. Menurutnya, dalam kejadian 12.30 tengah hari pada 7 Mac lalu, suspek dipercayai cuba memecah masuk rumah jirannya di Taman Beting...

Friday, March 16, 2012

Treler bawa muatan simen terbalik

MUAR – Seorang pemandu lori nyaris maut apabila treler yang sarat membawa muatan simen dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Bukit Pasir–Muar, semalam. Pemandu lori yang berusia lingkungan 30an itu hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) sejurus selepas kejadian. Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata, kejadian berlaku kira-kira...

Monday, March 12, 2012

Taman dicemari botol arak

MUAR - Keceriaan taman rekreasi di Taman Aman, Parit Bakar dekat sini, yang dihuni lebih 1,000 penduduk tercemar dengan tindakan sekumpulan remaja menjadikan kawasan itu sebagai port melepak untuk minum minuman keras. Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan semalam, turut menemui beberapa botol minuman keras itu yang dibuang merata-rata. Penduduk mendakwa masalah tersebut telah berlanjutan sejak setahun lalu, dan sekumpulan remaja yang melepak...