REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Sunday, April 29, 2012

Kanak-kanak nyaris lemas

Rahimah cuba mententeramkan anaknya yang masih trauma dengan kejadian terbabit. MUAR – Berpantang maut sebelum ajal. Begitulah perumpamaan yang diibaratkan apabila seorang kanak-kanak nyaris lemas setelah tergelincir ketika bermain sampan di Jeti Jorak, Bukit Pasir, kelmarin. Bagaimanpun, Inas Insyirah Mohd Ishak, 5, berjaya diselamatkan oleh Jurulatih Memandu Menunggang Palang Penguji Maktab Teknik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bakri, Hassan...

Pusaran angin setinggi bumbung

SHAHROM menunjukkan cermin tingkap rumahnya yang pecah akibat kejadian ribut di Muar semalam. MUAR - Penduduk di Taman Sri Jeram 3, Bakri di sini terkejut apabila ternampak pusaran angin setinggi bumbung semasa kejadian ribut yang menyebabkan 16 buah rumah rosak teruk awal pagi semalam. Seorang mangsa, Md. Saat Ali, 49, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi, lebih kurang 15 minit selepas angin kuat dan hujan lebat. Menurutnya,...

Saturday, April 28, 2012

Warga emas nyaris rentung selamatkan barang berharga

MUAR – Salakan anjing peliharaan pada waktu awal pagi telah menyelamatkan seorang warga emas daripada menjadi mangsa kebakaran yang melibatkan dua rumah di Kampung Paya Redan Pagoh dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi, mangsa Foo Ah May, 73, mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dan tangan ketika cuba menyelamatkan barangan berharga miliknya. Menurutnya, ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila mendengar...

Friday, April 27, 2012

Tertembak rakan disangka babi

Tai Chuan cedera dada kiri akibat terkena tembakan rakan sendiri semasa memburu babi hutan dalam kebun Kelapa Sawit di Tanjung Olak, Bukit Pasir dekat sini, kelmarin. MUAR – Keseronokan empat sahabat memburu haiwan bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka nyaris maut dipercayai terkena tembakan rakannya sendiri. Tea Soy @ Ting Tai Chuan, 77, ­mengalami kecederaan di bahagian dada kiri selepas terkena tembakan rakannya semasa memburu...

Thursday, April 26, 2012

Api muncul bakar pakaian, Jumiran sekeluarga cemas

MUAR – Pelik tetapi benar, itu kenyataannya apabila seorang warga emas berhadapan detik mencemaskan diganggu serangan api misteri di kediamannya selama dua hari sejak Sabtu lalu. Jumiran Wahid, 66, dari Kampung Parit Bengelin, Jalan Parit Yusuf dekat sini berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila api misteri tersebut muncul tiba-tiba dan membakar pakaian dalam sebuah almari. Menurutnya, kejadian itu disedarinya yang...

Tuesday, April 24, 2012

Buruh binaan dihempap jentera cerucuk

MUAR – Seorang pekerja buruh binaan maut dalam keadaan menyayat hati selepas dihempap sebuah jentera tanam cerucuk di Kampung Tengah Air Hitam dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa Chong Kim Fatt, 46, dipercayai cuba membetulkan kedudukan jentera berat terbabit yang senget kerana struktur tanah di kawasan itu lembik. Malangnya, ketika mangsa sedang leka memasukkan besi dan kayu di bawah jentera berkenaan,...

Monday, April 23, 2012

Derita isteri mangsa langgar lari

MUAR – “Tiga jam sebelum kejadian, suami kelihatan begitu gembira dan bersungguh-sungguh cuba baju Melayu baru untuk dipakai pada Hari Raya Aidilfitri. “Suami turut minta saya ambil gambarnya yang lengkap berbaju Melayu di ruang tamu rumah,” kata Fatimah Omar, 52, isteri mangsa langgar lari dalam kejadian 14 Ogos tahun lalu. Fatimah berkata, meskipun agak hairan dengan sikap pelik suaminya itu, namun dia tetap melayannya. Menceritakan kisah...

Pelajar perempuan Upsi maut terjun bangunan

TANJUNG MALIM - Tekanan perasaan dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan tahun tiga Fakulti Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) terjun dari tingkat empat bangunan E-Learning kampus universiti itu di sini, petang semalam. Menurut sumber, pelajar berusia 23 tahun dan bakal menamatkan pengajiannya dalam dua semester itu, dipercayai telah mencederakan dirinya sebelum nekad terjun bangunan. "Terdapat kesan...

Saturday, April 21, 2012

Kes HFMD membimbangkan

MUAR – Penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Johor, membimbangkan apabila kes itu meningkat sebanyak 578.1 peratus, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai. Menurutnya, sehingga minggu ke-14 yang berakhir 7 April tahun ini, sebanyak 651 kes dicatatkan berbanding hanya 96 kes HFMD dalam tempoh yang sama, tahun lalu. “Daerah yang paling banyak mencatatkan HFMD tahun ini ialah Johor Bahru dengan 193 kes; Batu Pahat (123); Ledang (100); Kluang (67); Kota...

Friday, April 20, 2012

Dua van bertembung, lelaki warga Pakistan maut

MUAR - Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Parit Bakar berhampiran Kampung Seri Tanjung, Bakri dekat sini, kelmarin. Mangsa dikenali Said Kalam Shah, 42, mengalami kecederaan parah di kepala serta anggota badan lain. Said Kalam disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hopsital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), iaitu kira-kira satu jam selepas terbabit kemalangan...

Anak ayam berkaki empat

MUAR - Seorang warga emas tidak menyangka hobinya menternak ayam membawa penemuan unik selepas salah seekor anak ayam yang dibelikan sebulan lalu mempunyai empat kaki. Piah Ithnin,70, dari Sungai Balang Besar di sini, hobinya pada waktu lapang itu juga mendorong dia menambah ternakan ayam dengan membeli 10 ekor anak ayam di Pekan Parit Jawa bulan lalu tanpa menyedari keunikan yang terdapat pada seekor anak ayam tersebut. “Sepanjang lebih...

Wanita hamil dicekup

MUAR – Seorang wanita hamil empat bulan antara yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Tanjung Agas, Ledang oleh sekumpulan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, kira-kira 6.30 pagi, 9 April lalu. Wanita berusia 28 tahun itu antara empat suspek yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam enam kes samun kedai runcit yang berlaku di Bukit Pasir, Bakri dan Parit Jawa, sekitar Januari hingga April tahun ini.  Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata,...

Pencuri cilik diberkas

MUAR – Tiga remaja yang dipercayai baru berjinak-jinak dengan kegiatan mencuri ditahan polis pada 14 April lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kesemua remaja berusia 14 tahun itu dikehendaki kerana dipercayai menceroboh gerai di pasar malam dekat Parit Jawa sejak sebulan lalu. Menurutnya, tangkapan dilakukan selepas menerima empat laporan polis daripada peniaga di situ yang sudah tidak tahan dengan perbuatan remaja terbabit. “Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan, telah membantu...

Monday, April 16, 2012

Bayi atas but

MUAR: ‘Nama Ayah, Khairulanam, nama ibu, Sri Susanti dan nama anak, Salamiah Hasanah’.  Itu nota ditemui di dalam beg sukan mengandungi bayi perempuan baru dilahirkan yang diletak di atas but sebuah kereta milik Pengerusi Masjid Kampung Parit Pechah, Parit Jawa, Abdul Rashid Sirat, 72, di sini, semalam.  Menurut Rashid, nota berkenaan itu tertulis ‘Kami tak mampu untuk menguruskan dan akan menunggu dia di Jakarta kelak’.  “Saya...

Thursday, April 12, 2012

5 penjenayah pecah masuk rumah

MUAR 11 April - Sebuah keluarga di Jalan Ahmad Kampung Lenga Batu 31, dekat sini, kerugian hampir RM60,000 apabila rumah mereka dipecah masuk lima perompak, awal pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, Hawa Ahmad, 72, yang sedang tidur bersama suami, Mohd. Yasin Mohd. Nor, 75, dikejutkan dengan jeritan anak lelakinya, 46, yang tidur di bahagian ruang tamu. Menurut Hawa, belum pun sempat mengejutkan suaminya untuk melihat apa yang berlaku, anaknya itu terlebih dahulu membuka pintu biliknya dengan keadaan kedua belah tangan terikat...

Hajat tak sampai pergi kedai

MUAR – Hajat seorang anak untuk membawa ibunya pergi kedai tidak kesampaian apabila ibunya maut setelah terbabit dalam kemalangan di Jalan Abdul Rahman berhampiran Parit Sakai dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, Jaminah Dariman, 74, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Manakala anaknya, Suhailah Amal, 51, mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah...

Nyaris maut rempuh belakang bas

MUAR – Gara-gara tidak sempat mengelak, seorang lelaki nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah bas di Jalan Bukit Pasir- Pagoh, dekat sini, semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Wong, 40-an dipercayai dalam perjalanan pulang berehat ke rumahnya di Pagoh dari tempat kerja. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang itu, Wong dikatakan gagal mengelak sebuah bas yang berhenti untuk menurunkan penumpang. Akibat...

Saturday, April 7, 2012

Bakal pengantin cari bapa

MUAR 5 April - Seorang bakal pengantin sedang mencari bapa kandungnya yang berpisah sejak dia berumur satu tahun untuk menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan pada 5 Mei depan. Junaidah Jumaat, 30, yang bakal melangsungkan perkahwinan di Parit Raja, Gersik dekat sini, tidak pernah melihat wajah ayahnya kerana dibesarkan ibu, Darmi Ongso, 60, sejak kecil. "Saya sudah puas mencari bapa kandung, Jumaat Hassan, 63, tetapi tidak ditemui. Sejak...

‘Arwah ayah pasti gembira’

PAGOH: “Jika arwah bapa masih hidup pastinya dia gembira kerana jasanya menjaga keselamatan negara suatu ketika dulu dihargai kerajaan. “Pemberian sumbangan ini amat bermakna kerana ia dapat meringankan beban kami sekeluarga,” kata Safiah Atan, 42. Menurutnya, arwah bapanya, Hassan Abdullah bekas konstabel polis tambahan di zaman darurat. Katanya, selepas bapanya meninggal dunia pada 2000, ibunya, Gayah Ahmad, 88, hilang tempat bergantung serta tidak mendapat pencen dan kini tinggal bersamanya. “Ibu tidak mampu bergerak kerana sakit tua dan...

Friday, April 6, 2012

Ikan belanak mabuk air tawar

IKAN belanak mati terapung di kawasan parit Kampung Benteng Tengah dan Benteng Laut, Parit Jawa, Muar semalam. Ribuan spesies laut masuk parit selepas hujan lebat ditemui mati terapung    MUAR: Hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan ribuan ikan belanak ditemui mati terapung dalam parit sekitar Kampung Benteng Laut dan Benteng Tengah dekat Parit Jawa di sini, dipercayai akibat mabuk air tawar. Kejadian itu disedari seorang...

Lari 200 meter elak dicekup

MUAR – Seorang lelaki lari lintang pukang sejauh 200 meter bagi mengelakkan diri daripada ditahan sepasukan anggota polis yang sedang membuat rondaan di Jalan Arab pada kira-kira jam 11.30 malam, 31 Mac lalu. Suspek berusia 20 tahun itu bertindak demikian kerana ketakutan berikutan membawa sepeket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 0.74 gram. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihak polis melihat suspek menunggang motosikal jenis Honda Ex5 dalam...

Waris pemilik kubur lama diminta tampil

MUAR – Waris kepada pemilik sebuah kubur lama berhampiran Dataran Tanjung Emas diminta tampil ke Pejabat Agama Islam Muar untuk membantu kerja pemindahan kubur berkenaan. Penyelia Tanah Perkuburan, Zulman Sapran berkata, kubur tersebut tidak mempunyai sebarang maklumat dan dipercayai sudah berusia hampir 100 tahun terletak di bawah sebuah pokok besar yang dikenali sebagai pokok hujan-hujan atau nama saintifiknya, Samanea Saman. Menurutnya,...

Monday, April 2, 2012

Ajal sebelum baiki rumah

MUAR: Impian seorang ibu tunggal mengubah suai rumah pusaka bagi keselesaan mereka empat beranak tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan membabitkan motosikal, dua kereta dan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Batu 7½, Jalan Bakri - Air Hitam, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 7 pagi, Rapiah Ahmad Musman, 45, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bakri, di sini. Anak kedua arwah, Zulazrie Abdul Wahab, 20, berkata, ibunya menyatakan hasrat mengubah suai rumah...