REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, May 30, 2012

Macam dirasuk

PERIKSA...anggota Unit Forensik polis memeriksa rumah mangsa. RAWAT...Juriah ditemani ahli keluarganya di HPSF, semalam. MUAR: “Dia (suspek) bagaikan dirasuk. Walaupun melihat suami tidak berdaya dan berlumuran darah, dia terus menetak hingga kakaknya dan beberapa jiran datang menghalangnya. “Ketika itu, mak cik tak dapat buat apa-apa kerana ditetak di kepala dan badan menyebabkan mak cik merangkak ke depan pintu dan menjerit minta...

Tuesday, May 29, 2012

Mayat penuntut kolej ditemui terapung

Mayat mangsa ditemui awam di Teluk Kesang berhampiran Tanjung Emas, petang semalam. LEDANG - Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Muar, ditemui di Teluk Kesang berhampiran Tanjung Emas di sini, petang semalam. Mangsa, Lim Yew Yea yang berusia 24 tahun dan dipercayai penuntut sebuah kolej swasta di Melaka ditemui orang awam pada jam 2.30 petang. Ketika ditemui, mayat mangsa lengkap berpakaian. Ketua Polis Daerah Ledang,...

Helah cuci barang kemas

MUAR – Sindiket mencuri emas dengan menggunakan kaedah cucian tumpas apabila 21 suspek ditahan polis dalam serbuan di sebuah hotel pada 25 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kumpulan terbabit menawarkan khidmat mencuci barangan kemas dengan harga serendah RM3 hingga RM5, sebelum memperdayakan mangsanya. Menurutnya, tawaran tersebut diberikan apabila usaha memujuk mangsa untuk membeli barangan kemas tiruan yang dijual dengan harga belasan ringgit hingga ratusan ringgit tidak berjaya. “Suspek akan...

Monday, May 28, 2012

Dua sahabat tak menyesal

Sumrah (kiri) dan Othman bangga menjadi tentera, meskipun kehilangan kaki kanan akibat terpijak jerangkap samar. MUAR- Dua sahabat ini tidak pernah menyesal menyertai pasukan keselamatan sebagai tentera, meskipun kehilangan kaki kanan akibat terpijak bom jerangkap samar yang dipasang komunis  semasa bertugas mempertahankan negara, 35 tahun lalu. Othman Lajis, 65, dan Sumrah Ehwan, 62, yang berkenalan ketika bertugas sebagai Askar Wataniah...

Wednesday, May 23, 2012

Dua letupan kuat kedengaran sebelum rumah pusaka terbakar

Ruzita bersama suami melihat rangka motosikal yang musnah terbakar MUAR - Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Parit No 7, Jalan Parit Yusof Darat, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 pagi itu, semua penghuni tiada di rumah. Mangsa, Ruzita Sa’er, 28, berkata, dia keluar rumah pada jam 10 pagi bersama anaknya, Mohd Hafiq, 4, dengan menaiki motosikal untuk menghantar bekalan...

Tuesday, May 22, 2012

Pelajar sekolah curi motosikal

MUAR - Seorang pelajar berusia 17 tahun salah sebuah sekolah menengah dekat Pagoh antara enam suspek yang ditahan terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal sekitar Pagoh sejak beberapa bulan lalu. Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 21 tahun itu ditahan di lokasi berasingan di Pagoh oleh pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar pada 10 dan 17 Mei, lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, tangkapan pertama ke atas seorang suspek berusia 18 tahun, dilakukan selepas menerima laporan kehilangan...

Nasi ayam best di Muar

Pada pendapat aku nasi ayam yang best di Muar ialah di Taman Selera. Nama kedainya Bakar Nasi Ayam. Bakar tu nama empunya kedai tu kot. Ayamnya tak kering dan keras. Nasinya peroi dan sedap. Tapi sebulan lepas aku pegi, ayamnya mentah lak tengah-tengah. Haiyaa.. tapi baru ni aku pegi lagi 2 hari berturut ayamnya ok. Kedai ni bukak siang je. Dulu ada satu lagi warung yang jual nasi ayam sedap. Warung tu dibukak di Rukun Tetangga kat Jln Meriam. Aikk..camne la tempat rukun tetangga leh dijadikan warung? Tapi tempat tu da takde da. Nama owner...

Kolej Cosmopoint ditutup

MUAR – Kebimbangan kira-kira 100 penuntut Kolej Teknologi Cosmopoint cawan­gan Muar berikutan penutupan kolej tersebut, hujung bulan ini berakhir apabila mereka ditawarkan menyambung pengajian di cawangan Melaka dengan kemudahan asrama percuma. Berita baik itu diumumkan oleh Naib Presiden Kanan kolej, Dr Janet Ng Bee Pheng selepas mengadakan sesi dialog dan taklimat dengan semua penuntut dan kakitangan kolej berkenaan, semalam. Menurutnya, langkah itu bagi memastikan pengajian penuntut di cawangan terbabit dapat diteruskan dan kebajikan mereka...

Babi hutan masuk kafe siber

Orang ramai melihat babi hutan yang berjaya dibunuh selepas tersesat masuk ke dalam sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh. MUAR - Suasana tenang sebuah kafe siber di Taman Putra Murni, Jalan Salleh, di sini, bertukar kecoh apabila menerima kehadiran tetamu tidak diundang iaitu seekor babi hutan betina yang merempuh masuk ke premis berkenaan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, menyebabkan 10 pelanggan premis...

Tuesday, May 15, 2012

Dua maut dalam kemalangan

Mangsa, Mohd Nordin maut di tempat kejadian. MUAR – Dua maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dengan motosikal di Sungai Pulai, Seri Menanti dekat sini, kelmarin. Mereka terbunuh dikenali sebagai Mohd Nordin Daud, 29, dan Noriana Mohd Muttar, 28. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, motosikal yang ditunggang Mohd Nordin dari arah Batu Pahat menghala ke Muar dipercayai cuba memotong kenderaan lain di hadapan. Bagaimanapun,...

Wednesday, May 9, 2012

Nenek rentung bilik terbakar

ORANG ramai meninjau keadaan rumah yang terbakar di Taman Mahkota, Muar, semalam.  ANGGOTA polis memeriksa bilik yang terbakar. Warga tua tinggal sendirian, cucu hantar ibu jalani pemeriksaan kesihatan MUAR: Jeritan warga tua berusia 96 tahun akibat terperangkap menyelubungi persekitaran rumah cucunya yang sedang musnah dijilat api, sebelum mayat mangsa ditemui rentung atas katil dalam tragedi dekat Parit Raja di sini, semalam. Dalam...

Wednesday, May 2, 2012

MPM, JPPM Dun Maharani: Baiki sepuluh rumah sebulan

MUAR - Majlis Perbandaran Muar (MPM) menyasarkan untuk membaiki 10 unit rumah setiap bulan milik keluarga miskin dalam usaha membantu golongan kurang bernasib di sini. Yang Dipertua MPM, Zulkiflee Abbas berkata, MPM bersama Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (Dun) Maharani akan menanggung kos baik pulih rumah atau menggantikannya dengan yang baru. Menurutnya, kerja membaiki rumah dilakukan secara gotong royong oleh kakitangan MPM, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). “Bantuan yang akan diberi termasuk...