REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, July 25, 2012

Bapa rogol dua anak kandung

MUAR – Haruan makan anak. Begitulah perumpamaan sesuai untuk seorang bapa kandung yang sanggup merogol dua anak sendiri yang mana salah seorang daripadanya adalah orang kurang upaya (OKU). Sumber yang enggan dikenali berkata, perangai jijik lelaki terbabit terbongkar selepas anaknya yang OKU berusia 23 tahun itu menceritakan mengenai kejadian sebenar kepada jirannya. Menurutnya, sejurus selepas itu mangsa ditemani jirannya membuat laporan polis...

Sunday, July 22, 2012

Ahli perniagaan cedera dihentak dengan topi keledar

MUAR - Seorang ahli perniagaan bergelar datuk cedera di kepala akibat dihentak dengan topi keledar oleh seorang pemuda ketika dalam mesyuarat pakatan di sebuah kampung di Sungai Terap, di sini, semalam. Akibat hentakan dua kali menyebabkan ahli perniagaan berusia 39 tahun yang menetap di Kuala Lumpur itu pengsan dan mengalami pendarahan di bahagian mulut. Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, dipercayai berpunca daripada perasaan dendam terhadap ahli perniagaan berkenaan kerana membuat laporan polis membongkar kegiatan perjudian di kampung tersebut...

Friday, July 20, 2012

Pagoh jadi hab pendidikan

PAGOH: Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran akan membangunkan Pagoh sebagai hab pendidikan tinggi terbaru negara ini membabitkan projek bernilai lebih RM1 bilion. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, proses memajukan kawasan itu akan dilakukan mengikut beberapa fasa dan dimulakan tidak lama lagi. Katanya, setakat ini empat institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebuah politeknik bersetuju membuka cawangan...

Lelaki berang isteri enggan sain surat poligami

MUAR  –  Seorang lelaki berusia 56 tahun nyaris membakar rumah kelamin setelah berang apabila isteri pertama enggan menandatangani surat kebenaran berpoligami, semalam. Kejadian bermula jam 10 pagi itu berlaku ketika lelaki terbabit mengajak isterinya yang berusia 50an mengikutinya ke pejabat agama untuk menandatangani surat kebenaran berkahwin dengan seorang wanita berusia 36 tahun. Menurut sumber, isteri lelaki terbabit tidak bersetuju lalu mendorongnya mengugut isteri dan keluarga untuk membakar rumah itu. “Tetapi tidak jadi berbuat...

Wednesday, July 18, 2012

Lelaki ubah suai lori, beli minyak diesel subsidi dalam kuantiti banyak

Nordin menunjukkan tangki yang diubahsuai bagi membolehkan minyak diesel diisi melebihi kapasiti ditetapkan. MUAR - Tindakan licik seorang lelaki mengubahsuai lori miliknya untuk membeli lebih banyak minyak diesel subsidi mengundang padah apabila ditahan sepasukan Gerakan Marin Muar (PGM), kelmarin. Lelaki berusia 31 tahun dan berasal dari Melaka itu ditahan setelah didapati berada dalam keadaan mencurigakan semasa memandu lori tersebut,...

Saturday, July 14, 2012

15 lokasi panas dipasang CCTV

MUAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di 15 lokasi panas seluruh negeri dalam usaha mencegah dan mengurangkan kadar jenayah di kawasan terbabit. Ketua Jabatan Pengurusan PDRM negeri, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ahmad berkata, CCTV itu akan dipantau seorang petugas di setiap daerah dan dijadualkan pemasangannya  dalam masa dua atau tiga tahun lagi. “Untuk mencegah jenayah di 15 lokasi panas termasuk satu kawasan di Muar, kita akan memasang CCTV. “Sebelum ini, polis melakukan segala-galanya...

Wednesday, July 11, 2012

Helah isteri buat laporan dirogol, tutup aib

MUAR - Seorang isteri tergamak membuat laporan polis palsu mendakwa dirogol, gara-gara mahu menutup aib sendiri kerana menjalinkan hubungan sulit bersama teman lelaki. Malangnya, tembelang wanita berusia 38 tahun itu terbongkar, setelah hasil pemeriksaan hospital mendapati tiada sebarang bukti dia dirogol atau berlaku kekerasan ke atasnya. Menurut sumber, wanita terbabit dipercayai berlaku curang di belakang suaminya sejak lima tahun lalu, selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja ladang sebuah estet dekat...

Tuesday, July 10, 2012

Budak dakwa didera bapa tiri

MUAR – “Saya pernah diikat kaki, disimbah air serta dikurung dalam bilik air berjam lamanya hanya kerana kesalahan pulang lewat dari sekolah. “Puas saya merayu agar tidak dikurung, tapi ayah tak mengendahkannya dan biarkan saya kesejukan dalam bilik air,” demikian luahan mangsa dera bapa tiri. Mangsa yang berusia 12 tahun itu berkata, bapa tirinya sangat garang dan tidak teragak- agak menggunakan apa saja peralatan yang ada berhampiran untuk memukulnya jika dia membuat kesalahan. “Selasa lalu, ayah pukul dan tumbuk muka saya kerana mengatakan...

Sunday, July 8, 2012

Wanita tersepit 30 minit, patah kaki kanan

Keadaan kereta yang dinaiki Rohana dan suaminya remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Muar-Labis,semalam. MUAR  - Seorang wanita terpaksa menahan sakit selama 30 minit akibat tersepit setelah kereta yang dipandu suaminya terlibat dalam kemalangan di Jalan Muar-Labis, di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu berlaku kira-kira 200 meter dari simpang empat Sungai Terap. Rohana Mahmud, 36, tersepit di tempat duduk...

Saturday, July 7, 2012

Lorong jadi port kumpul sampah

Pekerja pembersihan SWM dan PPSPPA sedang membersihkan kawasan sebuah lorong yang kelihatan seperti tapak pelupusan sampah. MUAR – Pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dan Southern Waste Management (SWM) Environment Sdn Bhd, terkejut melihat lorong belakang sebaris kawasan perumahan di Taman Bakariah telah berubah wajah menjadi tapak pelupusan sampah. Kawasan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap termasuk...