REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Friday, August 31, 2012

Peguam larikan RM1j diburu

MUAR 28 Ogos - Polis sedang mengesan seorang peguam yang didakwa melarikan wang pinjaman Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Guru-guru Agama Johor (Kogaj) sebanyak RM1 juta sejak enam tahun lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Shahadan Jaafar berkata, suspek, Zulfadhli Mohd. Yusof, 40, dari Sungai Abong di sini merupakan peguam yang dilantik pihak Kogaj untuk urusan pinjaman daripada Tabung Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi. "Pinjaman sebanyak RM1,112,000 dibayar kepada Tetuan Zulfadhli & Co. pada 2007. Bagaimanapun suspek hanya...

Tuesday, August 28, 2012

Pelajar Dari Muar Menangi Anugerah Utama Universiti Australia

ADELAIDE: Tiga pelajar wanita, kesemuanya dari University of Adelaide, memenangi tiga daripada empat hadiah yang ditawarkan kepada pelajar terbaik Malaysia yang belajar di universiti di Australia Selatan (SA). Mereka ialah Faustina Niap Chai Foong dari Muar, Johor, Leong Su Ling dari Klang, Selangor dan Musfirah Syahira Musa dari Kapar, Selangor. Hadiah keempat dimenangi pelajar University of South Australia Danial Fahmi Mohd Zamberi dari Puchong, Selangor. Setiap tahun Majlis Perniagaan Australia-Malaysia, Cawangan SA, memberikan anugerah...

Monday, August 27, 2012

Jerit sebelum rentung

PAGOH: “Saya dengar jeritan pemandu lori itu meminta tolong. Saya cuba membantu malangnya api marak menyebabkan gagal menghampiri lori dipandunya sebelum jeritan semakin perlahan dan berhenti,” kata saksi kemalangan yang hanya mahu dikenali sebagai Bala, 40, menceritakan kemalangan maut di Kawasan Perindustrian Pagoh, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, sebuah Proton Satria dipandu Megat Marwan Ismail, 20-an dan lori tiga tan dipandu Ah Boon, 47, bertembung menyebabkan lori berkenaan terbakar. Kedua-dua mangsa turut...

Friday, August 24, 2012

Tak sangka sekelip mata jadi OKU

Ketua Pengarah JHEV, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Abd Razak pada Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Yayasan Veteran ATM 2012 MUAR – “Saya sangat bersyukur kerana ALLAH SWT panjangkan umur. Walaupun lumpuh tetapi saya gembira kerana masih diberikan peluang untuk bersama keluarga tercinta,” kata bekas tentera, Abd Razak Salam, 51. Mengimbau kembali peristiwa yang telah merubah hidupnya, Abd...

Jurukimpal maut ditikam adik ipar

MELAKA – Niat murni seorang lelaki yang menegur adik iparnya yang didakwa kerap memukul isteri berakhir dengan mangsa mati ditikam oleh pemuda itu di sebuah rumah di Kampung Serkam Pantai di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam, mangsa, Rashid Ahmad, 46, meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1.40 pagi semalam selepas mengalami kecederaan parah di bahagian pinggang kiri akibat ditikam adik iparnya yang berusia 41 tahun. Amat...

Friday, August 10, 2012

Bakal pengantin maut rempuh tembok jalan

KEADAAN kereta Soon Hup yang remuk teruk selepas melanggar tembok batu dan tiang lampu di Parit Pulai, Jalan Abdul Rahman, Muar kelmarin. Gambar kecil, Chia Soon Hup. MUAR - Seorang pemborong otak-otak terpaksa menahan kesakitan selama 20 minit akibat tersepit sebelum maut selepas kereta yang dipandunya merempuh tembok jalan dan tiang lampu di Parit Pulai, Jalan Abdul Rahman di sini kelmarin. Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, Chia Soon...

Wednesday, August 8, 2012

Padah curi beg dalam kereta

MUAR – Tindakan berani seorang lelaki yang aktif mencuri beg dalam kereta mengundang padah apabila ditangkap polis kurang 24 jam selepas melakukan kegiatan tersebut. Kejadian kira-kira jam 2 petang, 4 Ogos lalu itu berlaku semasa mangsa iaitu remaja perempuan berusia 19 tahun memberhentikan kereta di ruang parkir berhampiran kedai di Jalan Khalidi, di sini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, tindakan suspek berusia 36 tahun membuka pintu belakang kereta telah disedari mangsa yang masih berada di tempat...

Thursday, August 2, 2012

Ular tedung selar disangka tali

Izzuddin (tengah) bersama anggota JPAM Muar menunjukkan ular tedung selar sepanjang enam meter yang berjaya ditangkap. MUAR – “Saya sangka tali, tetapi berasa pelik apabila objek ini bergerak-gerak dan setelah diamati rupanya seekor ular tedung selar,” kata Mohd Ghani Mahat, 26. Mohd Ghani yang merupakan pemandu jentera pengorek Kobe,  menjumpai ular tedung selar sepanjang enam meter itu ketika membersihkan sebuah parit untuk kerja-kerja...

Empat ahli perniagaan rugi RM138,700

MUAR - Empat ahli perniagaan termasuk dua wanita kerugian RM138,700 selepas diperdaya satu sindiket yang menyamar sebagai pegawai bank dan meminta semua mangsa memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan kerana didakwa mempunyai hutang kad kredit. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, kejadian pertama pada 11 Julai, seorang wanita berusia 52 tahun terpedaya dengan kumpulan terbabit dan memasukkan RM22,000 ke dalam akaun yang dinyatakan. Menurutnya, kejadian kedua pada 13 Julai lalu membabitkan dua mangsa...

Penjual pakaian berdepan hukuman gantung

AYER KEROH - Seorang wanita bakal berdepan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah atas pertuduhan memiliki 3,854 gram pelbagai jenis dadah berbahaya, bulan lalu. Gan Chiew Thing, 30, dari Muar, Johor, didakwa atas tiga pertuduhan di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif di Mahkamah Majistret di sini, semalam, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Berdasarkan kesemua pertuduhan, Chiew Thing didakwa memiliki dadah berbahaya jenis methyldioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 1,580 gram; ketamin (2,106 gram) dan methamphetamine...

Kerani bersekongkol dengan suami pecah amanah

MUAR - Seorang kerani sebuah kilang perabot di Parit Jamil dekat Parit Jawa, tergamak bersekongkol dengan suaminya memalsukan 52 cek milik syarikat bernilai RM 469,087 bertujuan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Bagaimanapun, perbuatannya sejak setahun lalu itu terbongkar, selepas pengurus syarikat perabot berkenaan membuat laporan polis berkaitan pecah amanah selepas mendapati akuan kewangan syarikat meragukan. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, melalui laporan itu, polis menjalankan siasatan...