REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, September 29, 2012

Tunku Temenggong Johor Dilantik Pemangku Raja

JOHOR BAHARU: Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim pada Selasa dilantik sebagai Pemangku Raja Johor selama ketiadaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, di negeri ini. Pengisytiharan pelantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dibacakan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dalam istiadat pengisytiharan Pemangku Raja di Istana Pasir Pelangi, di sini. Pelantikan atas nasihat Jumaah Majlis Diraja itu dilakukan mengikut Fasal 9 (1)(c) dan (3) Bahagian...

Friday, September 28, 2012

14 pelacur Vietnam bekerja sebagai GRO diberkas

SEBAHAGAIN warga Vietnam yang ditahan di sebuah premis di Jalan Sungai Abong, Muar, kelmarin. MUAR 27 Sept. - Helah sebuah premis di Jalan Sungai Abong di sini menawarkan pelacur dari Vietnam namun berselindung di sebalik pusat karaoke terbongkar apabila diserbu penguat kuasa Imigresen malam tadi. Serbuan Ops 6P oleh sepasukan anggota dan pegawai Imigresen Muar pada pukul 10.30 malam itu menemui 14 gadis pelayan pelanggan (GRO) yang didapati...

83 murid keracunan makanan

MUAR 27 Sept. - Seramai 83 murid Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat di sini mendakwa mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas minum susu kotak 1Malaysia hari ini. Kejadian membabitkan murid tahun satu hingga enam yang mengadu mengalami simptom-simptom berkenaan selepas minum susu kotak berkenaan pada waktu rehat antara pukul 9.30 dan 10 pagi. Berikutan itu, seramai lima kakitangan Pusat Kesihatan Muar telah dikejarkan ke sekolah tersebut untuk memberi rawatan kecemasan termasuk suntikan. Bagaimanapun,...

Banjir kilat di Muar diatasi

NUSAJAYA 27 Sept. - Masalah banjir kilat yang kerap melanda bandar Muar dan kawasan sekitarnya dijangka dapat diatasi tidak lama lagi dengan pembinaan empat pintu air, rumah pam serta projek naik taraf longkang oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ahmad Zahari Jamil berkata, hasil kajian dijalankan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mendapati 25 parit utama sepanjang 59 kilometer telah dikenal pasti untuk dinaik taraf. Daripada...

Thursday, September 27, 2012

Imam ditahan kes dadah, cabul tiga remaja lelaki

MUAR 26 Sept. - Seorang imam berusia 32 tahun dari Parit Jawa di sini ditahan polis kerana positif dadah dan mencabul tiga remaja lelaki yang merupakan anak murid kelas mengaji al-Quran Isnin lalu. Perbuatan terkutuk imam berkenaan yang juga seorang duda ke atas tiga mangsa berusia antara 14 hingga 18 tahun itu terbongkar apabila dia membuat laporan polis mengatakan rumahnya dipecah masuk. Menurut sumber, semasa penyiasatan kes pecah rumahnya dilakukan, tiga mangsa itu yang tinggal berdekatan mengambil kesempatan tersebut dengan menceritakan...

Monday, September 24, 2012

Pasangan warga emas terima ijazah di USM

NOR AZIZAN membetulkan tali leher suaminya selepas mereka menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen USM kali ke-46 di George Town semalam. GEORGETOWN: Kesibukan tugas sebagai pendidik tidak menghalang pasangan suami isteri berusia 58 tahun mencapai impian bersama menggenggam segulung ijazah pada upacara konvokesyen USM semalam. Pasangan berkenaan, Musa Jaafar dan Nor Azizan Sulaiman yang tinggal di Muar, Johor menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera,...

Guna satu tangan usahakan nanas madu

Abd Razak membuktikan gelaran OKU bukan penghalang untuk dia mengusahakan tanaman nanas madu. MUAR – “Sebelas tahun lalu, saya pernah kecewa kerana tidak boleh terima kenyataan terpaksa kehilangan tangan kanan. “Namun akhirnya, saya dapat menerima kekurangan ini dengan hati terbuka dan anggap ia sebagai takdir. Ini berkat doa kedua ibu bapa dan keluarga yang tidak henti-henti mendoakan saya sepanjang tiga bulan dirawat di hospital,” demikian...

Sunday, September 23, 2012

Jururawat HPSF dirai

Antara jururawat yang diraikan dalam majlis tersebut. MUAR – Seramai 30 jururawat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) yang sudah dan bakal bersara tahun ini diraikan dalam majlis khas diadakan di Dewan Bistari hospital berkenaan, dekat sini, kelmarin. Penyelia Jururawat, Khatijah Hitam berkata, kira-kira 20 jururawat yang lahir pada 1956 akan mencapai umur persaraan dan 10 daripada mereka sudah bersara pada Julai lalu. “Mereka menghabiskan...

Wednesday, September 19, 2012

Mengharap suami segera sembuh

Ani Surati setia menguruskan suaminya tanpa jemu sejak setahun lalu. MUAR – “Tiada apa yang saya harapkan, selain mahu melihat suami sembuh seperti sediakala,” demikian luahan Ani Surati Ehwan, 49. Suaminya, Yahya Jailani, 47, kini terlantar kesan daripada penyakit apendiks dan ulser perut yang dihidapinya setahun lalu. Menurutnya, penyakit itu menyerang suaminya secara mengejut sehingga menyebabkan hampir pitam sebaik sahaja pulang dari...

Friday, September 14, 2012

Bas Bawa Rombongan Anwar Dibaling Cat Merah Di Muar

MUAR: Sebuah bas yang membawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 18 anggota rombongannya dibaling dengan cat merah oleh dua remaja bermotosikal ketika bas itu berhenti berhampiran Masjid Jamek Bandar Tangkak di Jalan Hasan di sini, Jumaat. Pemandu bas berkenaan, Faizal Abdul Kadir berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 1.45 tengah hari ketika anggota rombongan Ketua Pembangkang tersebut baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di masjid itu. Dua remaja yang menunggang motosikal tiba-tiba berhenti dan menyimbah cat...

140 bayi luar nikah diselamatkan

MUAR - Seramai 140 bayi luar nikah di negeri ini berjaya diselamatkan daripada digugur atau dibuang oleh ibu mereka yang kebanyakannya remaja bawah umur berusia di antara 13 hingga 18 tahun sepanjang empat tahun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri sejak 2009 menunjukkan bayi yang dapat diselamatkan meningkat setiap tahun setelah ibunya ditempatkan di pusat-pusat perlindungan remaja hamil luar nikah. Katanya,...

Wednesday, September 12, 2012

Maut angkara cinta ditolak

ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam. KUALA LUMPUR - Seorang gadis yang kecewa apabila cintanya tidak dibalas sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf kepada rakan-rakan dan kenalan lelakinya sebelum dia maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 23 di Kondominium PV13, Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam. Kejadian pukul 4 pagi itu mengakibatkan...

Tuesday, September 11, 2012

Jual belon sara keluarga

Muzakar berkerusi roda menjual belon gas di merata tempat untuk menyara keluarganya. MUAR - Berkerusi roda sambil menahan panas terik matahari semata-mata untuk  menjual belon gas adalah rutin harian yang terpaksa dilalui, Muzakar Mohamad, 60, sejak dua bulan lalu. Kelibat warga emas ini bersama belon gas sering kelihatan di tapak pasar malam, pasar hujung minggu dan ekspo di sekitar Seremban, Negeri Sembilan serta  beberapa lokasi...

Lelaki menyamar musafir curi wang tabung masjid

MUAR - Misteri kehilangan wang tabung di Masjid Sultan Ibrahim di sini, terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 21 tahun, 3 September lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek sangat dikehendaki kerana begitu licik menjalankan kegiatan tersebut dengan berpura-pura bermusafir dan menumpang tidur di masjid berkenaan pada waktu malam. Menurutnya, tetapi sebenarnya suspek mempunyai muslihat dengan menggunakan taktik itu untuk mencuri wang tabung masjid. “Dia diberkas jam 3 pagi oleh seorang...

Monday, September 10, 2012

Diperdaya RM109,570 akibat tamak hadiah wang RM155,000

MUAR 6 Sept. - Akibat gelap mata kerana mahu mendapatkan hadiah wang tunai RM155,000, seorang pekerja kilang akhirnya kerugian sebanyak RM109,570 selepas diperdaya oleh satu sindiket yang berselindung di sebalik ejen jualan langsung. Mangsa berusia 58 tahun dari Tanjung Agas di sini, ditipu sejak September tahun lalu hingga awal bulan ini dengan melakukan 13 transaksi pembayaran wang tanpa menyedari diperdaya sindiket itu yang bijak menipu. Wanita tersebut hanya menyedari ditipu selepas mengadu kepada anak saudaranya, hadiah wang yang dijanjikan...

Cedera ditetak

MUAR 6 Sept. - Seorang peniaga cedera parah di pergelangan tangan kanan setelah ditetak dengan parang oleh seorang lelaki dipercayai ah long kerana gagal melunaskan hutang RM2,000 yang dipinjamnya setahun lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam itu, mangsa yang memandu kereta bersendirian dari pusat bandar dipintas di Jalan Sungai Abong berhampiran pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) oleh kereta suspek. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek lelaki yang berusia 34 tahun itu menghampiri...

Pangsapuri jadi makmal proses dadah

Muar: Tiga unit pangsapuri mewah dekat Apartmen Pemandangan Tanjung di sini, dijadikan sebagai makmal memproses dadah dipercayai bernilai jutaan ringgit. Tiga premis diserbu  Bagaimanapun, kegiatan yang didalangi satu sindiket itu berjaya ditumpaskan apabila ketiga-tiga premis itu diserbu polis awal pagi semalam. Serbuan terhadap tiga unit kediaman yang terletak di tingkat bawah, satu dan dua, sebuah dari blok apartmen yang terletak di...

Saturday, September 8, 2012

Kegiatan lerai komponen motosikal curi terbongkar

Mohamad Nasir menunjukkan komponen motosikal yang dirampas selepas menahan dua lelaki di sebuah bengkel di Parit Punggur, Jalan Abdul Rahman, 28 Ogos lalu. MUAR - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar berjaya membongkar kegiatan meleraikan komponen motosikal curi di sebuah bengkel di Parit Punggur, Jalan Abdul Rahman di sini, 28 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, pembongkaran kegiatan...

Friday, September 7, 2012

UniMAP bina kampus di Pagoh

KULIM 4 Sept. - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya mendapat persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi untuk membina sebuah kampus baru di Pagoh, Johor mulai tahun depan. Selain itu, kampus cawangannya di Kulim Hitech Park di sini juga bakal dinaik taraf bagi melatih para pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran industri pada masa akan datang. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Hussin berkata, bagaimanapun kos bagi pembinaan kampus baru itu dan menaik taraf cawangan itu masih dalam penelitian pihaknya. "Pembinaan kampus di...

Wednesday, September 5, 2012

Adun Bentayan masuk wad akibat cedera ditolak

MUAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bentayan, Gwee Tong Hiang dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, kerana disyaki mengalami kecederaan di kepala selepas ditolak seseorang semasa menghadiri Jamuan Makan Malam anjuran DAP Bahagian Muar dan Bakri, kelmarin. Tong Hiang ketika menerima lawatan wartawan di HPSF memberitahu, pada mulanya beliau ditahan dua wanita di majlis itu. "Mereka sangka saya tidak mempunyai tiket untuk menghadiri makan malam berkenaan. "Namun, ketika ingin memaklumkan mereka saya ada tiket, tiba-tiba...

Perkeso beri diskaun 75 peratus

MUAR - Tawaran diskaun sebanyak 75 peratus diberikan kepada majikan yang dikenakan kompaun kerana lewat mendaftar perniagaan dan pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) daerah Muar sempena Operasi Ops Kesan Bersepadu Perkeso Johor. Pengurus Perkeso Muar, Jamalluddin Mohammad berkata, operasi selama dua hari bermula semalam, membabitkan beberapa kawasan di sekitar daerah ini dan Ledang. Menurutnya, diskaun tersebut hanya sah dalam tempoh tujuh hari selepas dikenakan kompaun. Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, maka majikan...

Monday, September 3, 2012

Muar bakal diisytihar Bandar Diraja

ABDUL Rahman Dewam (kiri) dan Amran Abd. Rahman menandatangani dokumen untuk serah terima tugas sebagai Pegawai Daerah Muar pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah Muar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor, baru-baru ini. MUAR 2 Sept. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memilih untuk menyambut Hari Keputeraan baginda yang ke-54 pada November ini di daerah ini, sekali gus mengisytiharkan secara rasminya...