REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Sunday, October 28, 2012

Bumbung rosak dipanah petir

Teng Han menunjukkan bumbung kedai makannya yang rosak akibat dipanah petir. MUAR – Bumbung lima kedai makan bersebelahan Stesen Bas Ekspres dan Teksi Bentayan di sini yang rosak akibat dipanah petir Khamis lalu akan dibaiki oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM), tidak lama lagi. Penolong Jurutera MPM, Nazri Abdul Rahman berkata, kerja-kerja membaiki akan dilakukan secepat mungkin dan kos keluruhan dijangkakan melebihi RM5,000. “Kita akan pastikan...

Saturday, October 27, 2012

Wanita mengaku salah miliki rokok seludup

MUAR -  Seorang wanita warga emas didenda RM950 selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis rokok seludup bernilai RM85.44 di Mahkamah Majistret di sini, semalam. Lau Gek Luan @ Se Laut, 69, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di rumahnya di Jalan Lama Parit Tiram, kira-kira jam 3.30 petang pada 1 Mac lalu. Gek Luan yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah memiliki 60 kotak rokok berkenaan di rumahnya selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 135(1)(iii)(aa) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan...

609 nelayan terima elaun bulanan

ISMAIL Mohd. Shah (kanan) menyampaikan bayaran elaun sara hidup bulanan kepada nelayan kawasan Muar di Muar, semalam. Turut hadir Khairolnesak Omar (tiga dari kanan). MUAR 24 Okt. - Seramai 609 nelayan yang berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 melibatkan jumlah keseluruhan RM121,800 pada satu majlis di sini semalam. Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor,...

Wednesday, October 24, 2012

Pusat dialisis berharga RM1 juta dibina di Pagoh

MUAR - Yayasan Kebajikan Golf Tan Sri Muhyiddin akan membina sebuah pusat dialisis berharga RM1 juta berhampiran Kompleks Seri Pekembar Pagoh di sini dalam usaha menyediakan perkhidmatan rawatan dengan kos minimum kepada rakyat di kawasan itu.   Ahli Jawatankuasa yayasan berkenaan Datuk Wan Shalihudin Wan Ibrahim berkata pusat dialisis yang dinamakan Pusat Dialisis Kebajikan Tan Sri Muhyiddin itu adalah yang kedua dibina oleh yayasan berkenaan selepas di Taman Titiwangsa.   "Pusat dialisis yang dibina di Pagoh di tanah seluas 0.4 hektar...

Atasi parit tersumbat di Parit Mohammad, Bakri

ASRI menunjukkan longgokan rumput dan sampah-sarap yang dibawa arus setelah hujan di persimpangan Parit Mohammad, Batu 5, Jalan Bakri, Muar, Johor, semalam. Saudara Pengarang, HUJAN sejak seminggu ini menyebabkan parit besar di persimpangan Parit Mohammad, Batu 5, Jalan Bakri, Muar sering tersumbat dengan timbunan rumput dan sampah yang dibawa arus dari tempat lain. Keadaan berkenaan menyebabkan rumput hidup dan sampah-sarap tersangkut di...

Penyakit mata naik 80% di Muar

MUAR 23 Okt. - Kadar penyakit mata di daerah ini meningkat sehingga 80 peratus bagi tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, rekod HPSF mencatatkan sebanyak 12,000 kes berkaitan penyakit mata pada 2001 sebelum melonjak kepada 21,000 pada 2011. "Katarak adalah punca yang paling tinggi dan bagi tempoh tujuh tahun ini sudah meningkat 50 peratus iaitu 540 kes pada 2005 dan 765 kes pada 2011. ''Selain itu, 634 kes pembedahan katarak sudah dilakukan HPFS pada tahun ini dengan...

Friday, October 19, 2012

Dua kenderaan mewah dilarikan penjenayah ditemukan semula

MELAKA: Dua buah kereta mewah jenis Porsche Panamera dan BMW 5 Series dilarikan enam lelaki dalam satu kejadian samun dan pecah rumah di sebuah rumah banglo milik seorang ahli perniagaan di Jalan Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Rabu lepas, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng dan bersenjatakan parang masuk melalui pintu belakang banglo dua tingkat tersebut sebelum mengancam pembantu rumah yang sedang mengemas di bahagian...

Muar berwajah baru sempena Bandar Diraja

KERJA-KERJA mengecat bangunan dilakukan di Jalan Ibrahim, Muar, Johor, semalam, sempena pengisytiharan Bandar Diraja dan sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada 22 November ini. MUAR 16 Okt. - Bandar Muar bakal berubah wajah apabila 937 unit bangunannya dicat baru menerusi Kempen Mengecat Bangunan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) bermula 5 September lalu hingga 31 Oktober ini. Yang Dipertuanya, Zulkiflee Abbas berkata, kempen itu diadakan...

Pengurus kilang disamun empat penjenayah rugi RM120,000

MUAR 18 Okt. - Seorang pengurus kilang tidak menyangka akan disamun empat penjenayah ketika mangsa membuka pintu rumahnya di Taman Seri Anggerik di sini, mengakibatkan kerugian kira-kira RM120,000. Lebih mengejutkan mangsa yang berusia 64 tahun itu, hanya beberapa langkah masuk ke dalam rumah sebelum dia diacukan dengan sepucuk pistol dan sebilah parang. Mangsa turut diikat kaki, tangan dan dikurung di dalam sebuah bilik. Dalam kejadian pukul 11 pagi, 7 Oktober lalu itu, kumpulan perompak terbabit melarikan wang tunai RM1,000, pelbagai kad...

Suami isteri tipu peniaga kereta

MUAR 18 Okt. - Sepasang baju kerja sebuah syarikat minyak, pas keselamatan dan pas kereta dijadikan 'umpan' oleh sepasang suami isteri untuk meyakinkan seorang peniaga kedai kereta terpakai melabur dalam perniagaan mereka. Setelah beberapa kali dipujuk, akhirnya mangsa berusia 61 tahun yang menjalankan perniagaan di Jalan Daud, di sini nekad menyerahkan wang tunai RM60,000 dan sebuah kereta Proton Wira terpakai kepada pasangan itu pada 12 Ogos lalu. Namun, keuntungan lumayan yang dijanjikan bukan sahaja tidak kunjung tiba, malah pasangan tersebut...

Thursday, October 18, 2012

Pelajar cemerlang maut kemalangan

MUAR - Seorang pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak maut setelah motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di simpang Baba, Jalan Salleh di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Shahadan Jaafar berkata, kejadian berlaku  jam 6.40 pagi (semalam) ketika mangsa, Andy Chea Xin Yi, 17 sedang dalam perjalanan ke sekolah dari rumahnya di Bukit Pasir. “Motosikal mangsa bagaimanapun terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan lalu menyebabkannya bertembung dengan sebuah kereta jenis...

Terlelap: Guru besar sekolah agama maut

Gambar Kosmo Kenderaan jenis Perodua Kancil remuk teruk setelah bertembung sebuah treler sehingga menyebabkan kematian pemandunya. Gambar Sinar Harian MUAR – Seorang guru besar sekolah agama meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati setelah bertarung nyawa 20 minit akibat tersepit dalam keretanya apabila kereta dipandunya itu bertembung dengan sebuah treler di Batu 16, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar di sini malam semalam. Ketika kejadian...

Monday, October 15, 2012

Tiga sekeluarga maut

Gambar Utusan Keadaan kereta remuk setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Muar-Tangkak, dekat sini kelmarin. LEDANG – Hasrat seorang lelaki pulang ke kampung keluarganya di Bukit Pasir, Muar untuk mengambil buah jambu bersama serbuk asam, tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Muar-Tangkak, dekat sini kelmarin. Kejadian kira-kira jam 4.45 petang membabitkan sebuah kereta dengan...

Sunday, October 14, 2012

Warga emas maut digilis lori

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, semalam. Gambar kecil: Kih Seng. MUAR – Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan dengan isi perut terburai apabila digilis sebuah lori selepas terbabit dalam kemalangan di jalan pintasan berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, dekat Bakri di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, mangsa,...

Tuesday, October 9, 2012

JPAM tangkap ular tedung sepanjang 3.9 meter

Anggota JPAM menunjukkan ular tedung selar yang ditangkap. MUAR – “Saya terkejut apabila melihat seekor ular tedung berada berdekatan pintu bengkel selepas pulang dari kebun,” kata Md Jufree Jamil, 40. Md Jufree berhadapan detik cemas apabila menjumpai ular tedung betina sepanjang 3.9 meter sedang memasuki bengkel miliknya di J8 Jalan Jorak, Pekan Jorak dekat Bukit Pasir, di sini, kelmarin. Menceritakan kejadian itu, Md Jufree berkata, dia...

80% guru Tabika Kemas Johor bakal miliki diploma

MUAR 8 Okt. - Hampir 80 peratus guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas di negeri ini kini melanjutkan pengajian bagi memastikan sasaran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya mereka mempunyai kelulusan diploma menjelang 2015 tercapai. Penolong Pengarah Kemas negeri, Abd. Rahim Mohd. Salleh berkata, tenaga pengajar terbabit sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara sejak dua tahun lalu. "Menjelang 2015, kita mahu semua guru tabika mempunyai kelulusan diploma kerana sasaran...

Lelaki menyamar pegawai JKM

Mohamad Nasir memeriksa rangka motosikal yang ditemui dalam Sungai Muar selepas menahan lelaki berusia 22 tahun di Jalan Meriam, kelmarin. Perdaya warga emas dengan perwatakan alim, minta bayaran RM250 buka akaun bank MUAR – Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana menipu beberapa warga emas di daerah ini sejak tahun lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad...

Friday, October 5, 2012

12 lelaki yang aktif mencuri motosikal diberkas

MUAR 3 Okt. - Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah perumpamaan yang sesuai bagi 12 lelaki yang berjaya dicekup kelmarin kerana terbabit dalam sekurang-kurangnya enam kes curi motosikal di daerah ini sejak Januari hingga September lalu. Menerusi Op Lejang Khas itu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menahan kumpulan lelaki itu yang berumur antara 17 hingga 25 tahun di rumah masing-masing. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Shahadan Jaafar berkata, ahli kumpulan...

Wednesday, October 3, 2012

Nelayan selamatkan lelaki lemas

Di lokasi inilah sekumpulan nelayan berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada menjadi mangsa lemas. MUAR – Tindakan pantas sekumpulan nelayan telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 40an daripada menjadi mangsa lemas di Sungai Muar, semalam. Menceritakan detik mencemaskan itu, seorang nelayan, Ahmad Daud Mohd Po'at, 48, berkata, kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu disedari oleh seorang rakannya yang melihat objek seolah-olah...

Tuesday, October 2, 2012

Tutup kedai makan jadi DJ

Jamal berasa seronok dapat menceriakan suasana dan menggembirakan orang ramai dengan suara emasnya. LEDANG - Berperwatakan sederhana, tetapi suara emasnya mampu memikat dan menghiburkan tetamu yang hadir dalam sesuatu majlis yang dikendalikannya sama ada majlis perkahwinan ataupun program karnival. Kebolehan dimiliki pemilik nama, Jamal Nasir, 53, atau lebih dikenali dengan gelaran DJ Jamal Nasir menghiburkan tetamu adalah hasil pengalamannya...