REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Thursday, December 26, 2013

Guru cemas burung hering masuk laman rumah

MOHD. FADLI (kiri) dan anggota JPAM menunjukkan seekor burung hering yang ditangkap di Muar, Johor semalam. Burung hering 'singgah rumah' ditangkap MUAR 25 Dis. - Seorang guru sekolah rendah menerima 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor burung hering sebesar anjing dewasa yang 'singgah' di pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini hari ini. Remy Azman Abdul Rashid, 40, berkata, pada mulanya burung pemakan bangkai itu...

Wednesday, December 25, 2013

Hilang tangan digigit babi hutan

Amirudin menunjukkan tangannya yang dipotong selepas digigit babi hutan semasa bertugas pada 5 Disember lalu. MUAR – Seorang tukang kebun menempuh pengalaman mengerikan apabila diserang seekor babi hutan liar ketika bertugas di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P), Jalan Tunku Bendahara di sini, 5 Disember lalu. Ekoran kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Amirudin Osman, 35, kehilangan tangan kiri akibat kecederaan parah selepas digigit haiwan...

Tuesday, December 24, 2013

Berjalan kaki kutip derma bantu golongan gelandangan

OTTO Klaus Mitchell melalui bandar Muar, Johor semalam dalam perjalanan dari Singapura ke Thailand bagi mengutip derma untuk golongan gelandangan United Kingdom. MUAR 23 Dis. - Bosan dengan kesakitan dialaminya, seorang pemuda dari London berazam berjalan kaki secara solo merentasi Semenanjung Malaysia dalam usaha untuk membantu Rumah Kebajikan Shelter yang khusus untuk membantu golongan gelandangan di United Kingdom. Otto Klaus Mitchell, 23,...

Saturday, December 21, 2013

Dapur rumah tanpa dinding

Ishah dibahagian dapur yang tidak berdinding bersama dua cucunya. Pegawai Penerangan Daerah Muar, Hanan Mohd Yusof (kiri) turut membantu gotong royong membaiki Ishah MUAR - Memasak menggunakan kayu api tidak dianggap pelik di negara yang sudah 56 tahun mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila masih ada keluarga yang tinggal dalam rumah usang dengan keadaan dapur tidak berdinding. Itu hakikat kehidupan dilalui pasangan...

Monday, December 16, 2013

Bomoh didakwa larikan isteri, wang RM20,000

ROZMAN Jamil menunjukkan gambar Zainon Ibrahim dan salinan laporan polis merayu orang ramai bantu mencari isterinya itu yang hilang di Hentian R&R Pagoh, Johor, semalam. PAGOH 15 Dis. - Seorang ahli perniagaan di sini kini hidup tertekan dan tidak tenteram setelah isterinya serta wang tunai lebih RM20,000 dilarikan seorang lelaki yang mendakwa bomoh handalan dipercayai dari negara jiran sejak lebih sebulan lalu. Rozman Jamil, 46, dari Kampung...

‘Bomoh alim’ larikan isteri

Muar: “Saya tidak sangka bomoh yang berperwatakan alim itu bukan saja sanggup menggunakan ilmu hitam untuk melarikan isteri, malah turut melesapkan RM20,000 hasil perniagaan kami, “ kata seorang peniaga, Rozman Jamil, 46. Peniaga buah dari Kampung Jawa, Panchor di sini, mendakwa isterinya, Zainon Ibrahim, 41, yang menguruskan gerai buah-buahan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh, hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki pada jam 3.30 petang, pada 2 November lalu. Rozman berkata, dia percaya kehilangan Zainon...

Tuesday, December 10, 2013

PBTM bantu baik pulih rumah bekas tentera

TAJUL Arifin Chu Johari (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Asnah Saat bagi meringankan beban yang terpaksa menanggung dua anak OKU di Batu 4 Simpang Baba, Jalan Bukit Pasir, Muar, Johor, semalam. MUAR 9 Dis. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) akan membantu seorang bekas tentera tidak berpencen yang mahu membaik pulih rumah dan memastikannya mendapat keistimewaan yang terdapat dalam persatuan itu. Yaakob Arman, 52, berhenti menjadi Askar...

Wanita nyaris maut kereta terbakar

MUAR 9 Dis. - Seorang wanita terselamat daripada maut apabila berjaya menyelamatkan diri setelah kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran bulatan di Jalan Sulaiman di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, dia yang enggan dikenali dipercayai memandu kereta jenis Honda Civic seorang diri dari arah Jalan Junid menghala ke pusat bandar. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di bulatan itu dia ternampak kepulan asap...

Saturday, November 30, 2013

Kereta terperosok bawah bas

Kereta terperosok bawah bas Keadaan kereta dipandu mangsa terperosok di bawah bas dalam kejadian di Batu 7 Jalan Muar- Pagoh semalam. MUAR – Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kereta jenis Perodua MyVi dipandunya yang terperosok di bawah sebuah bas dalam kemalangan di Batu 7 Jalan Muar-Pagoh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi, mangsa, Toh Toon Cheng, 47, dari Sengkang, Pagoh meninggal dunia di tempat kejadian...

Friday, November 29, 2013

Sorok heroin dalam sofa

Sorok heroin dalam sofa Azman menunjukkan bahagian sofa yang digunakan suspek untuk menyembunyikan 990 gram heroin di sebuah rumah di Sungai Abong. MUAR – Cubaan dua lelaki menyembunyikan heroin anggaran berat 990 gram, bernilai RM29,600 dalam sofa gagal apabila dadah terbabit ditemui dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Abong, di sini, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam serbuan jam 1 petang...

Sunday, November 24, 2013

Johor cuti Jumaat, Sabtu

MUAR 23 Nov. - Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Baginda bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan. "Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur. "Selepas...

Saturday, November 23, 2013

Temui ajal berhampiran rumah

Anggota forensik memeriksa mayat Ainah yang meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas di Jalan Salleh di sini, semalam. MUAR - Hasrat seorang pesara jururawat memulakan operasi gerai menjual surat khabar seperti biasa tidak kesampaian apabila maut dalam nahas di Jalan Salleh di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, Ainah Hassan, 71, berjalan kaki dan melintas jalan menuju ke gerainya yang...

Thursday, November 21, 2013

Remaja terjun ke Sungai Muar

Norazlisham menunjukkan besi yang dipaut wanita lembam sebelum terjun ke Sungai Muar, semalam. MUAR – Tindakan pantas seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Muar berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan lembam selepas dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Ismail ke Sungai Muar, semalam. Dalam kejadian jam 6.10 pagi, remaja berkenaan diselamatkan Koperal Norazlisham Che Ahmad selepas usaha memujuk selama 10 minit gagal. Pegawai Pemerintah...

Pasangan suami isteri maut kemalangan

MAYAT Sharil diangkat untuk dibawa ke hospital. - Foto myMetro ANGGOTA bomba memeriksa MPV dinaiki Sharil yang terbabas di Kilometer 9.5 Lebuhraya AMJ, semalam. - Foto myMetro Keadaan kereta mangsa selepas kemalangan.  Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. LEDANG 20 Nov. - Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka merempuh sebuah tembok di tepi jalan di Kilometer...

Wednesday, November 20, 2013

Selindung sebalik gudang kilang

Mohd Basha (kiri) menunjukkan 2,000 tong LPG dalam serbuan di Lorong Kempas 3, Kawasan Perindustrian Pagoh, kelmarin. MUAR - Satu kegiatan menjual gas subsidi yang berselindung di sebalik gudang kilang sejak enam bulan lalu berjaya dibongkar anggota Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Muar menerusi serbuan di Lorong Kempas 3, Kawasan Perindustrian Pagoh dekat sini, kelmarin. Ketua PPDNKK Cawangan Muar,...

Tuesday, November 19, 2013

Bangga karya jadi perhatian

Mohd Faesal (kanan) bersama idolanya, Saiful Nang ketika pertemuan dengan ahli Lensa Malaya. Mohd Faesal (kanan) ketika mengambil gambar perkahwinan satu daripada pelanggannya. MUAR – Berbelanja lebih RM10,000 demi membeli dua kamera Nikon D40 dan D90 serta tiga lensa bukan bebanan kepada seorang guru muda di sini. Kesanggupannya itu semata-mata untuk mendapatkan kepuasan bagi memastikan gambar yang diambil cantik dan berkualiti. Mohd...

Saturday, November 16, 2013

Mak nyah ditetak pelanggan

Mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat ditetak dengan pisau dalam kejadian kelmarin. MUAR – Malang buat seorang lelaki berperwatakan wanita (mak nyah) apabila bukan hanya tidak mendapat bayaran, malah turut dicederakan pelanggan. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di sini, kelmarin, mangsa ditetak pada bahagian kepalanya menggunakan pisau selain rantai leher yang dipakai diragut. Mangsa menerima lebih 20 jahitan dengan kesan tetak pada...

Thursday, November 14, 2013

Pencuri masuk jerat

Pencuri masuk jerat Penjenayah berjaya ditangkap ketika cuba curi kabel. MUAR – Tindakan pantas dua pekerja sebuah syarikat telekomunikasi membuat rondaan di kawasan seliaan berjaya menangkap dua penjenayah ketika mereka sedang mencuri kabel di Parit Keroma Laut, Jalan Junid, di sini, Selasa lalu. Kejadian jam 2 pagi itu berlaku susulan pihak syarikat menerima aduan daripada ibu pejabat terdapat kerosakan pada stesen pemancar komunikasi di kawasan...

Sunday, November 10, 2013

Jiran selamatkan warga emas

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dalam kejadian di Jalan Bakariah di sini, semalam. MUAR – Seorang warga emas terselamat daripada menjadi mangsa kebakaran apabila berjaya diselamatkan jirannya yang terdengar jeritan lelaki berkenaan dalam kejadian di Jalan Bakariah, semalam. Ketika kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, Chuah Xiong See,89, sedang tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumahnya selepas...

Friday, November 8, 2013

Pekerja maut dihempap cermin seberat 2 tan

Keadaan mayat Thang Ngaih Lian yang dihempap kira-kira 100 keping cermin di belakang sebuah kedai cermin di Jalan Sakeh, Muar, Johor, semalam. MUAR 7 Nov. - Seorang pekerja warga Myanmar maut dalam keadaan mengerikan selepas dihempap 100 keping cermin seberat kira-kira dua tan semasa memunggah muatan barangan itu dari sebuah lori di belakang kedai cermin di Jalan Sakeh di sini hari ini. Dalam insiden pukul 2.15 petang itu, Thang Ngaih Lian,...

Thursday, November 7, 2013

Peragut menyamar pelanggan

Ezuriah bersama suaminya, Salehudin Md Don menunjukkan tempat suspek meletakkan motosikal sebelum masuk warung dan meragut rantai emas miliknya. MUAR - Seorang peniaga menempuh pengalaman menakutkan apabila terpaksa bergelut dengan seorang lelaki yang berpura-pura sebagai pelanggan dalam kejadian ragut di sebuah warung di Kampung Temiang, Jalan Salleh, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 pagi itu, mangsa, Ezuriah Mohd Diah, 44, mengalami...

Monday, November 4, 2013

2 maut, 7 parah nahas bas dan dua kenderaan lain

Sepasang suami isteri maut selepas kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Sungai Balang. - Foto NST Shaiffulazhar Misri Pasangan sehidup semati MUAR - Sepasang suami isteri maut, manakala empat cedera selepas terlibat dalam nahas jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 25 Jalan Muar-Batu Pahat, berhampiran Sungai Belukang, dekat Sungai Balang, di sini, malam kelmarin. Dalam insiden kira-kira jam 9 malam itu, Tan Chai...

Dua beradik lemas dalam parit

Yew Teng (kiri) dan Yew Xuan ditemui lemas selepas tergelincir dalam parit di Taman Pagoh Jaya, Pagoh, semalam. Isniazreen (kiri) bersama bapanya, Senin, menunjukkan lokasi dua beradik yang ditemui lemas. MUAR - Dua beradik lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam  sebuah parit besar di Taman Pagoh Jaya, dekat sini, ditemui mati lemas, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang tinggal di taman perumahan berkenaan...

Sunday, November 3, 2013

Dua beranak bergaduh depan balai polis

SAHADAN Jaafar menunjukkan sebahagian daripada buah kelapa sawit yang dicuri dari sebuah kebun di IPD Muar, Johor, semalam. MUAR 2 Nov. - Dua beranak yang bergaduh kerana cuba menasihati antara satu sama lain kerana bapa merupakan seorang 'kaki botol' dan anak penagih dadah jenis syabu ditahan oleh polis selepas bergaduh dalam kereta di hadapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini kelmarin. Drama pergaduhan peniaga durian dan anak...

Saturday, November 2, 2013

‘Tan Sri’ ditahan polis

MUAR - Seorang lelaki yang disyaki memperdaya tiga peniaga di sini dengan menyamar sebagai orang kenamaan bergelar 'Tan Sri' ditahan di Cameron Highlands, Pahang, bulan lepas.   Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superitendan Sahadan Jaafar berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan ketika bersembunyi di satu kawasan di pusat peranginan itu.   "Mangsa pertama yang diperdayakan lelaki itu adalah seorang penjual kereta berumur 54 tahun yang kerugian RM13,000 dalam kejadian pada Mei tahun lepas, manakala mangsa kedua adalah...

Pengurus ladang rugi RM40,000

MUAR - Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya apabila menerima panggilan daripada orang tidak dikenali yang mendakwa pegawai bank dan meminta mereka melakukan pemindahan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu. Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, dalam kejadian Rabu lalu, seorang lelaki yang juga pengurus ladang berusia 60 tahun mengalami kerugian RM40,000 apabila diperdaya seorang lelaki menerusi panggilan telefon. “Suspek memberitahu mangsa ada berhutang kad kredit dengan jumlah berkenaan dan mengarahkan...

Friday, November 1, 2013

Anak gagal curi duit bapa

Sahadan menunjukkan wang yang dirampas daripada lelaki selepas gagal mencuri wang bapanya sendiri. MUAR – Seorang lelaki membuat laporan polis palsu mendakwa dirinya diragut di hadapan sebuah bank di sini dalam cubaannya untuk melarikan wang berjumlah RM20,000 milik bapanya, Sabtu lalu. Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, bagaimanapun tembelang lelaki berusia 21 tahun itu terbongkar selepas polis mendapati terdapat...

Berselindung di sebalik bengkel

Sahadan menunjukkan lapan blok enjin motosikal serta beberapa komponen utama motosikal yang dileraikan suspek MUAR – Seorang mekanik yang  berselindung di sebalik bengkel motosikal yang diusahakannya untuk mengaburi pihak berkuasa, merupakan dalang kegiatan mencuri dan meleraikan komponen motosikal yang aktif sejak beberapa bulan lalu,  Selasa lalu. Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, kegiatan mekanik...

Thursday, October 31, 2013

Pemilik bengkel ditahan miliki 3 senapang, dadah

MUAR 31 Okt. - Seorang pemilik bengkel motosikal ditahan kerana memiliki senapang menyerupai M14, dua senapang buatan sendiri dan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di bengkelnya di Jalan Haji Ahmad, Bakri, di sini kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek yang berusia 33 tahun itu sedang tidur. "Kita menemukan dadah jenis syabu seberat 0.6 gram yang dipercayai milik suspek. Turut dijumpai sebuah komputer riba jenama Acer, lapan blok enjin motosikal serta...

Perarakan bot berhias di Muar bulan depan

JOHOR BAHRU - Perarakan bot berhias akan dianjurkan di Sungai Muar pada 24 November ini sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata perarakan bot berhias itu yang merupakan kali kedua diadakan kini merupakan antara acara utama pelancongan di Johor.   "Muar dipilih kerana daerah itu merupakan Bandar Diraja dan kini mempunyai potensi pelancongan yang menarik.   "Proses...

Tuesday, October 29, 2013

Minoriti orang Bugis ada di Muar

Membasuh kaki atau ‘ mattaluttuk’ adalah acara wajib persandingan pengantin masyarakat Bugis. Kampung Parit Bugis dibuka oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar pada 1904. RAMAI tidak mengetahui, daerah Muar yang begitu sinonim dengan komuniti Jawa sebenarnya mempunyai kumpulan kecil  komuniti Bugis yang menetap di dua perkampungan daerah ini iaitu di Kampung Parit Bugis dan Kampung Sungai...