REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Thursday, January 31, 2013

Jeritan selamatkan nyawa

Azizah mencari barangan kemas miliknya yang tidak dapat diselamatkan dalam kejadian kebakaran 11 Januari lalu. MUAR – Tanggal 11 Januari lalu pasti tidak dapat dilupakan Azizah Mohd Aroff, 59, yang terselamat dalam kejadian kebakaran melibatkan dua deretan rumah yang hampir meragut nyawanya di Jalan Abdul Rahman, dekat sini. Dalam kejadian itu, Azizah seolah-olah diberi peluang kedua apabila jeritan ibu saudaranya, Hapsah Mohamed, 84, yang...

Wednesday, January 30, 2013

PDK Johor terbaik negara

Jamilah menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bungkusan Sumbangan Juita Sempena Tahun Baru Cina di SJKC Chung Hwa 2A, semalam. MUAR – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Johor diiktiraf sebagai PDK terbaik negara dengan 66 pusat PDK seluruh negeri, sekaligus merekodkan bilangan terbanyak berbanding negeri lain. Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Paduka Prof Dr Jamilah...

Bank Rakyat bantu pesakit tak mampu

Abdul Lidzam (dua, kanan) menyerahkan peralatan perubatan kepada salah seorang penerima pada program Sentuhan Kasih CSR Bank Rakyat 2013 di HPSF, di sini, semalam. MUAR – Bagi meringankan beban pesakit kurang berkemampuan, Bank Rakyat menunaikan tanggungjawab sosialnya dengan menyumbangkan tujuh kerusi roda dan 14 peralatan perubatan. Sumbangan yang diserahkan melalui program Sentuhan Kasih Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank Rakyat 2013...

Lebih RM1 bilion untuk atasi masalah banjir Muar

DOUGLAS Uggah Embas (tengah) bertanya sesuatu kepada Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar, Ir. Mohd. Hayal Atan (kanan) ketika melawat kawasan Rancangan Tebatan Banjir di pintu air Sungai Pagoh, Muar, baru-baru ini. - BERNAMA MUAR 31 Jan. - Lebih RM1 bilion diperuntukkan untuk fasa pertama dan kedua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Muar, merangkumi daerah Segamat, Muar, Ledang dan Pagoh dalam usaha menangani...

Siasat dakwaan nelayan rugi RM712,000

MUAR 23 Jan. - Pusat Khidmat Parlimen Muar akan menyiasat dakwaan 72 nelayan di Parit Jawa dekat sini, yang mendakwa jaring mereka rosak sehingga kerugian RM712,000 akibat kegiatan sebuah kapal mengorek pasir di kawasan tangkapan ikan. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati aktiviti yang dijalankan kapal itu mengikut semua peraturan ditetapkan termasuk mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan tiada sebarang aduan diterima Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar atau pusat khidmat tersebut. "Sebarang...

Jangan politikkan pendidikan

MUAR 21 Jan. - Pihak tertentu diminta tidak mempolitikkan bidang pendidikan kerana kerajaan sentiasa mementing dan mengambil berat aspek berkenaan sejak dahulu. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, tiada alasan setiap keluarga tidak memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka kerana sememangnya kerajaan mahu semua rakyat menerima pendidikan sehingga ke tahap tertinggi. "Ini dibuktikan dengan peruntukan besar dikeluarkan setiap tahun termasuk Bantuan Khas Awal Persekolahan yang diterima setiap pelajar sejak tahun lalu tanpa...

1,000 dapat Bantuan Persekolahan

TAHIR Taat menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar di SMK Tengku Temenggung Ahmad, Grisek, Pagoh, semalam. PAGOH 22 Jan. - Hampir 1,000 murid dan pelajar dari enam sekolah di sekitar Grisek menerima Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 seorang dalam majlis yang diadakan di dua buah sekolah, di sini hari ini. Ia melibatkan sebuah sekolah menengah kebangsaan, tiga sekolah kebangsaan dan selebihnya sekolah jenis kebangsaan Cina yang...

Polis nafi dakwaan peniaga

MUAR 26 Jan. - Polis daerah ini menafikan dakwaan kerap berlaku kes pecah kedai runcit di sekitar Parit Raja, di sini kerana hanya menerima tiga laporan iaitu dua kes berlaku tahun lalu dan satu pada tahun ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, dua kes pecah kedai runcit itu dilaporkan berlaku April dan November tahun lalu, manakala terbaru satu kes tahun ini. "Keadaan adalah terkawal dan tidak berlaku kegiatan pecah kedai dalam masa dua bulan sekali. Dalam pada itu, kita nasihatkan pemilik kedai supaya...

Pesara tentera maut nahas

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit dalam nahas jalan raya di di Jalan Muar-Bakri berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, Bakri, semalam. MUAR – Seorang warga emas maut selepas terbabit dalam nahas jalan raya yang membabitkan dua motosikal di Jalan Muar-Bakri berhampiran persimpangan Jalan Dato’ Haji Kosai, Bakri di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.25 pagi itu,  pesara tentera, Yatim Shrani, 65, dari...

Wednesday, January 23, 2013

Guru Dan Dua Anak Maut Dihempap Konkrit Binaan Dari Lori Treler

3 korban tiang konkrit Muar: “Ya Allah, anak aku Azem, Balqis. Ya Allah.. Esah,” raung Md Ghazali Salamon, 46, sebaik jenazah isteri serta dua anaknya diletakkan di beranda rumahnya di Batu 14, Bukit Naning, Jalan Air Hitam-Muar, di sini, semalam. Sebelum itu, Md Ghazali terpaksa menunggu hampir sejam ketika anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat tiga beranak berkenaan yang terbunuh selepas Proton Persona dinaiki mereka dihempap...

Tuesday, January 22, 2013

PPK tidak setuju kaedah undian

Antara yang hadir pada Mesyuarat Agung Khas PPK Muar Selatan, semalam. MUAR – Kira-kira 200 perwakilan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan yang mewakili 6,700 ahlinya sebulat suara menyatakan ketidaksetujuan menggunakan kaedah pengundian dalam menyelesaikan kemelut pertindihan kawasan seliaan PPK berkenaan dengan PPK Bakri. Pendirian itu dinyatakan selepas cadangan tersebut dikemukakan oleh Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri...

Babi hutan ganggu penduduk

Abd Hamid menunjukkan antara kawasan yang sering menjadi tumpuan babi hutan setiap kali berkeliaran di kawasan rumahnya. MUAR - Ketenteraman kira-kira 500 penduduk di Kampung Bukit Treh Jalan Salleh di sini, terjejas berikutan gangguan babi hutan sejak dua bulan lalu. Dakwa penduduk, keadaan itu semakin serius sejak kebelakangan ini apabila haiwan tersebut semakin berani berkeliaran di kawasan kediaman mereka. Salah seorang penduduk, Abd Hamid...

Monday, January 21, 2013

Kanak-kanak lima tahun maut dihempap tayar treler bapa

Keadaan treler yang terbalik selepas terbabas dan meragut nyawa kanak-kanak berusia lima tahun. Gambar kecil: Mayat Mohd Afiq Amrin. Gambar myMetro MUAR – Kejadian menyayat hati terpaksa dilalui sebuah keluarga yang kehilangan anak berusia lima tahun yang maut akibat dihempap tayar treler yang dipandu bapanya dalam kemalangan di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin Mohd...

Thursday, January 17, 2013

RM7.6j bantuan persekolahan

Razali Ibrahim menyerahkan wang RM100 kepada salah seorang murid pada Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2013 di Dewan SMKA Maahad Muar, Johor, kelmarin. MUAR 16 Jan. - Seramai 76,154 pelajar daripada 211 sekolah rendah dan menengah dalam daerah Muar, Ledang, Pagoh serta Bakri menerima bantuan awal persekolahan RM100 bernilai kira-kira RM7.6 juta mulai semalam. Daripada jumlah itu, daerah ini menerima kira-kira RM1.9 juta melibatkan...

Wednesday, January 16, 2013

Kereta mewah milik datuk ditemui semula

MUAR 16 Jan. - Kereta mewah jenis Mini Cooper S bernilai RM260,000 milik seorang ahli perniagaan bergelar datuk yang dilarikan Geng Ayie BMW awal bulan ini ditemui semula di tepi jalan di Tanjung Agas, Ledang dekat sini pada Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, kenderaan mewah itu ditemui kira-kira pukul 4 petang selepas polis memberkas tiga ahli kumpulan tersebut, kurang 18 jam selepas menyamun ahli perniagaan itu. - UTUSAN 16 Jan 20...

Monday, January 14, 2013

Remaja tunggu keputusan STPM maut kemalangan

Mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian. MUAR - Impian seorang remaja untuk melanjutkan pengajian ke menara gading tidak kesampaian apabila maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Bakri, Batu 3/4, berhampiran sebuah stesen minyak di sini, awal pagi semalam. Mangsa, Syaharuddin  Md Noh, 20, sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, motosikal...

Friday, January 11, 2013

20 rumah terjejas akibat ribut

Antara rumah penduduk yang dihempap pokok. Dahan pokok menimpa bumbung garaj kereta milik salah seorang penduduk. MUAR - Kira-kira 10 rumah di Taman Bukit Mor Baru dan Jalan Mahmod, Kampung Parit Jawa, di sini, mengalami kerosakan akibat ribut dalam kejadian petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2 petang itu, hujan lebat diikuti ribut dan petir itu mengakibatkan kesemua rumah terbabit mengalami kerosakan dan dihempap pokok selain 500 penduduk...

Monday, January 7, 2013

IPD Muar cemerlang KPI

MUAR 6 Jan. - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar melepasi semua sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi penurunan indeks jenayah yang ditetapkan pada tahun lalu dengan mencatatkan pencapaian amat memberangsangkan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, indeks jenayah di sini menurun tujuh peratus berbanding sasaran yang ditetapkan KPI di peringkat Pusat iaitu lima peratus. "Kadar pertuduhan dan pendakwaan kes juga melepasi sasaran iaitu 46.58 peratus berbanding sasaran 25 peratus, kadar penyelesaian kes pula...

Kempunan makan tengah hari

Ahli keluarga mangsa datang ke tempat kejadian sejurus mengetahui insiden yang menimpa mangsa. MUAR - Hasrat seorang juru wayar pulang menikmati makan tengah hari bersama keluarga di rumah, tidak kesampaian apabila maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kim Kee, di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 1 petang itu melibatkan motosikal ditunggang mangsa, Nazli Alfaisan Othman, 22, dengan sebuah kereta jenis Chevrolet. Mangsa dari...

Saturday, January 5, 2013

Mati bukan sebab wabak

MUAR - Kematian salah seorang bayi kembar perempuan yang dilaporkan 26 Disember lalu selepas empat hari dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), disahkan akibat jangkitan kuman clabsiella negatif. Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai mengesahkan kematian bayi tersebut bukan berpunca daripada penularan wabak dalam wad pediatrik HSA, sebagaimana yang didakwa ibu bapa bayi berkenaan. Menurutnya, hasil siasatan mendapati bayi tersebut dilahirkan tidak cukup bulan pada usia tujuh bulan...

Penarik kereta miliki kereta curi ditahan

MUAR 4 Jan. - Seorang penarik kereta yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau ditahan kerana memiliki sebuah kereta curi dalam serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini semalam. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, kereta Perodua Kancil itu dilaporkan hilang di Taman Soga, Batu Pahat, 25 Disember lalu. Menurutnya, suspek berusia 25 tahun dan berasal dari Batu Pahat itu dipercayai baru beberapa bulan menyewa rumah berkenaan. Kata beliau, tiga rekod jenayah lampau suspek adalah bersangkutan dengan...

Friday, January 4, 2013

Jiran tua kemaruk seks

MUAR - Dua beradik berusia 14 dan 11 tahun terpaksa melalui  pengalaman ngeri apabila menjadi mangsa rogol dan cabul seorang warga emas dalam kejadian di sebuah kampung di Parit Jawa, di sini. Perbuatan terkutuk jiran tua  durjana itu hanya terbongkar selepas mangsa yang berusia 14 tahun mengadu  kepada ibunya, sakit perut dan  tidak sedap badan yang dialaminya,  petang kelmarin. Menurut sumber, kejadian yang berlaku antara November hingga Disember tahun lalu itu, bermula  ketika cuti persekolahan lalu yang  terjadi...

Thursday, January 3, 2013

12 bayi lahir sempena tahun baharu di HPSF

SELAHUDDEEN Abd. Aziz (belakang, tengah) bersama ibu-ibu dan lima daripada 12 bayi yang lahir pada hari pertama tahun baharu di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, kelmarin. MUAR 2 Jan. - Sebanyak 12 bayi tahun baharu dilahirkan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, sejak semalam. Pengarah HPSF, Dr. Selahuddeen Abd. Aziz berkata, bayi pertama yang lahir pukul 1.11 pagi seberat 3.4 kilogram (kg) merupakan bayi lelaki dan...

Bantah pengambilalihan enam pusat timbang

MUAR 31 Dis. - Kira-kira 70 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan mengadakan demonstrasi secara aman menuntut masalah pertindihan kawasan antara PPK Muar Selatan dan PPK Bakri diselesaikan segera. Demonstrasi yang diadakan di Pusat Timbang Kampung Tengah Batu 18, Air Hitam dekat sini, semalam juga memprotes hasrat PPK Bakri mengambil alih enam unit pusat timbang di bawah pengurusan PPK Muar Selatan yang disifatkan tidak wajar dan mempunyai agenda tertentu. Enam unit itu yang berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit...

Bapa rayu kesan Aizuddin

Ahmad Ridwan menunjukkan gambar abangnya, Aizuddin yang menghilangkan diri sejak 7 Oktober lalu. MUAR - Seorang bapa merayu bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya berusia 25 tahun, yang gagal pulang selepas keluar rumah di Taman Temenggong Ahmad, di sini, sejak lebih dua bulan lalu. Ishak Yunos, 56, berkata, anaknya, Aizuddin, keluar seorang diri menaiki motosikal dari rumahnya, jam 8.45 pagi, 7 Oktober lalu, dengan membawa kad pengenalan,...