REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Sunday, February 24, 2013

Kawasan panas dikenal pasti

MUAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menempatkan ramai anggotanya di beberapa kawasan panas di negeri ini yang sudah dikenal pasti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, tindakan itu bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang provokasi di kawasan terbabit yang dikhuatiri boleh menjejaskan kelancaran proses pilihan raya. Menurutnya, taklimat kepada anggota sudah diberikan...

Veteran anggap 'durian runtuh'

SEBAHAGIAN daripada penerima Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia menunjukkan sumbangan yang diterima mereka di Dewan MRSM Bakri, dekat Muar, Johor, baru-baru ini. - MINGGUAN/ISHAK RAHMAD MUAR 16 Feb. - Seramai 6,184 penerima Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) seolah-olah mendapat durian runtuh apabila RM6.1 juta mula diagihkan kepada mereka yang layak dari negeri ini. Pemberian...

Sukarelawan Siswa4U dilancar

RAZALI Ibrahim (tengah) bersama mahasiswa yang menyertai Majlis Gotong Royong Perdana dan Pelancaran Sukarelawan Siswa4U Biro Pengajian Tinggi UMNO Malaysia di Parit Raja Muar, baru-baru ini. MUAR 19 Feb. - Biro Institusi Pengajian Tinggi UMNO dengan kerjasama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Raja melancarkan Sukarelawan Siswa4U di Masjid Jamek Seri Menanti dan Balai Raya Parit Raja. di sini baru-baru ini. Program selama dua hari itu dirasmikan...

Ibu tua akan dapat rumah baharu

MUAR 18 Feb. - Seorang ibu tua menetap bersama anaknya yang mengalami masalah mental di sebuah rumah usang yang hampir roboh di Jalan Junid di sini kini ceria apabila pelbagai usaha dilakukan untuk membaiki semula kediamannya bagi membolehkan mereka dua beranak hidup lebih selesa. Zainab Abu Bakar, 73, sudah mendiami rumah berkenaan sejak lebih 40 tahun lalu selepas kematian suaminya, namun sejak seminggu lalu, bahagian depan rumah berkenaan roboh kerana terlalu uzur menyebabkan dia dan anaknya yang berusia 50-an terpaksa tinggal di bahagian dapur. Bagaimanapun,...

Calon SPM maut kemalangan

Keadaan motor yang digunakan mangsa. MUAR - Seorang remaja tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer (KM) 145.6 Lebuh Raya Utara Selatan Plus arah utara, dekat sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.40 pagi itu melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal. Mangsa Alfian Atiman, 17, yang menunggang motosikal jenis Yamaha secara bersendirian dari rumahnya...

Taktik kantoi, lelaki gagal jual telefon curi

MUAR - Seorang lelaki berputih mata bukan sahaja tidak sempat menikmati hasil barangan curi, malah bakal meringkuk dalam penjara selepas ditahan ketika cuba menjual telefon bimbit dicurinya dari sebuah kedai di Simpang Jeram, Bakri, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, suspek berusia 36 tahun itu dicekup selepas cuba menjual telefon yang dicurinya dari salah sebuah kedai pemilik telefon tersebut. Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 12.35 tengah hari itu, suspek memasuki premis berkenaan...

Tujuh bulan jadi buruan

Mohamad Nasir menunjukkan telefon bimbit yang dirampas berikutan penahanan dua lelaki dalam kejadian berasingan, Jumaat lalu MUAR - Sepandai-pandai  tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Situasi tepat seorang peragut yang kononnya berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa, namun akhirnya dicekup ketika menaiki motosikal di Jalan Mariam di sini, Jumaat lalu. Lelaki berusia 23 tahun itu sebelum ini dilaporkan menjadi buruan...

Saturday, February 16, 2013

2 bengkel terbakar ketika pemilik rai Tahun Baharu Cina

MUAR 10 Feb. - Dua pemilik bengkel di Parit Haji Baki, Jalan Sultan Ibrahim di sini kerugian kira-kira RM200,000 selepas hampir musnah dalam satu kebakaran pada pukul 8.30 pagi ini. Bagaimanapun pemiliknya terselamat kerana keluar meraikan Tahun Baharu Cina di tempat lain. - utusan 11 Feb 20...

Warga emas dapat rumah baharu

SHARUDDIN Md. Salleh (tengah) menyerahkan dokumen kepada Jamilah Salim sebagai persetujuan untuk membina rumahnya yang baharu di Kampung Bukit Batu, Bukit Pasir, Muar, kelmarin. MUAR 12 Feb. - Hampir tiga bulan seorang ibu tunggal terpaksa menumpang di rumah saudaranya selepas rumah yang didiaminya selama lebih 35 tahun di Kampung Bukit Batu, Bukit Pasir di sini, terpaksa dirobohkan kerana didirikan atas tanah milik orang. Kesulitan dan nasib...

10,000 tumpu rumah terbuka Parlimen Muar

MUAR 11 Feb. - Hampir 10,000 masyarakat berbilang kaum mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Muar yang berlangsung selama tiga jam di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Muar, di sini hari ini. Sambutan tahunan di peringkat daerah itu dimeriahkan dengan pelbagai juadah, selain dihiburkan dengan tarian singa dan persembahan nyanyian secara solo serta berkumpulan. Ahli Parlimennya, Datuk Razali Ibrahim ketika ditemui berkata, penganjuran itu adalah satu simbol persefahaman dan perpaduan untuk seluruh 47,700 penduduk di Muar...

Wednesday, February 13, 2013

Lelaki murung terjun Sungai Muar

Di tepi tembok Laman Maharani inilah Sujaryo duduk sebelum terjun ke tebing dan berlari memasuki Sungai Muar.  Kesan tapak kaki didakwa milik Sujaryo yang berlari sebelum terjun ke Sungai Muar. MUAR - Tindakan seorang lelaki warga Indonesia yang dilihat berlari secara tiba-tiba dari tebing lalu terjun ke Sungai Muar sebelum tenggelam menimbulkan kejutan kepada rakan-rakannya yang menyaksikan kejadian itu. Dalam kejadian jam 3.10 petang...

Saturday, February 9, 2013

Dua maut, tujuh cedera nahas berasingan

Keadaan bas dan kereta yang bertembung di Jalan Salleh, Muar, semalam. - Foto Shahrul M Zain Muar: Dua maut dan tujuh cedera dalam dua kemalangan berasingan masing-masing, di Jalan Salleh dekat Taman Cemerlang, di sini, dan Kilometer 133 Lebuhraya Utara Selatan dekat Pagoh semalam. Dalam kejadian di Jalan Salleh pada jam 5.45 pagi, Lim Pang Hong, 23, maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan bas persiaran, yang membawa...

Friday, February 8, 2013

22,000 rakyat nikmati BR1M 2.0

RAZALI Ibrahim (tengah) beramah mesra dengan warga emas yang menunggu giliran untuk menerima wang tunai RM500 dalam Majlis Penyerahan Baucar BR1M 2.0 Parlimen Muar di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Muar, Johor, semalam. MUAR 6 Feb. - Sebanyak RM11 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 melibatkan kira-kira 22,000 penduduk di kawasan Parlimen Muar. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata,...

Pasar mini terbakar

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api. MUAR - Seorang peniaga kerugian ratusan ribu ringgit apabila pasar mini miliknya di Taman Pertama, Sungai Abong, di sini, terbakar awal pagi semalam. Kejadian jam 3.40 pagi itu, mengakibatkan dua daripada tiga unit premis perniagaan itu hangus, manakala satu unit yang menempatkan sayur-sayuran terselamat. Pemilik pasar mini, Abdul Hamid Abdul Rahman, 58, berkata, kebanyakan barangan yang musnah...

Sunday, February 3, 2013

Tambah baik kemudahan di HPSF

Chriss Lee Ching Yong (baris depan, empat dari kiri) bersama ahli MCA Bahagian Bakri, JPMM DUN Bentayan dan beberapa NGO ketika menghadiri sesi dialog berkaitan Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar, Johor, kelmarin. MUAR 2 Feb. - Jawatankuasa Penyelaras Mukim-Mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bentayan akan memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk meminta penambahan blok bangunan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini...

Bakal pengantin cari bapa

Nurul Baizura menunjukkan borang permohonan wali hakim untuk majlis pernikahannya pada 16 Februari ini. MUAR - Seorang bakal pengantin dari Parit Zin, Air Hitam, di sini, sedang mencari bapa kandungnya yang gagal dikesan sejak berpisah dengan ibunya kira-kira 23 tahun lalu untuk menjadi wali  pernikahan. Nurul Baizura Saimin, 23, dijadualkan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Muhammad  Ashraff Nazrul, 30, dari Johor Bahru...

Ahli PBTM Cawangan Muar ditawar ternak ayam

MUAR 31 Jan. - Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) menawarkan seramai 4,064 ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar untuk menceburi perniagaan menternak ayam yang mampu memberi pendapatan lumayan sehingga RM30,000 sebulan. Pengerusi Jemaah Pengarah PPNJ, Datuk Saipolbahari Suib berkata, bagi merealisasikan projek itu, pihaknya akan bekerjasama membekalkan anak ayam, makanan dan ubat-ubatan secara percuma tetapi pengusaha perlu menyediakan tapak ternakan dan reban ayam. "Tempoh pembesaran mengambil masa 30 hari dan PPNJ...

Muhyiddin mahu golongan muda ganding bahu dengan kerajaan majukan negara

Muhyiddin melancarkan program 'My Beautiful Malaysia' di peringkat negeri. Gambar The Star MUAR 3 Feb 2013 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat seorang remaja yang sedang mengecat pagar Stadium Sultan Ibrahim sempena program "My Beautiful Malaysia" peringkat negeri Johor.-UTUSAN/ISHAK RAHMAD MUAR: Timbalan Perdana Menteri mahu golongan muda di negara ini supaya berganding bahu dengan kerajaan bagi memajukan negara...

Friday, February 1, 2013

Muka tercucuk serpihan kaca

Lori dipandu Tio Hok yang merempuh tiang kabel Telekom dalam kejadian di Jalan Dato Haji Kosai, berdekatan Parit Raja, malam kelmarin. MUAR – Seorang lelaki nyaris maut selepas lori yang dipandunya merempuh tiang kabel Telekom di hadapan Jalan Dato Haji Kosai, berdekatan Parit Raja di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam, Tiam Tio Hok, 50an, dari Batu Pahat, cedera parah di muka selepas terkena serpihan kaca ekoran...