REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, April 24, 2013

BN lancar manifesto Parlimen Bakri

CHRIS Lee Ching Yong (dua dari kanan) bersama para penyokong BN melihat Manifesto Pembaharuan ke Arah Transformasi bagi Parlimen Bakri di Bangunan UMNO Bahagian Bakri di Muar, Johor, semalam. MUAR 22 April - Barisan Nasional (BN) Bakri hari ini melancarkan manifestonya sendiri dalam usaha merampas kerusi Parlimen berkenaan daripada DAP selain membawa harapan baharu kepada 67,329 pengundi di kawasan tersebut. Manifesto bertemakan 'Pembaharuan...

Dua remaja ditahan pecah cermin van milik DAP

MUAR – Polis menahan dua remaja lelaki dipercayai terlibat melakukan perbuatan berunsur provokasi dengan memecahkan cermin sebuah van milik DAP yang diletakkan di hadapan bilik gerakan parti itu di Jalan Sakeh, Bakri di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Muar, Senior Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, remaja berusia 18 dan 19 tahun itu ditahan kira-kira 45 minit selepas melakukan perbuatan tersebut disaksikan tujuh petugas Barisan Nasional (BN) ketika memasang bendera, pada jarak 100 meter dari tempat kejadian. Menurutnya, dua suspek...

Wednesday, April 17, 2013

Kontraktor ditahan dengan dadah bernilai RM636,000

Superitendan Shahadan menunjukkan dadah yang dirampas dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Muar MUAR: Polis telah menahan seorang kontraktor dan merampas dadah bernilai lebih dari RM636,000 dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Jalan Salleh di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar OCPD Superitendan Shahadan Jaafar berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditangkap bersama dadah jenis heroin seberat 21 kilogram pada tengah hari Jumaat. Jumlah...

Tuesday, April 16, 2013

PRU-13: Polis Tumpu Semua Kawasan di Muar, Seru Parti Kempen Secara Profesional

MUAR: Polis akan memberi tumpuan di semua kawasan sepanjang tempoh pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memastikan proses pengundian dapat dijalankan secara aman tanpa sebarang kekecohan. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Sahadan Jaafar menasihatkan agar penyokong-penyokong parti politik tidak menimbulkan perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam dan tidak memprovokasi polis untuk mengelak daripada dikenakan tindakan. "Polis Johor sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada pilihan raya umum kali ini. Kita nak...

Monday, April 15, 2013

Jadikan bidang sukan kerjaya jangka panjang - Razali

RAZALI Ibrahim (di belakang) bersama murid-murid sekolah yang menyertai Karnival Multilateral Institut Sukan Negara Sukan di Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor, semalam. MUAR 14 April - Kesedaran ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang sukan sebagai kerjaya pada masa depan, masih berada di tahap yang rendah kerana ramai yang lebih mengutamakan akademik. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, persepsi...

Thursday, April 11, 2013

39 pengedar, penagih dadah ditahan

MUAR 10 April - Empat pengedar dan 35 penagih dadah ditahan dalam operasi selama 10 hari di sekitar daerah ini yang berakhir hari ini melibatkan rampasan pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM30,000. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, kesemua dadah berkenaan terdiri daripada 253 gram (g) heroin, syabu (14.97 g), 160 biji pil Eramin 5 dan 20 biji pil ekstasi yang boleh dibekalkan kepada 3,000 penagih. “Kita tangkap suspek pertama berusia 51 tahun bersama heroin di Taman Bintang, Parit Jawa kira-kira...

Sunday, April 7, 2013

RM1,000 buat setiap balu veteran ATM

SHAMSUDIN Rais menunjukkan borang SVTB1M untuk balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di Muar, Johor, semalam. MUAR 6 April - Sebanyak 150 balu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen di daerah ini bakal menerima Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) sebanyak RM1,000 seorang tidak lama lagi. Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar, Shamsudin Rais berkata, borang...

Thursday, April 4, 2013

Pasangan kekasih ditahan lagi

Mohamad Nasir memeriksa kereta yang ditemui selepas menahan sepasang kekasih di sebuah rumah di Sungai Abong, Ahad lalu. MUAR – Sepasang kekasih yang memiliki lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah ditahan lagi selepas didapati menyimpan pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah perumahan di Jalan Bakri, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, serbuan jam 6 petang itu menjumpai heroin...

Tuesday, April 2, 2013

Layak terima bantuan

SHAHARUDDIN Md. Salleh (kiri) menyerahkan sumbangan kepada nelayan sambil diperhatikan oleh Abdul Hamid Mohd. Yassin (tengah) di Jeti Pekan Panchor. Pagoh, Johor, semalam. PAGOH 31 Mac - Seramai 1,035 nelayan sungai di Johor diminta mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan membuat permohonan lesen menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan negeri bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan. Pengarah...

Kenal pasti kawasan baharu tanaman padi

SAIPOLBAHARI Suib (dua dari kanan) menyampaikan replika cek bantuan baik pulih stor baja padi kepada wakil Pertubuhan Peladang Kawasan Tangkak di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani dekat Pagoh, Muar, kelmarin. PAGOH 27 Mac - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan mengenal pasti kawasan-kawasan baharu di Johor untuk penanaman padi bagi meningkatkan hasil beras yang kini pengeluarannya tidak sampai 10 peratus untuk keperluan negeri dan negara. Pengerusinya,...

Pasar Awam Maharani Muar jijik

LONGGOKAN sampah yang tinggi 'membukit' mencacatkan pemandangan di Pasar Awam Maharani, Muar, Johor, semalam. MUAR 1 April - Aspek kebersihan adalah perkara penting yang dititikberatkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa mengisytiharkan bandar Muar sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja dua tahun lalu. Bagaimanapun, titah baginda itu seakan-akan tidak diambil serius apabila masalah kebersihan terutamanya sampah-sarap masih...