REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Friday, May 31, 2013

Berbuah di batang pokok

Mahadi menunjukkan pokok pisang unik yang mengeluarkan buah pada batang di rumahnya, semalam. MUAR – Seorang pesara terkejut apabila mendapati salah satu daripada pokok pisang miliknya yang ditanam di kawasan rumahnya di rumahnya di Kampung Parit Lanjut, Sungai Terap di sini, mengeluarkan buah di batang. Mahadi Johan, 71, berkata, dia hanya menyedari keganjilan itu kira-kira seminggu lalu ketika mahu membersihkan kawasan rumahnya. “Pokok pisang...

Wednesday, May 29, 2013

Maut kepala dilanggar lori

Orang ramai melihat mayat mangsa di Kilometer 11 Jalan Bukit Pasir-Muar, semalam. MUAR - Hasrat seorang wanita untuk menghadiri temuduga di bandar ini tidak kesampaian apabila terbunuh selepas terlibat dalam nahas membabitkan dua lori dengan sebuah motosikal di Kilometer 11 Jalan Bukit Pasir-Muar di sini, semalam. Mangsa ialah pembonceng motosikal dikenali Lili Zurainah Bahari, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di...

Monday, May 27, 2013

Terharu dapat pingat lagi

Zulkiflee memakaikan pingat kepada Husin di Kompleks Pekembar Pagoh, kelmarin. MUAR - Seorang veteran tentera dari Kampung Melayu, Panchor di sini, terharu apabila dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) meskipun sudah 25 tahun bersara sebagai anggota keselamatan negara. Husin Sudin, 66, salah seorang daripada 30 pesara terpilih menerima anugerah itu yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM),...

Thursday, May 23, 2013

Ibu bersama anak perempuan maut dalam kemalangan

MUAR - Seorang ibu dan anak perempuannya berusia empat tahun maut apabila kereta yang mereka naiki melanggar belakang sebuah treler di KM 134.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh, Muar semalam. Ruzymah Sharin, 39, mati di tempat kejadian manakala anak perempuannya, Nurul Filzah Amirul, 4, mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar pada 10 pagi ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintenden Shahadan Jaafar berkata, kemalangan pada pukul 9.35 malam itu turut menyebabkan suami mangsa, Amirul Rashid, 40, dan bayi perempuan mereka berusia...

Wednesday, May 22, 2013

Nenek 7 cucu ditahan dipercayai edar dadah

MUAR - Seorang nenek yang mempunyi tujuh orang cucu ditahan di rumahnya di Bakri di sini Ahad lepas kerana dipercayai mengedar 266 gram heroin.   Wanita berumur 60 tahun itu dipercayai terbabit dengan kegiatan berkenaan sejak lima bulan lalu.   Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata turut ditahan ialah anak perempuan wanita terbabit yang berumur 26 tahun dan menantunya yang berumur 27 bagi membantu siasatan.   Bagaimanapun ketiga-tiga mereka negatif dadah.   Sementara itu dalam kes lain, beliau berkata...

Tuesday, May 21, 2013

Lelaki mati ditikam 7 kali oleh sekumpulan lelaki

MUAR 21 Mei - Seorang lelaki mati selepas ditikam di leher, dada dan pinggang oleh sekumpulan lelaki tidak jauh dari rumahnya di Jalan Lama di sini semalam, dipercayai berkaitan dadah. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Koh Ser Sup, 47, yang mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah, baru sahaja keluar rumah untuk pergi membeli makanan sebelum diserang di satu persimpangan jalan. Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, selepas diserang mangsa bangun dan berjalan kira-kira 20 meter sebelum rebah di...

Polis Rampas Senapang Buatan Sendiri Daripada Pengusaha Bengkel

MUAR: Polis merampas selaras senapang angin dan empat lagi komponen senjata buatan sendiri itu hasil penahanan seorang lelaki dalam serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Sungai Kelat, Sungai Balang di sini Selasa lepas. Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Supt Shahadan Jaafar berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh cawangan narkotik kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut merampas 300 butir bebola besi dan 14 biji logam timah dipercayai untuk dijadikan peluru. "Berikutan itu polis menahan pengusaha bengkel berkenaan yang berusia...

Projek tebatan atasi banjir di Air Hitam

MUAR 20 Mei - Masalah banjir kilat yang sering melanda beberapa perkampungan di Air Hitam Batu 18, dekat sini bakal diatasi menerusi pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Kawasan Air Hitam tidak lama lagi. Penghulu mukim berkenaan, Ariffpudin Abd. Latif berkata, projek dengan kos RM7 juta itu dijangka mengambil masa selama dua tahun untuk siap sepenuhnya yang dijadual dimulakan bulan depan. Menurutnya, projek tersebut akan menaik taraf sistem perparitan melibatkan kawasan sejauh dua kilometer bermula dari Kompleks Penghulu sehingga ke sempadan Batu...

Sunday, May 19, 2013

Ibu tunggal tabah jaga 2 anak OKU

Maimunah tidak jemu melayan karenah Shafikah dan Nur Amalina. MUAR - Kasih ibu membawa ke syurga, begitulah gambaran ketabahan Maimunah Chik, 52, di atas pengorbanannya membesarkan dua anak yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU). Maimunah berkata, anak sulungnya, Shafikah, 21 dan anak bongsunya, Nur Amalina, 15, disahkan mengidap Cerebral Palsy sejak dilahirkan. Bagaimanapun, peranannya membesarkan dua anak itu teruji apabila suaminya,...

Saturday, May 18, 2013

Remaja nyaris dirogol sepupu

MUAR - Seorang pelajar sebuah sekolah di Pagoh, nyaris menjadi mangsa rogol sepupunya dalam sebuah tandas di Kompleks Penghulu Pagoh dekat sini, kelmarin. Pelajar berusia 15 tahun itu berjaya diselamatkan polis sebaik kejadian berkenaan disedari orang awam yang terdengar jeritan mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, susulan itu, polis membuat pemeriksaan dan mendapati salah satu tandas di kompleks itu dikunci dari dalam. Menurutnya, selepas mengetuk pintu beberapa kali dan dibuka, polis menemui mangsa...

Ibu tunggal rayu pemuda pulangkan anak gadis

Zainab menunjukkan gambar Nur Sufiyana. MUAR - Seorang ibu tunggal merayu pemuda yang membawa lari anak bongsunya sejak hampir dua bulan lalu, supaya segera mengembalikan anak perempuannya itu ke pangkuan keluarga. Zainab Othman, 51, dari Jalan Mahmod, Bukit Mor Parit Jawa di sini, berkata, anaknya meninggalkan rumah pada 8 April lalu, dan sehingga kini masih tidak dapat dijejaki selepas seminggu mengenali teman lelakinya itu melalui internet. Menurutnya,...

Monday, May 13, 2013

Ibu bayi perempuan dicari

Mohd Zaflen dan Asmah bersama Nur Nabiela Syahrinie. MUAR - Sepasang suami isteri dari Jalan Lama, Parit Tiram di sini, meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan wanita dipercayai ibu kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di rumahnya, kira-kira 20 bulan lalu. Asmah Aliasak, 30, berkata, wanita tersebut menghilangkan diri sebaik menyerahkan seorang bayi perempuan yang baru lahir kepada ibu mertuanya. Menurutnya, sejak...

Saturday, May 11, 2013

Sahadan terima tugas pemangku Ketua Polis Muar

Mohd Mokhtar (tengah) menyaksikan serah terima tugas di antara Mohamad Nasir dengan Sahadan di Dataran Tanjung Emas, semalam. MUAR - Ketua Polis Daerah Muar, Senior Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli dinaikkan pangkat sebagai Ketua Staff, Polis Gerakan Khas (PGK) Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) secara rasminya 13 Mei ini. Jawatan sedia ada yang disandang Mohamad Nasir sejak Julai 2007 akan dipangku Timbalannya,...

Wednesday, May 8, 2013

Tuah Kak Ton Kemas

Zaiton Ismail MUAR - Gelaran Kak Ton Kemas membawa tuah kepada Adun baru Sungai Balang apabila dipilih rakyat untuk menerajui kepimpinan di kawasan berkenaan melalui PRU13. Zaiton Ismail, 56, memperoleh 9,716 undi dengan kemenangan majoriti 1,635 undi menewaskan calon Pas, Malik Mohamad Diah yang mendapat 8,081 undi. Beliau, 56, yang pernah berkhidmat sebagai Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Muar selama 33 tahun terkejut...