REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Sunday, June 30, 2013

Lelaki hilang ditemui mati lemas

CHONG HUAT MUAR - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang dari rumahnya kelmarin, ditemui mati lemas di Sungai Muar berhampiran Jambatan Sultan Ismail, di sini, semalam. Mayat mangsa, Lim Chong Huat, 53, dari Parit Amal Laut, ditemui orang awam jam 11.30 pagi yang lengkap berpakaian tersangkut di celah batu berdekatan Jeti Muar. Adik mangsa, Lim Ah Chui, 44, berkata, abangnya sakit mental sejak berumur 18 tahun dan tidak pulang ke rumah sehingga...

Pekerja MPM cedera ditumbuk

MUAR - Seorang lelaki bertindak ganas menumbuk seorang pengawal keselamatan Majlis Perbandaran Muar (MPM) sehingga mencederakan bahagian matanya dalam satu pergaduhan di Menara Jam, dekat Laman Maharani, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, K Sundra, 56, dikatakan memarahi lelaki tersebut kerana dikatakan menceroboh masuk ke menara jam itu. Mangsa cuba menghalang lelaki itu yang dilihat naik ke tingkat...

Wednesday, June 26, 2013

Polis Tahan Lima Suspek, Rampas Bahan Hasilkan Dadah Bernilai RM1.6 Juta

MUAR: Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita serta merampas lima kilogram dadah selain bahan mentah yang boleh menghasilkan 27,000 biji pil ecstasy bernilai RM1.6 juta dalam serbuan di sebuah tokong di Jalan Sulaiman di sini Isnin. Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata kesemua mereka yang berusia antara 24 dan 44 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan kira-kira pukul 9 malam. "Setelah mendapat maklumat, sepasukan polis membuat serbuan di tokong berkenaan dan hasil pemeriksaan di tokong itu, polis menjumpai peralatan memproses...

Cubaan warga emas terjun tangki air gagal

Lelaki terbabit sedang dipujuk daripada terjun dari tangki air berkenaan, semalam. MUAR - Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari menara tangki air setinggi kira-kira 20 meter di hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, berjaya digagalkan apabila dia sempat diselamatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Muar, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tindakan lelaki terbabit disedari pengawal keselamatan yang sedang bertugas...

Tuesday, June 25, 2013

Tertidur selepas terbabas

Azman (kiri) menunjukkan Proton Waja yang dinaiki suspek yang terbabas di Kilometer 138.5 Lebuh raya Utara Selatan arah utara, Sabtu lalu. MUAR – Seorang lelaki ditahan ketika sedang tidur dalam kereta Proton Waja yang dinaikinya selepas kenderaan terbabit terbabas merempuh pengadang jalan di Kilometer 138.5, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Pagoh, dekat sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob...

Bom ‘air drop’ ditemui

Bom lama Perang Dunia Kedua ditemui di sebuah ladang nanas. MUAR – Sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia Kedua ditemui di ladang nanas di Batu 13 Air Hitam, dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, bom itu dipercayai masih aktif dan ditemui oleh orang awam ketika sedang membersihkan kebun di kawasan berhampiran. Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya menghubungi polis dan memaklumkan penemuan...

Monday, June 24, 2013

Penduduk Muar bimbang, cemas

Sebahagian orang ramai memakai penutup mulut dan hidung ketika keluar membeli barang keperluan di pasar tani dalam keadaan berjerebu teruk di Muar, semalam. MUAR 23 Jun - Lebih 300,000 penduduk di daerah ini melahirkan kebimbangan dan mula cemas dengan perkembangan jerebu sehingga kawasan itu diisytiharkan darurat jerebu hari ini. Mereka risau keadaan berkenaan akan berterusan, sekali gus merencatkan rutin harian dan menjejaskan sumber pendapatan...

Muar, Ledang darurat

KEADAAN jerubu teruk yang menyelubungi bandar dan daerah Muar semalam memaksa pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di daerah itu.  KEADAAN di Muar pada waktu pagi, semalam. Gambar myMetro SEORANG remaja perempuan memakai penutup mulut sebagai langkah mengelakkan masalah kesihatan berkaitan jerebu, di Muar. Indeks Pencemaran Udara di daerah ini menunjukkan kenaikkan sehingga bacaan melepasi tahap berbahaya. FOTO Aizuddin Saad Kuala...

Sunday, June 23, 2013

Bandar Muar hampir lenyap diselubungi jerebu

MUAR: Bandar Muar seolah-olah lenyap diselubungi jerebu, selain jarak penglihatan kurang 1 kilometer dengan bau asap kuat berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi setakat jam 7 pagi tadi. Bacaan IPU di daerah itu dicatatkan pada 746 mengikut rekod laman sesawang Jabatan Alam Sekitar. Keadaan itu menyebabkan penduduk tidak keluar dari rumah masing-masing atas faktor kesihatan. Berdasarkan pengkelasan ditetapkan, IPU antara 0-50 dikategorikan...

Saturday, June 22, 2013

Polis Johor tidak akan layan pihak perlekehkan anggota

MUAR 21 Jun - Polis Johor tidak akan tunduk atau melayan usaha pihak tertentu yang mencela dan memperlekehkan peranan pasukan itu sebaliknya terus memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, pihak tidak bertanggungjawab berkenaan cuba mengeksploitasi dan memanipulasi sesuatu isu untuk menanam kebencian supaya masyarakat memandang negatif terhadap pasukan PDRM. "Sejak akhir-akhir ini kita dihina dan dicela tetapi ini tidak melemahkan semangat kita seolah mereka lupa peranan polis yang...

Thursday, June 20, 2013

Jerebu: Keadaan di Muar makin parah

PENUNGGANG motosikal dan kenderaan melalui jambatan Sultan Ibrahim dengan berlatarbelakang jerubu yang meliputi Bandar Muar pada awal pagi berhampiran menara jam di Padang Nyiru, Daerah Muar mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap yang berbahaya awal pagi semalam seperti dalam laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar. - Foto Shahrul M.Zain / BHarian DUA orang remaja duduk berehat selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah...

Mantapkan perkhidmatan MPM

RAMLEE Abd. Rahman (kanan) dan Zulkiflee Abbas bertukar dokumen serah tugas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar (MPM) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-12 di Muar, Johor, semalam. MUAR 19 Jun - Majlis Perbandaran Muar (MPM) kini dalam proses menstruktur semula organisasinya dengan penambahan jawatan baharu dan kenaikan pangkat di beberapa jabatan bagi meningkatkan lagi tahap perkhidmatannya. Yang Dipertua...

Wednesday, June 19, 2013

Geng curi kereta, pecah rumah tumpas

AZMAN Ayob (tengah) menunjukkan pelbagai barangan yang dirampas daripada kumpulan curi kereta dan pecah rumah di Muar, Johor, semalam. - utusan/Ishak Rahmad MUAR 18 Jun - Polis melumpuhkan satu kumpulan curi kereta dan pecah rumah dengan penahanan lima anggotanya bersama pelbagai barangan, dua buah kereta dan dadah bernilai lebih RM100,000 dalam dua serbuan di sini semalam. Mereka yang ditahan berasal dari Muar dan berusia antara 18 hingga 30-an...

Sunday, June 16, 2013

Elak pertindihan tugas

Muar: Pelantikan ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan perlu dikaji semula supaya menepati aspirasi penubuhannya dan mengelak pertindihan tugas hingga menyebabkan ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya dalam membantu masyarakat. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim, berkata ahli panel berkenaan kebiasaannya adalah pemimpin masyarakat dan golongan profesional yang kadangkala mempunyai pelbagai jawatan lain hingga menyukarkan mereka memberi perhatian penuh kepada program terbabit. Katanya, bagi mengelakkan pertindihan...

Razali ikrar utamakan pengundi Parlimen Muar

MUAR - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berikrar untuk mengutamakan pengundi kawasan Parlimen Muar walaupun sibuk membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Razali berkata antara tugas utamanya kini adalah mengemudi Biro Tatanegara dan membantu menjaga Felda memandangkan terdapat 56 kawasan Parlimen di seluruh negara mempunyai rancangan penempatan itu. "Keutamaan saya ialah Parlimen Muar yang saya wakili supaya kawasan ini tidak tercicir dari arus pembangunan....

IPU Muar tahap tidak sihat

Pandangan masjid kedua Muar diselubungi kabus jerebu sejak empat hari lalu. MUAR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) daerah ini berada pada tahap tidak sihat di seluruh negara dengan bacaan 127 sejak masalah jerebu melanda Muar, empat hari lalu. Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar sehingga jam 11 pagi semalam, menunjukkan daerah ini mencatatkan IPU tertinggi diikuti Pasir Gudang (103), Kota Tinggi (95) dan Larkin lama (92) bagi tempoh sama. IPU...

Friday, June 14, 2013

Azman Ayob OCPD Muar yang baharu

MUAR 14 Jun - Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Selangor, Asisten Komisioner Azman Ayob dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Muar yang baru berkuat kuasa hari ini. Beliau dilantik bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Staf Pasukan Gerakan Khas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada 9 Mei lalu. Majlis serah terima tugas antara Azman dan pemangku Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini dan turut disaksikan...

Polis rampas syabu bernilai RM250,000

MUAR - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas satu kilogram dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM250,000 dalam satu operasi di Pangkalan Nelayan Parit Jawa, di sini awal hari ini.   Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam operasi 12.15 pagi itu polis turut merampas wang tunai RM5,000 daripada lelaki tempatan berusia 56 tahun berkenaan.   Polis sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan dadah dan untuk di pasarkan di mana, katanya menambah bekalan dadah itu dapat menampung 5,000 penagih.  ...

Laksana amanat isteri

Harun bersama anak sulungnya, Zamsiatul Zeema menunjukkan replika cek pampasan insuran yang diterima. MUAR – “Arwah pesan, andai berlaku apa-apa ke atas dirinya meminta saya supaya menguruskan tuntutan insuransnya. "Sejak itu, saya baru tahu arwah ada mengambil insurans melalui potongan gaji bulanan,” kata Harun Ahmad, 58, yang merupakan suami kepada Normah Razali, 46. Normah merupakan tukang cuci di Syarikat Sinar Jernih meninggal dunia akibat...

Thursday, June 13, 2013

Ibu cemas bayi diculik 5 jam

BAYI lelaki yang hilang lima jam dijumpai seorang peniaga wanita di sebuah tandas di medan selera di Yong Peng, Batu Pahat kelmarin. MUAR - Seorang wanita tidak menyangka kedatangan seorang lelaki yang kononnya mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya mengundang peristiwa cemas selama lima jam apabila lelaki itu bertindak melarikan bayinya yang berusia setahun. Sebelum kejadian pukul 10 pagi kelmarin itu, seorang lelaki datang dengan menaiki...

Wednesday, June 12, 2013

Asrama pekerja asing musnah

Bomba berusaha memadamkan keseluruhan kebakaran yang memusnahkan satu blok asrama pekerja asing di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Sungai Terap, semalam. MUAR - Sebuah blok asrama yang menempatkan lebih 100 pekerja kilang perabot warga asing musnah dalam kejadian kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir di Sungai Terap, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi itu, hampir semua penghuni di blok tiada di asrama kerana...

Tuesday, June 11, 2013

Nelayan selamat, sepupu hilang bot karam dilanggar kapal

Munir dipeluk kakaknya sebaik tiba di Jeti Parit Jawa, Muar, semalam. Muar: Seorang nelayan terselamat manakala sepupunya dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki karam akibat dirempuh kapal di Selat Melaka, 12 batu nautika di luar perairan Parit Jawa di sini, semalam. Munir Sirun, bersama sepupunya dikenali sebagai Bujang, yang masih hilang, keluar menangkap ikan dalam kejadian jam 3 pagi itu. Majikan mereka, Zulferi Hamidun, berkata Munir dan...

Saturday, June 8, 2013

Ambulans bawa pesakit terbalik

AMBULANS yang terbalik selepas pelanggaran di persimpanan Jalan Bakri. Muar: Seorang pesakit jantung nyaris maut apabila ambulans yang dalam perjalanan membawanya ke sebuah hospital swasta di Melaka terbalik selepas dilanggar sebuah kereta di jalan pintas berhampiran persimpangan empat Jalan Bakri, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.45 pagi, ambulans itu dipercayai dalam perjalanan dari Batu Pahat untuk menghantar mangsa berusia 50-an ke...

Friday, June 7, 2013

Penjual tiket feri mati ditembak

Pegawai penyiasat melakukan pemeriksaan ke atas mayat Chai Heng yang ditembak dari jarak dekat menggunakan pistol. Muka penuh darah, kelongsong peluru tepi mayat MUAR - Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditembak dari jarak dekat pada bahagian mukanya di sebuah taman permainan kanak-kanak di Taman Seri Temiang, Jalan Salleh, dekat sini, malam kelmarin. Mangsa, Tee Chai Heng, 51, yang juga penjual tiket feri ditemui jirannya kira-kira jam...

Jururawat rugi RM1,700

MUAR - Seorang jururawat sebuah hospital di daerah ini rugi RM1,700 selepas terpedaya dengan iklan jualan murah telefon bimbit jenis Iphone 5 dalam sebuah laman web di internet, Khamis lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran harga telefon itu yang jauh lebih murah berbanding harga asal, tanpa berfikir panjang telah memasukkan wang ke dalam akaun bank atas nama seorang lelaki. “Sebelum memasukkan wang itu, mangsa berusia 24 tahun ada menghubungi suspek dan dimaklumkan akan...