REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, July 31, 2013

10 pelancong Singapura nyaris maut, bas terbalik

Keadaan bas yang terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di KM145.7 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Pagoh di sini. Gambar NST PAGOH - Hasrat 10 pelancong Singapura untuk bercuti di Pulau Pinang tidak kesampaian apabila bas mewah yang dinaiki terbalik dan terseret di kilometer 145.7, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan dekat sini, awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 2 pagi yang hanya 500 meter dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh...

Pencuri amatur ditahan tertidur selepas pecah rumah

MUAR 31 Julai - Tiga sekawan, dua remaja masing-masing berusia 16 tahun dan seorang kanak-kanak 12 tahun, tertidur sejurus memecah masuk rumah jirannya selepas waktu sahur di pekan Parit Jawa di sini Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, gelagat 'pencuri amatur' itu disedari anak pemilik rumah tersebut selepas menerima panggilan daripada jirannya sebelum menangkap mereka kira-kira pukul 8 pagi. "Ketika ditangkap, mereka sedang nyenyak tidur dalam sebuah bilik. Apabila disergah lelaki berusia 30-an itu, kesemua...

Lelaki gila seks ditahan

AZMAN Ayob (dua dari kanan) menunjukkan telefon bimbit mengandungi gambar dan video klip lucah milik suspek gila seks, pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, Johor, semalam. MUAR 30 Julai - Seorang lelaki gila seks ditahan bukan sahaja kerana menyamun seorang suri rumah, malah memaksa wanita itu melakukan seks oral di rumah mangsa di Pagoh pada 16 Julai lalu. Suspek berusia 28 tahun ditahan dalam serbuan pukul 10.40 malam di sebuah...

Tuesday, July 30, 2013

Tenggiling RM45,000 dirampas

Nordin (dua, kanan) menunjukkan tenggiling yang dirampas daripada sebuah sampan yang rosak di tebing Sungai Sabak Awor, semalam MUAR - Pasukan Polis Gerakan Marin Wilayah 2 Muar, mematahkan cubaan menyeludup 15 tenggiling dianggarkan bernilai RM45,000 di tebing Sungai Sabak Awor,  di sini, semalam. Pegawai Pemerintahnya, Asisten Superintendan Nordin Osman berkata, tangkapan kira-kira jam 8 pagi itu, hasil daripada maklumat awam selepas...

Monday, July 29, 2013

Tiada tanah halang niat mohon bantuan rumah

Ali@Krisnan (kiri) bersama anaknya, Bibah di rumah sewa mereka di Jalan Sungai Abong di sini. Suhaila memerhatikan penduduk kampung membaiki kerosakan pada rumah pusaka dihuninya di Parit Amat, Jalan Abd Rahman. MUAR – Hasrat seorang warga emas untuk memiliki rumah idaman terhalang berikutan tidak mempunyai tanah sendiri meskipun kediaman sudah diperoleh melalui permohonan bantuan kerajaan. Ali@Krishnan Abdullah, 72, berkata, perkara itu...

Sunday, July 28, 2013

Bayi 13 bulan tersepit mesin pengadun kuih

Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan bayi tersebut Maznah cuba memujuk anaknya yang menangis kesakitan MUAR – Seorang bayi berumur 13 bulan terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila tangan kirinya tersepit di mesin pengadun ketika mengikut ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, semalam. Berikutan kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli bengkak tangan kiri serta berdarah...

Friday, July 26, 2013

Mayat reput berselimut ditemui

MUAR – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di Kampung Baru Lenga dekat sini, sejak beberapa hari lalu terungkai susulan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat dan hampir reput, kelmarin. Mayat Gan Hock Ang, 34, ditemui dalam keadaan terbaring yang lengkap berpakaian serta berselimut di atas katil disalah sebuah bilik rumah berkenaan, kira-kira jam 9 malam. Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Gan, 40an, berkata, adiknya tinggal bersendirian di rumah itu setelah berpindah dari Kuala Lumpur selepas perayaan Tahun Baru...

Friday, July 19, 2013

Bukan dipinggirkan anak

Gan Jackson menyampaikan bantuan kepada Rahmah pada program U Care, semalam. MUAR - “Saya tinggal sendirian bukan kerana dipinggirkan anak, ia pilihan sendiri kerana tak mahu susahkan mereka,” demikian pengakuan Rahmah Yacob, 91. Rahmah yang tinggal di 131A, Jalan Sungai Abong di sini, menerima bantuan wang tunai RM500 menerusi program U Care dari-  pada Kedai Kasut You Sdn Bhd dengan kerjasama Sinar Harian, semalam. Warga emas itu berkata,...

Monday, July 15, 2013

Marin rampas mercun, bunga api bernilai RM15,000

MUAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 26 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM15,000 dalam serbuan di sebuah rumah kosong di Jalan Sungai Balang di sini hari ini.   Pegawai Pemerintah PPM Wilayah Dua Muar ASP Nordin Osman berkata serbuan dilakukan pada pukul 8 pagi berdasarkan maklumat orang ramai mengenai pengedaran barangan larangan terbabit.   Beliau berkata PPM bertindak memecah masuk rumah itu apabila mendapati tiada sesiapa di dalam premis itu selepas menunggu beberapa jam.   "Hasil pemeriksaan...

Thursday, July 11, 2013

Bekalan isi durian mencukupi

Faridulatrash (tiga, kiri) turut mencuba penyediaan makanan berasaskan durian yang diketuai oleh Chef Razak (empat, kiri) ketika Kursus Makanan Berasaskan Produk Durian anjuran Fama Daerah Muar di Pusat Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh dekat sini, kelmarin. MUAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mempunyai bekalan isi durian mencukupi bagi menampung permintaan yang tinggi terhadap buah itu selepas  mengalami proses evolusi pada...

Laman sesawang HPSF digodam

Laman sesawang HPSF yang digodam oleh pihak tertentu. MUAR - Laman sesawang Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, dipercayai digodam pihak tertentu menyebabkan ia tidak dapat diakses oleh orang ramai sejak beberapa hari lalu. Laman sesawang http://hpsf.moh.gov.my tidak dapat dibuka selain memaparkan kenyataan ‘Controlled by Dr. Death’ selain mesej berbentuk isu pembunuhan di Myanmar. Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Saifullah,...

Wednesday, July 10, 2013

Gadis lalok geng pecah rumah

Azman menunjukkan barang rampasan selepas menahan lima suspek di sebuah rumah di Jalan Salleh di sini, kelmarin. Gambar kecil: Antara peralatan yang digunakan suspek untuk melakukan jenayah. MUAR  - Seorang remaja perempuan antara lima ahli kumpulan pecah rumah yang ditahan melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM70,600 dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Salleh, di sini, kelmarin. Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata,...

Friday, July 5, 2013

Harga ayam tidak seragam

Ismail yang menjual ayam di kedainya di Pasar Awam Maharani. Rosnah terpaksa menjual ayam RM8.70 selepas pembekal menaikkan harga sejak tiga hari lalu. MUAR - Harga ayam tidak seragam yang dijual di beberapa kedai dan pasar di daerah ini mencetuskan kekeliruan serta rungutan dalam kalangan pembeli. Tinjauan ke Pasar Awam Maharani mendapati, ayam proses bersih dijual pada harga RM8.20 sekilogram, manakala peniaga di kawasan kampung pula menjual...

Sorok susu dalam seluar

Wee Siang menunjukkan hasil rakaman CCTV wanita berjubah yang beberapa kali keluar masuk ke kedainya dalam keadaan mencurigakan. MUAR - Sindiket mencuri susu kanak-kanak berjenama secara berkumpulan kembali aktif di sekitar Muar apabila menjadikan sebuah pasar raya dekat sini, sebagai sasaran. Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam minggu lalu, tujuh lelaki dan lima wanita dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) mencuri di pasar raya...

Tuesday, July 2, 2013

Ambulans terlibat kemalangan selepas hantar pulang pesakit

SEBUAH ambulans Hospital Tangkak terlibat kemalangan dengan tiga kereta di Jalan Salleh, Muar, semalam. MUAR 1 Julai - Sebuah ambulans dari Hospital Tangkak yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini terbabit dalam kemalangan di Jalan Salleh awal pagi ini. Bagaimanapun, pemandu dan dua jururawat di dalam ambulans itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian kira-kira...