REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Wednesday, August 28, 2013

Cari besi, jumpa bom lama

Bom lama dipercayai jenis mortar ditemui di tebing Sungai Muar, berdekatan Kampung Simpang Baba, kelmarin. MUAR - Seorang lelaki terkejut menemui sebutir bom lama dipercayai jenis mortar di tebing Sungai Muar, berdekatan Kampung Simpang Baba, di sini, kelmarin. Hamran Said, 46, menemui bom yang masih aktif itu ketika bersendirian mencari barangan terbuang di kawasan berkenaan untuk dijual, kira-kira jam 9 pagi. “Apabila tak jumpa barangan terbuang...

Rempuhan korban 5 nyawa

LIMA sekeluarga yang maut dalam kemalangan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Parit Amat, Muar, semalam. Gambar myMetro KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas. Gambar myMetro TIGA mangsa yang maut di tempat kejadian. Gambar myMetro LEDANG - Lima sekeluarga maut manakala tiga beradik lagi cedera parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza yang mereka naiki melanggar...

Sunday, August 25, 2013

Diganggu monyet tanpa kira waktu

Sekumpulan monyet menyelongkar tong sampah yang dipenuhi sampah sarap. MUAR - Kira-kira 30 penduduk di Lorong Haji Othman, Jalan Junid, dekat sini, bimbang berikutan ancaman monyet liar yang sering berkeliaran di kawasan berkenaan. Penduduk mendakwa gangguan tersebut telah berlarutan lebih 50 tahun lalu dan keadaan itu semakin serius kebelakangan ini apabila kumpulan haiwan itu menyerang tanpa mengira waktu. Penduduk, Abd Rahman Osman, 69,...

Friday, August 23, 2013

Penoreh getah kena gantung

MUAR - Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penoreh getah atas pertuduhan mengedar dadah, tiga tahun lalu. Omar Parjan, 55, didapati bersalah mengedar 19.39 gram (gm) dadah yang mengandungi campuran 13.5gm heroin dan 5.8gm monocetylmorphines. Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Sri Machap, Simpang Renggam, Kluang, kira-kira jam 12.30 malam, 5 November 2010. Dia disabitkan kesalahan di bawah Sekyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B...

Sunday, August 18, 2013

Pasar raya rugi RM1 juta

MUAR - Sebuah pasar raya di Pagoh mengalami kerugian hampir RM1 juta dalam kejadian kebakaran di sini, semalam. Kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu memusnahkan hampir keseluruhan bangunan pasar raya  yang sudah beroperasi selama 10 tahun  termasuk lima stor yang mana tiga daripadanya dipenuhi barang-barang. Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ismail Mahmod berkata, seramai 20 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba Muar dan Bukit Gambir dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima aduan kecemasan. “Kita...

Pecah masuk rumah ibu

Azman (tiga, kanan) menunjukkan peralatan yang ditemui selepas menahan lelaki berusia 30an bersama rakannya yang memecah masuk rumah ibunya. MUAR - Misteri kehilangan pelbagai peralatan termasuklah perkakasan elektrik milik seorang wanita di rumahnya terjawab apabila anaknya ditahan polis, kelmarin. Suspek yang dipercayai bersubahat dengan seorang rakannya diberkas polis di rumah rakannya itu yang terletak berhampiran dengan kediaman wanita...

Saturday, August 17, 2013

Ditahan selepas pecah rumah

Antara barangan yang dirampas di rumah suspek di Alai, Melaka. Kereta yang digunakan suspek ketika melakukan pecah rumah di Taman Mawar, Jalan Abdul Rahman di sini, Rabu lalu. MUAR – Dua lelaki ditahan kerana terbabit dalam kejadian pecah rumah di Taman Mawar, Jalan Abdul Rahman, di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, salah seorang suspek berusia 46 tahun didapati memiliki 10 rekod lampau sejak tahun...

Penjenayah tidur kepenatan

Azman menunjukkan senjata yang ditemui selepas menahan seorang lelaki yang melakukan pecah masuk sebuah tempat simpanan barang SRS di Parit Amat Darat, Parit Jawa. MUAR – Seorang penjenayah diberkas ketika tertidur dalam kereta selepas pecah masuk sebuah tempat simpanan barang Skim Rondaan Sukarela (SRS) di Parit Amat Darat, Parit Jawa, dekat sini pada Rabu lalu. Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, suspek ditahan sekitar...

Friday, August 2, 2013

80 tahun guna air hujan

Mariamah (kanan) menunjukkan tadahan air hujan dalam pembetung yang digunakannya. MUAR – Seorang warga emas hidup dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan asas yang sempurna dengan bergantung sepenuhnya kepada tadahan air hujan. Mariamah Saimin, 80, dari Kampung Parit Mislam, Seri Menanti dekat sini, mengakui sudah biasa menggunakan air hujan sejak dilahirkan hingga membuatkannya tidak berminat untuk beralih kepada penggunaan air paip...