REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Monday, September 30, 2013

Kem PLKN bukan tempat cari musuh

Ismail (kiri) mengetuai pertandingan tarik tali pada program Khidmat Komuniti PLKN di Dewan GDW Felcra Bukit Kepong, semalam. MUAR - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dinasihatkan supaya  tidak menjadikan pusat latihan itu sebagai tempat mencari musuh sebaliknya platform menimba ilmu pengetahuan dan meluaskan hubungan persahabatan. Adun Bukit Serampang, Ismail Mohamad berkata, insiden kematian seorang pelatih lelaki di sebuah...

Saturday, September 28, 2013

50 pelajar MRSM Muar histeria

MRSM Muar di Bakri, Muar, Johor. - Foto NST MUAR 28 Sept. - Kira-kira 50 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar di Batu 6, Bakri di sini, diserang histeria sejak Rabu lalu sehingga memaksa pengurusan sekolah membenarkan pelajarnya pulang ke rumah sejak pagi semalam. Kejadian berlaku bukan sahaja semasa berada di asrama pada waktu malam tetapi juga di dalam kelas di waktu pagi dan tengah hari. Tinjauan Mingguan Malaysia di sekolah...

Friday, September 27, 2013

PBTM bina 350 rumah

MUAR 26 Sept. - Sebuah perkampungan bekas tentera akan diwujudkan di Batu 11, Pagoh dekat sini bagi menyediakan kediaman kepada 350 golongan berkenaan yang masih belum mempunyai rumah sendiri. Ketua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Muar, Shamsudin Rais (gambar) berkata, cadangan itu dipersetujui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh bagi membantu pesara yang tidak berpencen di daerah...

Saturday, September 21, 2013

Wanita maut rempuh belakang lori

Man Yee JASIN - Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuh AMJ, Sungai Rambai-Parit Putat, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 1.40 pagi, Lee Man Yee, 27, dari Taman Mawar Muar, Johor dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari bandar Melaka. Menurut sumber, ketika kejadian mangsa dipercayai merempuh belakang lori yang sedang bergerak di susur keluar kawasan Rehat dan Rawat (R&R)...

Asrama warga Nepal terbakar, 200 tinggal sehelai sepinggang

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran di asrama Perindustrian Parit Jamil, Parit Jawa, petang kelmarin. MUAR - Lebih 200 pekerja asing warga Nepal yang menghuni asrama Perindustrian Parit Jamil, Parit Jawa, dekat sini, kehilangan tempat tinggal apabila asrama berkenaan musnah  dalam kebakaran, petang kelmarin. Kejadian pukul 5.30 petang itu, dipercayai berpunca daripada litar pintas menyebabkan  asrama dua tingkat...

Tuesday, September 17, 2013

Pasangan kekasih maut digilis treler

PIHAK polis mengangkat bungkusan berisi cebisan mayat selepas kejadian kemalangan ngeri yang meragut nyawa sepasang kekasih di Kampung Parit Buah Keras 2, Jalan Temenggong Ahmad, Muar malam tadi. - UTUSAN/ISHAK RAHMAD ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa. - Foto myMetro TRELER yang terbabit dalam kejadian. - Foto myMetro MUAR 17 Sept. - Hajat sepasang kekasih bertunang pada hujung tahun ini tidak kesampaian selepas kedua-duanya...

Sunday, September 15, 2013

Hajat dimakbul, 7 tahun tunggu giliran tunai haji

MOHD HAIRI MUAR - Penantian seorang warga emas selama tujuh tahun menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji berakhir apabila dia terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini. Mohd Hairi Md Kasan, 72, gembira sehingga menitiskan air mata ketika mendapat berita bakal menjadi tetamu ALLAH, setelah beberapa kali berusaha membuat rayuan di Pejabat Tabung Haji. “Wang simpanan sudah cukup sejak tujuh tahun lalu tetapi mungkin kerana  daftar...

Friday, September 13, 2013

Meninggal lepas berasmara

Muar: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di sini, semalam. Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi. Sumber memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan...

Thursday, September 12, 2013

Tong gas meletup, 4 melecur disambar api

Sebanyak 15 tong gas meletup dipercayai disambar percikan api ketika kerja-kerja pemindahan gas dilakukan. Mangsa yang tercedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke HPSF. MUAR – Empat pekerja warga Myanmar melecur pada bahagian anggota badan akibat disambar api selepas tong gas di tempat mereka bekerja meletup secara tiba-tiba dalam kejadian di sebuah kilang di Parit Bakar Darat di sini, malam kelmarin. Kejadian kira-kira jam 8.52...

Sunday, September 8, 2013

9 rumah musnah terbakar di Muar

MUAR - Kira-kira 50 penduduk di Lorong Serkam 1, Jalan Dato' Hj Hassan, dekat sini, hilang tempat tinggal selepas sembilan rumah didiami mereka musnah dalam kebakaran, petang semalam. Kejadian jam 2 petang itu membabitkan sederet 10 rumah teres dua tingkat di lorong berkenaan, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. Saksi kejadian, Goh Chia Yuen, 21, berkata, kejadian itu disedarinya selepas terdengar bunyi letupan seakan mercun sebelum melihat api membakar sebuah rumah terlibat. “Saya bersama penduduk cuba padam api dengan alat pemadam...

Saturday, September 7, 2013

Gadis sunti pecah rumah dicekup

AZMAN (dua dari kiri) dan pegawainya menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada tiga individu pada sidang akhbar di Muar, Johor semalam. MUAR – Tindakan pantas polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan mengenai cubaan memecah masuk rumah dapat membongkar kegiatan jahat yang dilakukan oleh tiga individu termasuk seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) dan pelajar perempuan berusia 16 tahun. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten...

Friday, September 6, 2013

Generasi terakhir si penarik beca

Jaafar setia menanti pelanggannya di Pasar Awam Maharani, di sini. MUAR – Keupayaan seorang warga emas mencari punca rezeki sebagai penarik beca pada usia senja amat mengagumkan, meskipun pernah melalui liku kehidupan mencabar akibat terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya lima tahun lalu. Kelibat Jaafar Abu, 72, dari Lorong Mat Tab Abu, Jalan Sungai Abong, bukanlah asing terutamanya kepada pengunjung di sekitar Pasar Awam Maharani...