REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Thursday, October 31, 2013

Pemilik bengkel ditahan miliki 3 senapang, dadah

MUAR 31 Okt. - Seorang pemilik bengkel motosikal ditahan kerana memiliki senapang menyerupai M14, dua senapang buatan sendiri dan dadah jenis syabu dalam satu serbuan di bengkelnya di Jalan Haji Ahmad, Bakri, di sini kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu, suspek yang berusia 33 tahun itu sedang tidur. "Kita menemukan dadah jenis syabu seberat 0.6 gram yang dipercayai milik suspek. Turut dijumpai sebuah komputer riba jenama Acer, lapan blok enjin motosikal serta...

Perarakan bot berhias di Muar bulan depan

JOHOR BAHRU - Perarakan bot berhias akan dianjurkan di Sungai Muar pada 24 November ini sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata perarakan bot berhias itu yang merupakan kali kedua diadakan kini merupakan antara acara utama pelancongan di Johor.   "Muar dipilih kerana daerah itu merupakan Bandar Diraja dan kini mempunyai potensi pelancongan yang menarik.   "Proses...

Tuesday, October 29, 2013

Minoriti orang Bugis ada di Muar

Membasuh kaki atau ‘ mattaluttuk’ adalah acara wajib persandingan pengantin masyarakat Bugis. Kampung Parit Bugis dibuka oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau, Indonesia iaitu Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar pada 1904. RAMAI tidak mengetahui, daerah Muar yang begitu sinonim dengan komuniti Jawa sebenarnya mempunyai kumpulan kecil  komuniti Bugis yang menetap di dua perkampungan daerah ini iaitu di Kampung Parit Bugis dan Kampung Sungai...

Panggil abah, mak sebelum rentung

Hafizi ketika menyambut ulangtahun kelahiran ke-40 pada Mac lalu. MUAR - Seorang lelaki lembam ditemui rentung dipercayai gagal dalam cubaan menyelamatkan diri selepas terperangkap dalam kebakaran rumah keluarganya di Lorong Ahmad, Kampung Parit Naib Kadir, Bukit Pasir, dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, Hafizi Ahmad, 40, tinggal bersendirian di rumah berkenaan sementara kedua ibu bapanya bermalam di rumah...

Saturday, October 26, 2013

Lima wanita Vietnam ditahan kerana melacur

MUAR 26 Okt. - Lima wanita warga Vietnam antara lapan ditahan dalam Ops Noda yang dijalankan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sebuah pusat hiburan di Jalan Perdagangan Kenanga di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Sahadan Jaafar berkata, serbuan pukul 12.45 tengah malam itu hasil maklumat berkaitan kegiatan pelacuran oleh warga asing terbabit yang didalangi seorang ibu ayam rakyat tempatan berusia 37 tahun. Menurut beliau, lima wanita itu menggunakan pas...

Friday, October 25, 2013

Suami ugut gantung diri

MUAR - Seorang pengawal keselamatan mengambil tindakan di luar kawalan apabila mengugut untuk menggantung diri pada bumbung rumah dalam kejadian di sini, kelmarin. Lelaki berusia 59 tahun itu, bertindak sedemikian dipercayai kerana ingin menutup kesalahannya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit bersama wanita lain. Bagaimanapun, tindakan lelaki itu gagal apabila polis berjaya menyelamatkannya  selepas usaha memujuk oleh isterinya tidak membuahkan hasil. Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, kejadian sekitar...

Wednesday, October 23, 2013

Dua pelajar cuba curi motosikal dicekup

MUAR – Dua pelajar yang dipercayai pertama kali melakukan kegiatan mencuri motosikal akhirnya memakan diri sendiri apabila ditangkap di sebuah rumah di Bukit Pasir dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, tangkapan pada jam 1.30 pagi itu dilakukan olah anggota Balai Polis Bukit Pasir, selepas menerima aduan daripada mangsa yang menyedari perbuatan dilakukan suspek. Menurutnya, remaja lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan ketika mahu menghidupkan enjin sebuah motosikal di luar perkarangan rumah mangsa,...

Tuesday, October 22, 2013

Perkeso bayar RM4.7 juta tuntutan faedah di Muar

MUAR 21 Okt. - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Cawangan Muar melunaskan bayaran tuntutan faedah kira-kira RM4.7 juta kepada waris dan ahli keluarga pencarum sejak Januari hingga Ogos lalu. Pengurusnya, Nur Muhammad Bakhtir Mohd. Akhir berkata, bayaran itu melibatkan faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan Hilang Upaya Kekal (HUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Pencen Ilat (ILT), Pencen Penakat (PKT) serta Faedah Pengurusan Mayat (FPM). "Bagi faedah HUS iaitu mereka yang cuti sakit, bayaran yang sudah dibuat ialah RM1,730,097 kepada pekerja...

Sunday, October 20, 2013

2 wanita, dua budak ditahan kerana dadah

MUAR - Dua kanak-kanak lelaki bawah umur antara yang ditahan membabitkan rampasan dadah jenis heroin seberat 37.16 gram dalam sekatan jalan raya di Jalan Haji Jaib dekat Bakri, Khamis lalu. Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, tangkapan jam 8.10 malam itu turut menahan dua wanita berusia 30an yang merupakan ibu saudara kepada kedua-dua  kanak-kanak berkenaan. “Kereta Proton Saga Iswara itu ditahan apabila didapati mencurigakan dan hasil pemeriksaan menjumpai bahan terlarang tersebut disembunyikan di bawah tempat...

Gaya mewah penjual buah terbongkar

MUAR - Gaya mewah dua lelaki menaiki kereta BMW dalam keadaan mencurigakan akhirnya membawa kepada pembongkaran kegiatan pengedaran dadah dilakukan mereka. Kesemua mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di laluan pintasan jambatan kedua Muar, 12 Oktober lalu. Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, penahanan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan sekumpulan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ketika Operasi Tapis secara berkala bermula 12 Oktober hingga 18 Oktober lalu. “Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut...

Friday, October 18, 2013

Ayah, anak maut MPV bertembung lori tanker

KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa remuk. CHUKAI: Dua sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi Triton dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tanker tanpa muatan dalam kejadian di Kilometer 150.8 Jalan Jerangau-Jabor, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemandu Mohd Latip Abu Bakar, 37, dan anaknya Muhammad Rayyan, 4, meninggal dunia di tempat kejadian akibat...

Thursday, October 17, 2013

Naik taraf pejabat JPAM Muar

MUAR – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Johor merancang untuk menaik taraf pejabat pentadbiran dan bilik operasi di daerah ini sebaik sahaja peruntukan daripada kerajaan pusat diluluskan. Pengarahnya, Kolonel (PA) Ghazali Abd Rahman berkata, jumlah sebenar peruntukan itu masih belum dapat diketahui, namun kos baik pulih dijangka mencecah jutaan ringgit berikutan struktur bangunan terbabit yang uzur. Menurutnya, bangunan asal merupakan kuarters kakitangan kerajaan di bawah kendalian Pejabat Daerah Muar yang berusia lebih 30 tahun dan kini...

Anggota polis maut selepas pulang beraya

KEADAAN dua kereta dan mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam, Muar, Johor, malam kelmarin. MUAR 16 Okt. - Seorang anggota polis terbunuh dalam kemalangan di Batu 12, Jalan Bakri-Air Hitam dekat sini ketika dalam perjalanan pulang ke tempat kursus selepas menyambut Aidiladha di kampungnya di Batu Pahat malam tadi. Dalam insiden kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Konstabel Mohd. Ishak Morhasham, 26, dari...

Saturday, October 12, 2013

Kecoh kerana parkir

MUAR: Akibat memohon pertimbangan untuk meletakkan kenderaan di perkarangan hotel Muar Traders semasa Persidangan Perwakilan Pergerakan UMNO, Timbalan Ketua Cawangan Seri Muar, Mohd Shahkir Ismail dimarahi oleh seorang kakitangan hotel Muar Traders dengan kata makian yang memalukan. Kakitangan yang dipercayai Pengurus Hotel berkenaan, Abdul Hakim Shaari, dikatakan bertindak memarahi mangsa dengan melemparkan kata-kata kesat berulang kali disamping menghentak kereta mangsa dengan tangan kosong. Susulan dari ketegangan itu, salah seorang pengawal...

Friday, October 11, 2013

Nampak kepulan asap luar biasa

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah pusaka dalam kejadian kelmarin. MUAR – Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka berusia lebih 50 tahun musnah dalam satu kebakaran di Kampung Parit Samsu Darat, di sini, kelmarin. Kebakaran kira-kira jam 3 petang itu menyebabkan keluarga terbabit kerugian hampir RM50,000. Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan berikutan pemilik rumah tiada kerana...

Thursday, October 10, 2013

Beca warisan semakin terpinggir di Muar

JAAFAR Abu mengayuh beca ke pasar basah untuk membawa barangan dari pasar berkenaan setiap hari kerana semakin kurang penumpang yang mahu menggunakan khidmatnya. MUAR 9 Okt. - Bunyi nyaring seperti sedang membuka pintu berkarat perlahan-lahan, memecah keheningan pagi hampir setiap hari di Lorong Mat Tab Abu, Jalan Sungai Abong di sini. Biarpun 'mengganggu' telinga, namun bagi penduduk dan mereka yang lalu-lalang di lorong ini, bunyi itu umpama...

Lipat gandakan hasil pertanian - Ismail

PAGOH 9 Okt. - Kerajaan negeri sedang berusaha melipatgandakan hasil pertanian dengan menyediakan pelbagai insentif melalui kerjasama dengan tujuh agensi dan jabatan berkaitan bagi menampung keperluan sumber makanannya. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, bagi memastikan usaha itu berjaya, program penerangan dan penjelasan tentang pembangunan pertanian termasuk melibatkan teknologi moden akan diberi kepada para petani. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, program...

Tuesday, October 8, 2013

1 maut, 4 parah teksi terhumban ke dalam parit

ANGGOTA bomba menyelamatkan pemandu yang tersepit selepas teksi yang dibawanya terhumban ke dalam parit besar di Parit Raja, Jalan Dato Haji Kosai, Muar, Johor, semalam. MUAR 7 Okt. - Seorang pekerja kilang perabot warga Nepal mati lemas selepas teksi yang dinaikinya melanggar sebuah kereta Proton Savy sebelum terhumban ke dalam parit besar di Parit Raja, di Jalan Dato Haji Kosai, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 petang...

Monday, October 7, 2013

Pelatih PLKN Didakwa Bunuh Rakan Asrama

PEKAN: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Rompin hari ini dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan membunuh seorang pelatih di asrama kem itu pada 22 September. Remaja lelaki berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Seri Makmor, Pagoh, Muar itu didakwa membunuh Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, antara 1.30 tengah hari dan 10.30 malam pada 22 September di dorm L1C dan L2C kem berkenaan. Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah menetapkan kes disebut semula pada 11 Disember di Mahkamah...

Friday, October 4, 2013

SWM digesa segera bekal tong sampah beroda

PAGOH 29 Sept. - Pertubuhan Kami Organisasi Gabungan Anak Pagoh (KOGAP) menggesa pihak SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) segera menyedia tong sampah beroda di Taman Dato Haji Abd. Rahman Mahmud di sini, seperti yang sudah dijanjikan sebelum ini. Penasihat KOGAP, Abdul Aziz Dahari berkata, kira-kira 500 penduduk di taman tersebut masih ternanti-nanti janji SWM kerana kawasan taman itu termasuk di bawah kawasan pentadbiran dan percukaian pihak berkuasa tempatan (PBT). "Sepatutnya taman ini yang merupakan taman pertama wujud di Pagoh diberi keutamaan....

Wednesday, October 2, 2013

RISDA peruntuk RM28 juta

ISMAIL Mohamad (kanan) diiringi Mohammad Sahlan Mahnoon (dua dari kanan) melepaskan konvoi KGMR pada Majlis Pelepasan Program Kembara Kelab Generasi Miuda RISDA di Pagoh dekat Muar, Johor, semalam. PAGOH 1 Okt. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan bantuan sebanyak RM28 juta kepada kira-kira 83,000 pekebun kecil di negeri ini untuk menjayakan program penanaman semula getah bagi tempoh empat tahun akan...