REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Thursday, December 26, 2013

Guru cemas burung hering masuk laman rumah

MOHD. FADLI (kiri) dan anggota JPAM menunjukkan seekor burung hering yang ditangkap di Muar, Johor semalam. Burung hering 'singgah rumah' ditangkap MUAR 25 Dis. - Seorang guru sekolah rendah menerima 'tetamu' tidak diundang iaitu seekor burung hering sebesar anjing dewasa yang 'singgah' di pekarangan rumahnya di Taman Seri Aman Sari, Parit Keroma di sini hari ini. Remy Azman Abdul Rashid, 40, berkata, pada mulanya burung pemakan bangkai itu...

Wednesday, December 25, 2013

Hilang tangan digigit babi hutan

Amirudin menunjukkan tangannya yang dipotong selepas digigit babi hutan semasa bertugas pada 5 Disember lalu. MUAR – Seorang tukang kebun menempuh pengalaman mengerikan apabila diserang seekor babi hutan liar ketika bertugas di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Muar (P), Jalan Tunku Bendahara di sini, 5 Disember lalu. Ekoran kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Amirudin Osman, 35, kehilangan tangan kiri akibat kecederaan parah selepas digigit haiwan...

Tuesday, December 24, 2013

Berjalan kaki kutip derma bantu golongan gelandangan

OTTO Klaus Mitchell melalui bandar Muar, Johor semalam dalam perjalanan dari Singapura ke Thailand bagi mengutip derma untuk golongan gelandangan United Kingdom. MUAR 23 Dis. - Bosan dengan kesakitan dialaminya, seorang pemuda dari London berazam berjalan kaki secara solo merentasi Semenanjung Malaysia dalam usaha untuk membantu Rumah Kebajikan Shelter yang khusus untuk membantu golongan gelandangan di United Kingdom. Otto Klaus Mitchell, 23,...

Saturday, December 21, 2013

Dapur rumah tanpa dinding

Ishah dibahagian dapur yang tidak berdinding bersama dua cucunya. Pegawai Penerangan Daerah Muar, Hanan Mohd Yusof (kiri) turut membantu gotong royong membaiki Ishah MUAR - Memasak menggunakan kayu api tidak dianggap pelik di negara yang sudah 56 tahun mencapai kemerdekaan. Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila masih ada keluarga yang tinggal dalam rumah usang dengan keadaan dapur tidak berdinding. Itu hakikat kehidupan dilalui pasangan...

Monday, December 16, 2013

Bomoh didakwa larikan isteri, wang RM20,000

ROZMAN Jamil menunjukkan gambar Zainon Ibrahim dan salinan laporan polis merayu orang ramai bantu mencari isterinya itu yang hilang di Hentian R&R Pagoh, Johor, semalam. PAGOH 15 Dis. - Seorang ahli perniagaan di sini kini hidup tertekan dan tidak tenteram setelah isterinya serta wang tunai lebih RM20,000 dilarikan seorang lelaki yang mendakwa bomoh handalan dipercayai dari negara jiran sejak lebih sebulan lalu. Rozman Jamil, 46, dari Kampung...

‘Bomoh alim’ larikan isteri

Muar: “Saya tidak sangka bomoh yang berperwatakan alim itu bukan saja sanggup menggunakan ilmu hitam untuk melarikan isteri, malah turut melesapkan RM20,000 hasil perniagaan kami, “ kata seorang peniaga, Rozman Jamil, 46. Peniaga buah dari Kampung Jawa, Panchor di sini, mendakwa isterinya, Zainon Ibrahim, 41, yang menguruskan gerai buah-buahan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh, hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki pada jam 3.30 petang, pada 2 November lalu. Rozman berkata, dia percaya kehilangan Zainon...

Tuesday, December 10, 2013

PBTM bantu baik pulih rumah bekas tentera

TAJUL Arifin Chu Johari (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Asnah Saat bagi meringankan beban yang terpaksa menanggung dua anak OKU di Batu 4 Simpang Baba, Jalan Bukit Pasir, Muar, Johor, semalam. MUAR 9 Dis. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) akan membantu seorang bekas tentera tidak berpencen yang mahu membaik pulih rumah dan memastikannya mendapat keistimewaan yang terdapat dalam persatuan itu. Yaakob Arman, 52, berhenti menjadi Askar...

Wanita nyaris maut kereta terbakar

MUAR 9 Dis. - Seorang wanita terselamat daripada maut apabila berjaya menyelamatkan diri setelah kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar berhampiran bulatan di Jalan Sulaiman di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, dia yang enggan dikenali dipercayai memandu kereta jenis Honda Civic seorang diri dari arah Jalan Junid menghala ke pusat bandar. Bagaimanapun sebaik sahaja tiba di bulatan itu dia ternampak kepulan asap...