REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Tuesday, December 30, 2014

U Care bantu penarik beca

Borham dan Saodah menerima sumbangan daripada Emyliza. MUAR - Seorang warga emas sanggup meninggalkan pekerjaan sebagai penarik beca yang  dilakukan lebih 40 tahun lalu demi menjaga isterinya yang dipotong sebelah kaki akibat diabetes. Borham Kasim, 77, dan Saodah Samad, 68, yang tidak mempunyai anak, kini menyara hidup dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM600 sebulan. Borham berkata, dia berhenti pekerjaan...

Sunday, November 23, 2014

'Kelahiran Norsyafiqah istimewa'

Norsyafiqah (tengah) bersama ibu bapanya hadir pada Majlis Sambutan Hari Bayi Pramatang Sedunia 2014 peringkat HPSF, di sini, baru- baru ini.  MUAR – Melihat bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan (bayi pramatang) membesar dengan sihat adalah kegembiraan dan pengalaman berharga buat pasangan suami isteri terlibat. Bagi Norhasini Ishak, pelbagai pengalaman dilalui bermula ketika isterinya, Mariam Othman mengandungkan anak bongsu mereka,...

Thursday, November 20, 2014

Denda, penjara buang sampah merata

Rahim (dua, kiri) bersama Ramlee A Rahman (kiri) sebelum memulakan mesyuarat di Majlis Perbandaran Muar. MUAR - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan (PPSPPA) akan menguatkuasakan hukuman di bawah Seksyen 71 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ke atas individu yang membuang sampah merata-rata. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Rahim Md Noor berkata, mengikut seksyen itu, mereka yang didapati bersalah boleh...

Wednesday, November 19, 2014

Ikan mabuk di Sungai Muar

Pengunjung menunjukkan ikan gelama yang berjaya dijaring. MUAR - Fenomena ikan mabuk sekali lagi berlaku di Sungai Muar dan kali ini melibatkan jumlah ikan mati yang lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kejadian tersebut berpunca daripada perubahan air sungai dan campuran air hujan yang menyebabkan ribuan ikan pelbagai jenis ikan timbul di permukaan sungai itu berhampiran Tanjung Emas, di sini. Penjaga Masjid Sultan Ibrahim, Sazali...

Monday, November 17, 2014

OKU rugi RM16,000 dilarikan isteri kedua

MUAR - Sudah jatuh, ditimpa tangga. Begitulah nasib menimpa seorang lelaki OKU apabila dikhianati isteri sendiri yang menghilangkan diri bersama wang tunai berjumlah RM16,000, Selasa lalu di Lenga. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, wang tersebut hasil kutipan bersama rakan mangsa untuk menjalankan tanaman kelapa sawit secara berkelompok. “Mangsa berusia 59 tahun menyedari kehilangan wang itu yang disimpan dalam almari sebaik sahaja bangun daripada tidur selepas melihat pintu almari terbuka, kira-kira jam 2 petang. “Lebih...

Polis Marin tumpu cegah jenayah di laut

Pasukan Polis Marin melakonkan aksi berhadapan dengan penjenayah laut.  MUAR - Pasukan Polis Marin (PPM) memberi tumpuan pencegahan jenayah di laut dan pesisir pantai dengan menubuhkan program komuniti kepolisan yang menjadikan masyarakat sebagai mata serta telinga pihak berkuasa. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chian berkata, jenayah yang berlaku di laut melibatkan kejadian seperti penyeludupan,...

Syarikat bas cari waris mangsa

MUAR - Waris mangsa kemalangan jalan raya di Kilometer 246.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Ipoh, Perak, Zaiton Mohd Shariff, 59, pada 10 November lalu, diminta menghubungi pengurusan Cepatsedia Tours & Ekspress Transport Sdn Bhd, pemilik rangkaian bas Cepat Sedia Ekspress bagi tujuan tuntutan insurans. Pengurusnya, Jason Poh berkata, pihaknya sebelum ini sudah berusaha mengesan keluarga arwah di Rembau, Negeri Sembilan, namun gagal. “Kami mahu bantu keluarga buat tuntutan bagi meringankan beban serta tanda simpati atas kehilangan orang...

Monday, November 10, 2014

10 ditahan berjudi dalam bilik hotel

Azman menunjukkan daun terup yang dirampas pada serbuan di sebuah hotel di bandar ini, kelmarin. MUAR - Taktik tujuh lelaki dan tiga wanita menjadikan hotel sebagai tempat bermain judi terbongkar apabila mereka ditahan polis dalam sebuah bilik hotel di daerah ini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan jam 9 malam itu dilakukan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)...

Saturday, November 8, 2014

Penghuni rumah warga emas panik

Pekerja pusat berkenaan membersihkan bilik yang terbakar  MUAR - Tindakan pantas lima orang awam membantu memadamkan api berjaya menyelamatkan 29 warga emas daripada menjadi mangsa kebakaran sebuah pusat jagaan di Taman Ria, Jalan Salleh, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, hanya satu bilik di rumah teres berkenaan terbakar yang memusnahkan dua tilam dan katil serta insiden itu dipercayai berlaku dari bahagian...

Friday, November 7, 2014

Empat beradik serba kekurangan mohon dibantu

Nooraini memberikan minuman kepada Saedah.  MUAR – Empat beradik hidup dalam keadaan serba kekurangan bergantung dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan serta wang pencen bapanya RM200. Nooraini Jaafar, 48, berkata, daripada wang bantuan JKM itu, RM150 diterimanya sebagai ibu tunggal tiga anak, manakala RM300 bantuan warga emas diterima kakak sulungnya, Saadiah, 64. “Kami berjimat cermat bagi meneruskan...

Friday, October 10, 2014

Rebah muntah darah

MAYAT wanita hamil yang rebah selepas keluar dari tandas stesen minyak ditutup dengan kain sementara menunggu pasukan penyiasat polis tiba, kelmarin. Muar: Seorang wanita secara tiba-tiba muntah darah dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika berjalan ke arah kereta yang diletakkan di stesen minyak di Taman Pagoh Jaya, kelmarin. Dalam kejadian jam 9 malam itu, wanita terbabit dikenali sebagai Ana berusia lingkungan 40-an yang dipercayai...

Thursday, October 2, 2014

Penyanyi rock, enam rakannya ditahan terlibat dadah, ragut, pecah rumah

MUAR 1 Okt. - Seorang penyanyi kumpulan rock yang pernah popular di era 90-an ditahan bersama enam rakannya kerana dipercayai terlibat dalam kes dadah, ragut, pecah rumah dan pecah kereta di Jalan Lama di sini, semalam. Penyanyi berusia 40-an itu ditahan pukul 12.30 tengah hari selepas polis membuat pemeriksaan di sebuah rumah sebelum menahan enam rakannya termasuk seorang wanita yang kesemuanya berumur antara 26 hingga 53 tahun. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihaknya menemukan dadah serta pelbagai barangan termasuk...

Guna air batu padam kebakaran

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar memadamkan sisa api pada lori berkenaan, semalam. MUAR - Seorang pemandu dan kelindan lori bertindak pantas menggunakan ketulan air batu untuk memadamkan api pada bahagian enjin dan kepala lori bagi mengelakkan keseluruhan kenderaan dinaiki terbakar, semalam. Kejadian kira-jam 10.54 pagi itu berlaku di Batu 22 Air Hitam, dekat sini ketika lori terbabit dalam perjalanan dari Batu Pahat ke bandar...

Sunday, September 28, 2014

Budak maut jatuh bumbung

ORANG ramai melihat mayat mangsa. Muar: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari bumbung berhampiran tangki air Kuarters Polis Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Nurul Elies Natasha Abdul Aziz meninggal dunia di tempat kejadian selepas terjatuh dari tingkat atas bangunan sembilan tingkat. Mangsa yang tinggal di Blok F2 bersebelahan bangunan...

Saturday, September 27, 2014

Al-Quran, kitab tidak hangus

Abd Malik Othman menunjukkan al-Quran yang terselamat dalam kebakaran di Batu 18 Pagoh. MUAR - Lima naskah al-Quran dan beberapa kitab hanya mengalami kerosakan kecil meskipun sebuah rumah separuh kekal di Batu 18 Pagoh, berhadapan sebuah stesen minyak dekat sini, musnah dalam kejadian kebakaran, semalam. Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyaksikan kitab suci umat Islam itu hanya terbakar pada bahagian tepi dan ditemui di salah satu bilik...

Friday, September 26, 2014

Cincin bengkok, cengkam jari manis

Mohd Firdaus menunjukkan cincin dipotong anggota bomba. MUAR – Seorang remaja terpaksa menanggung kesakitan berganda bukan hanya disebabkan cedera pada anggota badan, tetapi jari manis tangan kiri yang membengkak akibat cincin yang dipakai membengkok serta mencengkam jarinya selepas terbabit kemalangan di Batu 5 Bakri berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bakri, semalam. Dalam kejadian jam 3 petang itu, Mohd Firdaus Abd Hamid, 24, bersama...

Friday, September 19, 2014

Rumah kena bom api

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam. MUAR - Tiga sekeluarga sempat menyelamatkan diri apabila rumah mereka menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab dengan membaling bom petrol di Jalan Bakri  Mulia 5, Taman Bakri Mulia di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu menyebabkan bahagian hadapan rumah terbakar selain turut memusnahkan sebuah motosikal dan basikal, manakala kereta jenis Proton Iswara milik mangsa...

Thursday, September 18, 2014

Kereta terbakar di stesen minyak

Keprihatinan orang awam membantu memadamkan api berjaya mengelakkan kenderaan ini terbakar keseluruhannya. MUAR - Keprihatinan orang awam membantu memadamkan api berjaya menyelamatkan nyawa empat beranak apabila kereta dinaiki terbakar di sebuah stesen minyak di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Pagoh, di sini semalam. Kejadian kira-kira jam 12.40 tengahari itu berlaku di Kilometer 154 Lebuh Raya Utara Selatan, dipercayai selepas pemandunya...

Wednesday, September 17, 2014

Jari bengkak hingga nampak tulang

Keadaan jari kelingking yang membengkak dan cedera. MUAR - Seorang lelaki kurang siuman menanggung kesakitan selama tiga minggu apabila besi berbentuk cincin yang disarung pada jari kelingkingnya tidak dapat dikeluarkan menyebabkan jari berkenaan membengkak dan cedera. Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Muar memotong besi itu menggunakan peralatan khas berjaya menyelamatkan lelaki terbabit dalam...

Friday, September 5, 2014

Bakal pengantin buntu cari bapa

Nurul Farahin Mohamad MUAR - Seorang bakal pengantin bimbang majlis pernikahannya tertangguh berikutan ketiadaan bapa kandung sebagai wali. Nurul Farahin Mohamad, 20, berkata, dia dan bakal suami, Mohd Hassan Jetgeri,21, dijadual bernikah pada 27 September ini di rumahnya di Taman Pagoh Jaya. Menurutnya, bapanya, Mohamad Senol, 54, menghilangkan diri ketika dia berusia tujuh bulan dan sehingga kini gagal dikesan walaupun pelbagai usaha dilakukan. “Abang...

Sunday, August 31, 2014

'Pulanglah Nurhidayah...ibu rindu'

Siti Rudzah menunjukkan gambar anaknya Siti Nurhidayah yang keluar meninggalkan rumah sejak 10 Ogos lalu. MUAR – Seorang ibu runsing memikirkan keselamatan anak gadisnya, dilaporkan menghilangkan diri dari rumahnya di Kolej Jururawat Segamat sejak 10 Ogos lalu. Siti Rudzah Arsad, 58, berkata, dia mengesyaki anaknya Siti Nurhidayah Ibrahim, 23, meninggalkan rumah mengikut rakan baharu yang dikenalinya di laman sosial beberapa bulan lalu. “Jiran...

Monday, August 25, 2014

Lelaki ditahan dengan senapang

Muar: Seorang lelaki ditahan bersama selaras senapang buatan sendiri di sebuah pondok di Kamping Tengah Sungai Abon, Muar pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, lelaki itu ditahan dalam satu serbuan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai seorang lelaki mencurigakan. Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 27 tahun itu menjadikan pondok berkenaan sebagai tempat tinggalnya. "Polis turut temui dua kelongsong peluru berukuran 40mm, 14 kelongsong peluru 7.62mm dan 14 kelongsong peluru 5.56mm,"...

Mengemis sejak belasan tahun

MUAR - Masjid menjadi lokasi seorang gelandangan untuk menagih simpati orang ramai bagi mendapatkan wang untuk membeli makanan. Perkara itu diluahkan seorang gelandangan yang ditemui mengemis di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini. Dia dilihat duduk di salah satu ruang berdekatan tempat mengambil wuduk di masjid berkenaan bersama beg dan kad Jabatan Kebajikan Masyarakat miliknya. Dikenali sebagai Rahim, 53, dia mendakwa sedang bercuti selama sebulan dari salah sebuah institusi yang menghimpunkan pengemis sepertinya yang terletak di Pusat Desa Bina...

‘Pergi’ menjelang hari bahagia

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat Amirah selepas keretanya terlibat kemalangan di Kilometer 148, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Muar, Johor semalam. Muar: Luluh hati seorang bapa apabila melihat anak perempuannya yang bakal melangsungkan perkahwinan hujung minggu ini terbujur kaku ditutup dengan kain di lokasi kemalangan di Kilometer 148 arah utara Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7 pagi...

Minum Cina, makan Melayu

PETER (kanan) bersama Isahak (kiri) melayan Batumalai. Muar: Semangat muhibah dan tolak ansur yang diamalkan penduduk negara ini sejak sebelum merdeka menjadi pendorong kepada dua peniaga berlainan bangsa dan kepercayaan untuk berkongsi mencari rezeki di sebuah kopitiam di Jalan Petrie di sini, sejak 14 tahun lalu. Malah, bagi peniaga minuman, Peter Yuo, 68, konsep berkongsi perniagaan itu diwarisi mendiang bapanya yang membuka kedai minuman,...

Wednesday, August 20, 2014

Kebajikan PVATM terbela selepas dapat geran

MUAR - Kebajikan anggota Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) lebih terbela selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju memperuntukkan dana sejumlah RM1.5 juta dalam bentuk geran kepada persatuan itu. Pengerusi PVATM Laksamana (B), Tan Sri Anwar Mohd Nor berkata, Najib bersetuju memberi peruntukan tersebut selepas mendengar isu dan masalah yang dihadapi veteran ATM dalam satu pertemuan Julai lalu. "Antara masalah veteran ATM ialah tidak memiliki rumah sendiri kerana tidak mampu," katanya ketika berucap pada Sambutan...

Penderitaan rakyat Palestin terus dapat perhatian

Kelab Putera 1Malaysia sebelum memulakan program program ‘Trail 4 Gaza’. MUAR – Penderitaan penduduk Palestin yang diserang rejim Zionis sejak awal Julai lalu terus mendapat perhatian penduduk negara ini melalui pemberian pelbagai bantuan sebagai simbol keprihatinan. Terkini, Kelab Peminat Motorcross Pagoh tampil menyumbang RM2,020 menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dalam satu majlis ringkas di Pagoh dekat sini, kelmarin. Pengerusinya,...

Atuk temui ajal selepas sarapan

Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menyiasat insiden yang menimpa Wah Peng MUAR – Seorang warga emas lelaki maut selepas basikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Salleh, semalam. Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Heng Wah Peng,83, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar minum pagi bersama rakan-rakan di sebuah warung di...

‘Akhirnya dia pulang’

Pagoh: “Alhamdulillah, akhirnya jenazah anak saya akan dibawa pulang ke rumah ini. Sekurang-kurangnya kami sekeluarga dapat melawat kuburnya,” kata Md Salim Sarmun, 65, bapa Mohd Ali, 30, penuntut Malaysia di Belanda yang meninggal dunia selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dinaikinya ditembak jatuh di Ukraine 12 Julai lalu. Md Salim berkata, berita pengesahan jenazah akan dibawa pulang amat melegakannya dan walaupun sedih, dia sekeluarga bersyukur. Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian...

Friday, August 8, 2014

Pasangan sehidup semati

MUAR – Sepasang suami isteri maut selepas treler yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Kilometer 145 Lebuh Raya Utara  Selatan arah utara, semalam. Kejadian jam 1.30 pagi itu berlaku  berhampiran  kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) Pagoh selepas treler berkenaan melanggar sebuah lori tangki menyebabkan pemandunya, Lokman Nulhakim Yatin, 27, dan isterinya, Nurizma Seliman, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner...

Friday, July 25, 2014

Kontraktor maut ketika memandu

Keadaan kereta Azrin yang terbabas dan masuk ke dalam parit selepas dia terkena serangan jantung ketika memandu. MUAR - Seorang kontraktor maut selepas kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya hilang kawalan memasuki parit di Taman Jeram Indah, Bakri akibat serangan jantung, kelmarin. Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, Azrin Aziz, 43, sempat menghubungi isterinya mengadu sesak nafas selepas sahur. Seorang sepupu yang enggan...

Lelaki doakan keajaiban

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bakir, Dr Rahayu Othman memeriksa Ahmad Rosli di rumahnya di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail, Bakri, semalam. MUAR - Seorang bekas pemandu treler mengharapkan keajaiban malam Lailatul Qadar setiap Ramadan untuk kembali pulih selepas 13 tahun terlantar akibat kemalangan. Mangsa, Ahmad Rosli Mohd Amran, 42, berkata, dia tidak pernah jemu terus berdoa bagi menikmati peluang kedua itu walaupun sedar peluangnya amat...

Ibu parah dipukul anak

MUAR - Seorang anak tergamak memukul ibunya menggunakan kayu akibat gagal mengawal perasaan marah hanya kerana tidak diberikan wang untuk membeli dadah di rumah mereka di Jalan Ibrahim di sini, kelmarin. Kejadian jam 9.58 malam itu menyebabkan warga emas berusia 73 tahun itu patah pergelangan tangan, cedera di jari dan bahagian mata. Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, kejadian bermula dengan pertengkaran selepas ibunya enggan memberikan sejumlah wang diminta lelaki berusia 36 tahun itu. Menurutnya, ini membuatkan...

Thursday, July 10, 2014

Parang perompak makan tuan, parah ditetak

MUAR 9 Julai - Seorang penyamun bukan saja berputih mata tidak sempat merompak. Malah parang yang dibawanya berjaya dirampas oleh mangsa lalu menetak penjenayah itu. Suspek juga dipukul dengan kayu beberapa kali sehingga parah. Dalam kejadian pukul 10.30 pagi di Tanjung Selabu, Sungai Raya, Bukit Pasir di sini hari ini, suspek yang berusia 58 tahun mengetuk pintu rumah dan sejurus pintu dibuka dia terus menetak kepala mangsa, Lau Teng Siew, 43. "Sebaik saya membuka pintu kayu tersebut, tiba-tiba saya terasa sakit di kepala dan darah mula meleleh...

Tuesday, July 1, 2014

Sampan karam, dua nelayan lemas

Mayat Saiful dibawa ke rumah mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat selepas ditemui terapung di Pulau Hanyut, Melaka, baru-baru ini. Kenal pasti punca karam MUAR – Sampan yang digunakan dua nelayan yang karam ketika menangkap ikan di perairan Selat Melaka, Selasa lalu, akan cuba dibawa naik ke permukaan laut. Ketua Pengkalan Sabak Awor, Kamal Omar berkata, tindakan itu bertujuan melihat kerosakan boleh dikaitkan sebagai...

Saturday, June 28, 2014

OKU terselamat dalam kebakaran

Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Sungai Abong, semalam. MUAR – Tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berjaya menyelamatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) daripada menjadi mangsa kebakaran sebuah rumah di Sungai Abong, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, lelaki OKU berusia 30an yang pekak dan bisu berusia 30an itu dipercayai tidur dalam bilik yang dikunci dari dalam di tingkat atas rumah...

Wednesday, June 25, 2014

Rumah tak berpenghuni musnah

Keadaan rumah Tai San yang musnah terbakar, semalam MUAR – Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dalam satu kebakaran di Jalan Salleh, malam kelmarin. Kejadian yang berlaku jam 1.50 pagi telah mengejutkan pemilik rumah berkenaan yang kini menetap di Johor Bahru apabila menerima panggilan telefon daripada jiran berdekatan rumah berkenaan. Tay Tai San,54, berkata, dia hairan apabila kejadian itu berlaku memandangkan bekalan elektrik di rumah...

Friday, June 20, 2014

Guru patah tangan, murid patah kaki

BAS dipercayai gagal memotong treler sebelum merempuh belakang kenderaan itu. Muar: Seorang guru patah tangan manakala muridnya patah kaki kanan apabila bas rombongan dinaiki mereka dari Kuala Lumpur hala selatan merempuh sebuah treler di Kilometer 48.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada 1.15 pagi tadi. Pemandu bas berkenaan pula patah kaki kiri. Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas gagal memintas treler dan menyebabkannya...

Karnival sempena KMJ 2014 hari ini

Beberapa petugas membuat persiapan sempena Karnival Kembara Mahkota Johor 2014 di Bukit Timbalan, Johor Bahru, semalam. MUAR 19 Jun - Majlis Perbandaran Muar (MPM) menganjurkan Karnival Kembara Mahkota Johor (KMJ 2014) dan sambutan Hari Perbandaran Muar Ke-13 di Dataran Tanjung Emas di sini selama empat hari bermula esok. Yang Dipertua MPM, Ramlee A. Rahman berkata, pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung antaranya pameran, demonstrasi...