REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Friday, February 21, 2014

Rempuh pintu masuk sekolah

Keadaan kereta dinaiki tiga beranak setelah merempuh pintu masuk sekolah. - Foto Sinar Harian MUAR - Sebuah keluarga Orang Asli nyaris maut apabila kereta dinaiki melanggar tiang lampu sebelum merempuh pintu masuk sebuah sekolah di Parit Keroma, Jalan Dato’ Haji Kosai, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam itu, kereta Honda yang dinaiki tiga beranak itu hilang kawalan sebelum melanggar tiang dan tembok sekolah Sekolah Kebangsaan...

Tuesday, February 18, 2014

Orang ramai panik di Mahkamah Muar

Orang ramai di perkarangan bangunan mahkamah diberi penerangan mengenai situasi dihadapi. MUAR - Kira-kira 300 orang yang berada di Kompleks Mahkamah Muar di Jalan Temenggong Ahmad, di sini, panik dan bertempiaran menyelamatkan diri apabila siren kecemasan bangunan itu berbunyi. Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, keadaan menjadi kelam kabut apabila seorang lelaki berusia 27 tahun dikatakan tertekan suis kecemasan berhampiran kaunter pendaftaran...

Thursday, February 6, 2014

Ibu tunggal huni rumah usang

Zainab menunjukkan lantai rumahnya yang berlubang dimakan anai-anai. MUAR – Seorang ibu tunggal terpaksa menghuni kediaman usang dengan keadaan lantai reput dimakan anai-anai dan bumbung bocor kerana tidak mempunyai kemampuan baik pulih rumah didiami. Zainab Ahmad, 57, dari  di Lorong Haji Ahmad, Bakri Batu 5, di sini, tinggal di rumah  pusaka arwah bapanya, namun kediaman itu mula rosak sejak enam tahun lalu dan  keadaannya semakin...

Pemandu lori putus kaki, maut dalam kemalangan

Keadaan lori dipandu mangsa remuk teruk selepas terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 141.3 Lebuh Raya Utara-Selatan di Pagoh, Johor, semalam. PAGOH 6 Feb. - Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera selepas lori tiga tan yang dipandunya merempuh sebuah treler di Kilometer 141.3 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran Yong Peng hari ini. Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, pemandu berkenaan, S. Kalaimani, 33, putus...

Wednesday, February 5, 2014

Kilang perabot terbakar, kerugian dianggar RM2 juta

ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran sebuah kilang perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir dekat Muar pagi tadi. FOTO Syarafiq Abd Samad ANGGOTA bomba berusaha memadamkan api dalam kebakaran sebuah kilang menghasilkan komponen perabot di Kawasan Perindustrian Bukit Pasir dekat Muar, Johor, semalam. PAGOH 4 Feb. - Sebuah kilang menghasilkan komponen perabot untuk tujuan eksport kerugian kira-kira RM2 juta apabila...

Maut dalam konvoi berdarah

Keadaaan kereta mangsa yang remuk akibat kemalangan tersebut. MUAR – Kegembiraan lapan rakan berkonvoi dengan motosikal dari Kampung Sebatu, Jasin, Melaka bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 17, Jalan Bakri, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Muhamad Arif Saliman, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota...