REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Friday, April 25, 2014

Penemuan buaya buat penduduk sekitar Sungai Balang bimbang

KALIT (kanan) dan rakannya, Norafandi Wagiman menunjukkan lokasi kelibat buaya dilihat di Sungai Sarang Buaya, Parit Bugis, Sungai Balang dekat Muar, Johor semalam. MUAR - Penduduk di 12 buah kampung sekitar Parit Bugis, Sungai Balang, dekat sini, yang rata-rata mengetahui mengenai penemuan seekor buaya sepanjang hampir tiga meter di Sungai Sarang Buaya dekat situ bulan lepas, kini bimbang tentang keselamatan terutama anak-anak mereka. Mereka...

Sinar harapan 14 keluarga

Zaiton membacakan buku kepada pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Parit Jawa, Mohamad Nasiruddin Masir. MUAR - Lapan rumah baharu akan dibina dan enam kediaman lain dibaik pulih di kawasan Dun Sungai Balang, di sini, membabitkan anggaran kos RM386,000, tahun ini. Adun Sungai Balang, Zaiton Ismail berkata, bantuan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) itu bernilai RM40,000 bagi rumah baharu dan kos baik pulih pula menelan belanja...

Thursday, April 24, 2014

Bayi dipercayai dihenjut hingga mati

MUAR 23 April - Seorang lelaki mengaku menghenjut seorang bayi perempuan yang baru berusia setahun sambil memegang kaki bayi tersebut berulang kali sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk ke lantai. Pengakuan tersebut dibuat suspek berusia 30-an itu selepas bayi tersebut meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, akibat pendarahan teruk di bahagian kepala pada pukul 6.40 pagi Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner...

Tuesday, April 15, 2014

Terharu dapat jumpa menteri

Rohani berbual mesra dengan Eton pada Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care. MUAR - Seorang warga emas menitiskan air mata terharu apabila menerima kunjungan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di rumahnya di Kampung Tanggul Aur, Pagoh dekat sini. Eton Alwi, 78, adalah salah seorang daripada dua warga emas terpilih untuk dilawati sempena pelancaran Kembara Kebajikan 1Malaysia Family Care peringkat...

60 pusat hiburan keluarga diserbu

Azman bersama mesin permainan yang dirampas polis dalam serbuan yang dilakukan untuk siasatan lanjut. Mesin yang dirampas dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut sementara menunggu laporan daripada pakar perjudian. MUAR – Polis telah melakukan 60 serbuan di pusat hiburan keluarga sekitar daerah ini selepas disyaki menjalankan aktiviti berunsurkan perjudian setakat April ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, serbuan...

Monday, April 14, 2014

Pemimpin digesa kenal pasti masalah penduduk

Ismail turut menghulurkan bantuan kepada Aishah Daud pada perasmian Majlis Penghargaan Warga Emas Mukim Lenga di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Lenga, baru-baru ini. MUAR – Pemimpin diminta lebih prihatin dan mendekati masyarakat setempat bagi mengetahui masalah dan kesusahan dihadapi mereka. Adun Bukit Serampang, Ismail Mohamed berkata, langkah itu penting supaya bantuan bersesuaian dapat diberikan kepada mereka memerlukan. Menurutnya, pemimpin...

Saturday, April 12, 2014

Polis Muar rampas dadah RM3 juta

MUAR - Dadah bernilai lebih RM3 juta berjaya dirampas menerusi beberapa serbuan dan operasi yang dilakukan sepanjang 1 Januari hingga 9 April lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, heroin merupakan rampasan tertinggi iaitu melebihi 30 kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah hotel pada Januari lalu dengan menahan dua lelaki berusia 40 dan 32 tahun. “Rampasan kedua tertinggi setakat ini ialah syabu seberat 1.5 kg dan pelbagai jenis dadah lain turut dirampas membabitkan jumlah kurang daripada 1kg. “Sebanyak 13 kes di...

Datuk ditahan, polis rampas ketamin seberat 509g

Azman menunjukkan dadah ketamin yang dirampas di sebuah rumah dekat Bakri, Selasa lalu. MUAR - Seorang datuk berusia 59 tahun ditahan dan dadah bernilai RM127,000 dirampas dalam serbuan polis di sebuah rumah dekat Bakri di sini, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ketamin seberat 509 gram dirampas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar hasil maklumat dan...

Tuesday, April 8, 2014

Rokok, minuman keras bernilai RM6,100 dirampas

MUAR - Sejumlah rokok dan minuman keras dengan nilaian cukai kira-kira RM6,100 dirampas dalam dua serbuan berbeza di sebuah kedai runcit dan kopitiam di di sini, 1 April lalu. Jurucakap Kastam Diraja Malaysia Daerah Muar berkata, serbuan jam 11 pagi dan 12 tengah hari itu dilakukan hasil maklumat awam yang memaklumkan  premis berkenaan menjadi  pusat jualan barangan seludup. “Kita turut menahan dua lelaki dan dua wanita tempatan yang masing-masing berusia lingkungan 30an yang juga pemilik premis tersebut. “Pemeriksaan mendapati kedai...

Sunday, April 6, 2014

RM5 juta hangus sekelip mata

Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja-kerja pemadaman api di Kilang perabut di Pusat Industri Bukit Pasir, kelmarin. MUAR – Sebuah kilang perabot mengalami kerugian hampir RM5 juta selepas satu daripada empat blok premis berkenaan musnah dalam kebakaran di Pusat Perindustrian Bukit Pasir dekat Jorak di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 7.09 malam itu berlaku ketika lebih 50 pekerja sedang bertugas lebih masa dalam kilang berkenaan...

Wednesday, April 2, 2014

Terpaksa redah kilat pulang ke rumah

Anggota Rela membaiki bumbung rumah Ismail yang tercabut dipukul ribut. Azizah Aziz, melihat sekitar kedai mencuci kenderaan milik anaknya yang musnah dipukul ribut. MUAR - Seorang pengusaha kedai mencuci kenderaan mengalami kerugian hampir RM20,000 selepas kedainya ranap ditimpa bumbung balai raya yang melayang akibat ribut yang melanda kampung Batu 23 Lenga dekat sini, kelmarin. Kejadian jam 5.30 petang itu turut menjejaskan lima rumah...