REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, May 24, 2014

Menantu maut ditikam bapa mentua

RUMAH di Lorong Lau Eng Peng, Jalan Kim Kee, Muar, Johor tempat Wei Kuan (gambar kecil) ditemui mati kelmarin. - Foto Kosmo MAYAT Lim Wei Kuan dibawa ke bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor, malam semalam. MUAR 23 Mei - Suasana di sebuah rumah di Lorong Lau Eng Peng, Jalan Kim Kee, di sini awal pagi ini umpama lokasi penggambaran sebuah filem aksi Cina. Apa tidaknya, rumah tersebut dikerumuni jiran-jiran yang terbangun...

Tuesday, May 13, 2014

Bakal pengantin cari wali nikah

Norsyahadah Aida menunjukkan gambar bapanya yang masih dalam simpanan. MUAR - Seorang bakal pengantin buntu apabila usaha mencari bapanya sejak beberapa bulan lalu gagal yang memungkinkan dia tidak dapat bernikah pada 31 Mei ini. Norsyahadah Aida Zainal Abidin, 26, dari Sungai Sudah, Sungai Balang, dekat sini, berkata, dia dan bakal suami, Mat Salleh Omar, 21, memerlukan kehadiran bapanya, Zainal Abidin Saad, 60an, sebagai wali. “Saya percaya...

Saturday, May 3, 2014

Mohon kepemimpinan baharu di Mukim Bandar, Bakri

MUAR 2 Mei - Sebahagian besar daripada 2,200 penduduk Mukim Bandar di Jalan Dato’ Haji Kosai, Bakri di sini mahukan satu kepemimpinan baharu kerana teraju sedia ada didakwa gagal dan tidak lagi proaktif dalam menangani permasalahan serta kebajikan mereka. Pesara guru, Abdul Samad Awang, 65, dari Parit Keroma Darat, mendakwa, kebajikan mereka di mukim itu yang melibatkan Parit Keroma, Parit Keroma Darat, Parit Sakai, Parit Sakai Darat, Parit Besar, Parit dan Parit Perupok termasuk enam taman di situ terabai. “Sebagai contoh masalah surau di kampung...

Teknologi pertanian diperluas

Ismail (tengah) diiringi Rohaizah menyampaikan cenderhati kepada Mutalib selepas merasmikan Kursus Pra-Perkahwian Parlimen Pagoh di Kompleks Sri Pekembar, kelmarin. MUAR – Amalan pertanian baik di negara China yang menggunakan teknologi moden seperti fertigasi dan hidroponik akan diperluas di negeri ini bagi menyumbang peningkatan pengeluaran dalam negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri dan Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, teknologi...

Perlukan RM1,000 sebulan

NURZAHIRAH ditemani ibunya Nor Ashikin. NURZAHIRAH mengunakan alat pernafasan. Muar: Usianya baru tiga tahun, namun Nurzahirah Zulkefli terpaksa hidup dalam keadaan serba tidak selesa berikutan paru-parunya dijangkiti kuman sejak bayi lagi. Keadaan itu menyebabkan anak bongsu daripada tiga beradik terbabit terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan selain melihat dari jauh kanak-kanak sebayanya bermain bersama keluarga...