REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Saturday, June 28, 2014

OKU terselamat dalam kebakaran

Anggota bomba memadam kebakaran rumah di Sungai Abong, semalam. MUAR – Tindakan pantas pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Muar berjaya menyelamatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) daripada menjadi mangsa kebakaran sebuah rumah di Sungai Abong, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, lelaki OKU berusia 30an yang pekak dan bisu berusia 30an itu dipercayai tidur dalam bilik yang dikunci dari dalam di tingkat atas rumah...

Wednesday, June 25, 2014

Rumah tak berpenghuni musnah

Keadaan rumah Tai San yang musnah terbakar, semalam MUAR – Sebuah rumah tidak berpenghuni musnah dalam satu kebakaran di Jalan Salleh, malam kelmarin. Kejadian yang berlaku jam 1.50 pagi telah mengejutkan pemilik rumah berkenaan yang kini menetap di Johor Bahru apabila menerima panggilan telefon daripada jiran berdekatan rumah berkenaan. Tay Tai San,54, berkata, dia hairan apabila kejadian itu berlaku memandangkan bekalan elektrik di rumah...

Friday, June 20, 2014

Guru patah tangan, murid patah kaki

BAS dipercayai gagal memotong treler sebelum merempuh belakang kenderaan itu. Muar: Seorang guru patah tangan manakala muridnya patah kaki kanan apabila bas rombongan dinaiki mereka dari Kuala Lumpur hala selatan merempuh sebuah treler di Kilometer 48.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini pada 1.15 pagi tadi. Pemandu bas berkenaan pula patah kaki kiri. Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas gagal memintas treler dan menyebabkannya...

Karnival sempena KMJ 2014 hari ini

Beberapa petugas membuat persiapan sempena Karnival Kembara Mahkota Johor 2014 di Bukit Timbalan, Johor Bahru, semalam. MUAR 19 Jun - Majlis Perbandaran Muar (MPM) menganjurkan Karnival Kembara Mahkota Johor (KMJ 2014) dan sambutan Hari Perbandaran Muar Ke-13 di Dataran Tanjung Emas di sini selama empat hari bermula esok. Yang Dipertua MPM, Ramlee A. Rahman berkata, pelbagai acara menarik disediakan untuk pengunjung antaranya pameran, demonstrasi...

Thursday, June 19, 2014

PR1MA di pinggir bandar Muar

MUAR 18 Jun - Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina di kawasan seluas lapan hektar di Jalan Junid di sini tidak lama lagi dalam usaha memastikan rakyat berpendapatan rendah di daerah ini memiliki rumah sendiri. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, pangsapuri empat tingkat akan didirikan di kawasan seluas dua hektar manakala rumah setingkat mengikut dua kategori pula dibina di baki tanah seluas enam hektar. "Kawasan perumahan ini dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk surau, taman permainan kanak-kanak dan tadika. Ini...

Wednesday, June 18, 2014

Lumpuh selepas terlanggar landak

Salimah tidak pernah jemu menjaga suaminya yang terlantar sejak Jun tahun lalu. MUAR – Sebuah keluarga terpaksa bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 dan Baitulmal sebanyak RM500 sebulan, apabila suami yang menjadi tempat bergantung ditimpa kemalangan jalan raya. Berikutan kejadian itu, Sukeri Jikan, 54, menjadi lumpuh kesan kecederaan parah di kepala hingga memerlukannya dijaga rapi isteri tersayang,...

Saturday, June 14, 2014

Ikhtiar buka kedai runcit sejak hidap tulang reput

Abdul Wahab Yasin (dua, kanan) menunjukkan ubat-ubatannya kepada Ketua Puteri Wanita Pogoh, Rohaizah Ahmad. MUAR - Kehadiran rombongan Jelajah Sinar Harian edisi Johor yang singgah ke rumah kedai didiami seorang pesakit kronik, di Pekan Pagoh memberi kegembiraan buatnya sekeluarga. Abdul Wahab Yaasin, 62, berkata, sejak disahkan menghadapi masalah tulang reput akibat komplikasi buah pinggang, dia dan isteri, Mudah Wagiman, 48, berniaga kedai...