REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Tuesday, November 17, 2015

Ibu muda dirompak, dibunuh

Nurul Shahira Mohamed Yatim - Foto The Star MUAR – Misteri bunyi enjin kereta tidak dimatikan manakala pintu rumah terbuka ketika hujan lebat membongkar kisah tragis seorang kerani sekolah agama mati dibunuh selepas dirompak di Taman Setia Kasih, Sungai Terap di sini kelmarin. Mayat Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, yang lehernya dijerut mengguna kain langsir ditemui pada pukul 6 petang oleh jirannya yang curiga dengan bunyi enjin kereta Honda...

Sunday, November 15, 2015

Warga bangladesh maut dikelar rakan

MUAR - Seorang warga Bangladesh maut dipercayai akibat dikelar rakannya menggunakan pisau selepas mereka bergaduh di sebuah asrama pekerja di Bukit Pasir di sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob yang mengesahkan perkara itu berkata, mangsa dikenali sebagai Arif Hossain, 25, yang mayatnya ditemui kira-kira pukul 5 pagi. Katanya sebaik menerima panggilan, sepasukan polis telah ke asrama pekerja itu dan menemui mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah. "Mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher dan mayatnya...

Monday, June 8, 2015

Menang RM50,000 cipta trak pelbagai guna

Trak pelbagai guna ciptaan Zakaria telah memenangi johan Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan 2015 MUAR – Menjadi satu kebanggaan kepada warga Mukim  Ayer Hitam, di sini apabila produk inovasi yang dihasilkan anak tempatan mukim berkenaan memenangi johan Anugerah Ilham Desa peringkat kebangsaan 2015, baru-baru ini. Zakaria Selamat, 67, merupakan pencipta asal gerabak atau trak pelbagai guna iaitu sejenis pengangkutan membawa hasil...

Sunday, June 7, 2015

Penduduk cemas ribut landa kampung di Pagoh

MUAR - Beberapa penduduk Batu 10, Kampung Paya Panjang, Sungai Raya, Pagoh di sini menempuh saat cemas apabila ribut melanda kampung itu petang semalam. Ribut selama 10 minit itu disusuli hujan batu dan turut merosakkan enam rumah penduduk selain menumbangkan beberapa batang pokok dalam kejadian kira-kira 5 petang itu. Seorang penduduk, Zulkifli Enjah, 54, berkata, ketika kejadian beliau berada di beranda rumah sebelum ribut kencang yang disusuli...

Saturday, June 6, 2015

Peniaga kerugian hampir RM1 juta

Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan api bagi mengelakkan kebakaran merebak ke bangunan berhampiran MUAR – Seorang peniaga perabot, barangan elektrik dan sarang burung walet mengalami kerugian hampir RM1 juta apabila premisnya di Jalan Jorak, Pekan Bukit Pasir, di sini, musnah terbakar. Kebakaran membabitkan dua blok bangunan tiga tingkat itu hanya disedari penduduk berhampiran selepas terlihat kepulan asap hitam keluar daripada tingkat...

Monday, June 1, 2015

Port belakang tokong diserbu

Azman menunjukkan peralatan perjudian yang dirampas termasuk wang tunai dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, di sini semalam. MUAR - Tindakan berani lapan kaki judi tegar menjadikan belakang sebuah tokong Cina di Bukit Pasir, di sini sebagai ‘port’ baharu bermain judi mengundang padah apabila ditahan Jumaat lalu yang membabitkan rampasan melebihi RM220,000. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata,...

Polis berjaya tahan 472 warga asing

MUAR - Polis berjaya menahan seramai 472  warga asing di daerah ini dari pelbagai negara menerusi 36 operasi yang dilakukan pada 1 Januari hingga 27 Mei lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, daripada jumlah tersebut ia  melibatkan 255  lelaki dan 217 wanita dalam operasi bersepadu yang dilakukan di sekitar daerah ini dengan 1475 pemeriksaan. “Kesemua warga asing terbabit  daripada negara China, Indonesia, Myanmar, Thailand, Vietnam, India dan Nepal. “Warga asing paling ramai ditahan dari Indonesia...

Saturday, May 30, 2015

Tergamak bawa lori bapa mencuri

Azman menunjukkan lori berserta barangan yang dirampas dalam kejadian pecah rumah di Jalan Ismail. MUAR - Seorang anak tergamak menggunakan lori milik bapanya untuk mengangkut hasil kegiatan pecah rumah di Jalan Ismail, di sini, yang dilakukan bersama seorang rakan. Namun ia tidak berpanjangan apabila mereka tertangkap melakukan kegiatan itu oleh mangsa. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dua suspek tersebut diberkas...

Friday, May 29, 2015

Diperdaya bomoh buang bala

Azman (dua, kanan) menunjukkan lakaran wajah suspek yang terlibat kes penipuan warga emas membabitkan kerugian RM60,000. MUAR - Seorang warga emas mengalami kerugian berjumlah RM60,000 akibat diperdayakan seorang bomoh dan dua wanita warganegara China yang kononnya boleh membuang bala dalam satu kejadian, Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisoner Azman Ayob berkata, kerugian itu membabitkan wang tunai berjumlah RM35,000 dan barang...

Wednesday, May 27, 2015

Treler tiba-tiba terbakar di Muar

MUAR - Sebuah treler yang membawa muatan bahan membuat barangan plastik terbakar di Kilometer 140.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan berhampiran jalan susur keluar Pagoh. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Ismail Mahmud berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.50 pagi tadi. Beliau berkata, treler itu dalam perjalanan dari arah Melaka menuju Johor Bahru secara tiba-tiba dikatakan mengeluarkan asap sebelum belaku kebakaran. Pemandu treler dan pembantunya sempat menyelamatkan diri, katanya. - Bernama 27 Mei 2...

Saturday, April 25, 2015

Lelaki minta air sebelum meninggal

MUAR - Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia sebelum dia sempat meminum air yang dimintanya.   Ong Thiam Huat, 54, meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Jalan Kim Kee di sini kira-kira 1 tengahari tadi.   Tuan rumah itu, Eng Ki Nyu, 72, berkata seorang lelaki pada mulanya datang ke rumahnya untuk meminta segelas air minuman.       "Lelaki yang saya tidak kenal itu meminta air kerana menurutnya dia haus dan berasa pening kepala. Namun apabila saya masuk ke dalam rumah untuk mengambil air, saya terdengar...

Thursday, April 16, 2015

Dua remaja hilang dikhuatiri lemas

PAGOH 15 April – Kegembiraan tiga remaja bergurau berakhir duka apabila seorang daripadanya tergelincir ke dalam sungai dan seorang lagi yang cuba membantu turut hilang di Jeti Kampung Jorak, di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, pada mulanya Muhammad Afiq Asyraf Mohamad Najib dan Elis Norfairusnizam Sidek yang kedua-duanya berusia 15 tahun bersiar-siar bersama seorang lagi rakannya di kawasan itu. Pegawai Bomba Kanan 1 Balai...

Thursday, April 2, 2015

Jurulatih Maktab PDRM maut dalam kemalangan

MUAR - Seorang jurulatih Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri maut selepas tercampak dari motosikal berkuasa tingginya yang bertembung dengan sebuah kereta ketika mangsa dipercayai mengetuai konvoi bermotosikal. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob ketika mengesahkan kejadian itu berkata, Sarjan Ishak Fudzil, 48, maut ditempat kejadian selepas motosikalnya merempuh sebuah Perodua Myvi di persimpangan lampu isyarat Simpang Jeram Masjid di sini kira-kira pukul 4 petang tadi. Beliau berkata, konvoi yang dikawal mangsa...

Wednesday, March 25, 2015

Rayu bantu rawatan susulan anak

Balqis bersama ibunya, Zuleha di rumahnya di Lorong Hj Jabbar, Parit Tiram, di sini. MUAR – Ibu kepada kanak-kanak mengidap penyakit jantung berlubang dan saluran injap jantung sempit memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung perbelanjaan rawatan susulan di Institut Jantung Negera (IJN), April ini. Zuleha Yahya, 45, dari Parit Tiram berkata,  anaknya Nur Farah Athirah Balqis Razak ,6, masih lagi memerlukan rawatan susulan di IJN dan...

Tuesday, March 24, 2015

Jatuh sungai, mayat warga emas dijumpai nelayan

Mayat Chiew Lua dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat. MUAR – Seorang warga emas ditemui mati lemas dipercayai terjatuh dari Jambatan Kedua  Muar sebelum mayatnya dijumpai di tebing sungai oleh seorang nelayan yang sedang menangkap ikan di sungai berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, Chiew Lua, 65, yang dipercayai mempunyai masalah kemurungan telah meminta izin daripada menantunya untuk keluar rumah...

Sunday, March 22, 2015

Anggota bomba maut motosikal rempuh kereta

MANGSA maut selepas motosikal kuasa tinggi merempuh kereta di Muar. FOTO Sharafiq Abd Samad Muar: Seorang anggota balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Kuala Lumpur, maut apabila motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh kereta di simpang empat Jalan Majidi dan Jalan Hassan di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Muhammad Hazim Basir, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketua...

Wednesday, March 18, 2015

Kekejaman komunis di Parit Jawa

Khamis menunjukkan salasilah Jabar. Bangunan di Pekan Parit Jawa yang dibina sekitar tahun 1900. Khamis Junid PARIT Jawa, Muar  yang cukup sinonim dengan keenakan asam pedas menyimpan  satu sejarah yang tidak diketahui ramai. Parit Jawa sebenarnya tempat yang menyaksikan banyak kematian orang Melayu akibat kekejaman Komunis di negeri ini selain yang berlaku di Parit Sulong, Semerah, Senggarang dan Rengit. Peristiwa itu berlaku...

Monday, March 16, 2015

26 pasangan sertai majlis perkahwinan perdana

MUAR - Seramai 26 pasangan hari ini melangsungkan perkahwinan beramai-ramai pada Majlis Walimatulurus Perdana di Masjid Sultan Abu Bakar.   Para peserta turut membabitkan pasangan dari negeri lain seperti Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan.   Kadi Daerah Muar, Dzulkafli Mohamed berkata, majlis sebegini dapat meringankan beban serta memudahkan pasangan melangsungkan perkahwinan.   "Setiap pasangan hanya dikenakan bayaran RM1,900," katanya kepada pemberita.     Promosi programnya disebarkan menerusi risalah, banting, kursus...

Saturday, March 14, 2015

Jangan makan 'ayam sakit'

MUAR – Ternakan ayam kampung yang diserang penyakit Newcastle Diseases (ND) atau sampar ayam  tidak dimakan kerana dikhuatiri penyakit itu boleh menjangkiti manusia. Pegawai Veterinar Daerah Muar, Zamari Mohamad Amin berkata, sebaliknya ayam tersebut perlu diberikan multivitamin khas iaitu vaksin ND dalam bentuk larutan minuman yang dibancuh bersama air tanpa klorin. Menurut Zamari, vaksin yang perlu diberikan sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang hayat ternakan itu bertujuan untuk penyakit berkenaan merebak ke kelompok ayam yang sihat. “Penyakit...

Tuesday, January 27, 2015

Hak 100 pekerja Islam terbela

Razali (kanan) ketika meninjau stor Pasaraya Astaka yang akan dijadikan surau bagi membolehkan pekerja Islam menunaikan solat.  MUAR - Hak 100 pekerja Islam di Pasaraya Astaka, di sini untuk menunaikan solat ketika waktu bekerja dan rehat, akhirnya mendapat perhatian apabila pengurusan pasaraya berkenaan bersetuju membina surau dalam premis tersebut. Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, surau tersebut memiliki ruang solat berasingan...

Saturday, January 24, 2015

Empat sekeluarga maut serentak

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa daripada kereta Perodua Kancil di Merlimau semalam. JASIN – Empat sekeluarga maut selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau dekat sini semalam. Mangsa ialah Ida Dollah, 46, yang memandu kereta berkenaan, dua anaknya, Siti Rohana Abd. Ghafar, 23, dan Siti Rohani, 18, dari Kesang Laut, Muar, Johor serta ibu mentua...

Wednesday, January 14, 2015

Suami parah ditikam peragut

Lokasi Chi Meng ditikam penjenayah selepas mempertahankan isterinya daripada diragut. MUAR - Usaha seorang suami melindungi isterinya daripada diragut bertukar malang apabila diserang serta ditikam penjenayah menggunakan pisau dalam cubaan ragut di Taman Arosa, Bakri, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.20 malam itu, Lee Chi Meng, 37, cedera pada bahu dan difahamkan tikaman tersebut mengenai saluran darah menyebabkannya mengalami pendarahan tanpa...

Wednesday, January 7, 2015

Pemandu sempat keluar lori

Anggota bomba bertungkus- lumus memadamkan kebakaran lori berkenaan, semalam. MUAR - Seorang pemandu sempat menyelamatkan diri daripada api yang membakar kenderaan dipandunya melalui pintu yang tercabut selepas merempuh belakang lori lain di Kilometer 129.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit hanya cedera ringan pada badan ketika...

Monday, January 5, 2015

Letupan kuat gegar asrama

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran kilang memproses cat. MUAR - Tidur malam kira-kira tujuh penghuni sebuah asrama pekerja asing di Jeram Tepi, dekat Bakri, di sini,   terganggu selepas dikejutkan dengan puluhan letupan kuat daripada kebakaran sebuah kilang memperoses cat di kawasan berkenaan, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, menyebabkan keseluruhan bangunan kilang tersebut musnah terbakar. Saksi,...