MUAR - Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia sebelum dia sempat meminum air yang dimintanya.
Ong Thiam Huat, 54, meninggal dunia di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Jalan Kim Kee di sini kira-kira 1 tengahari tadi.
Tuan rumah itu, Eng Ki Nyu, 72, berkata seorang lelaki pada mulanya datang ke rumahnya untuk meminta segelas air minuman.
"Lelaki yang saya tidak kenal itu meminta air kerana menurutnya dia haus dan berasa pening kepala. Namun apabila saya masuk ke dalam rumah untuk mengambil air, saya terdengar...