REMPAH MAK SITI

Manufacturers of malaysia curry powder, herbs and spices, chilli powder suppliers, soup powder, flavour enhancer, tradisional soup, tumeric, recipe.

Friday, May 13, 2016

Rahsia Kopi 434 masih bertahan

Kafe Kopi Gajah yang terletak di Jalan Bentayan. Kopi 434 mengeluarkan pelbagai jenis rasa kopi bagi menepati selera masyarakat pada masa kini. Cher Yong bersama salah seorang pekerjanya, Norfatin Mohamad, 23, menunjukkan dua jenis kopi keluaran Kopi 434 yang laris di pasaran. Kopi 434 antara kopi yang terlaris di pasaran. MUAR - Lambakan pelbagai produk baharu pada masa kini pastinya menggerunkan sesetengah pengusahanya, namun tidak...

Peniaga dituduh bunuh koperal

MUAR – Seorang peniaga berdepan hukuman mati setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh seorang anggota polis pada bulan lalu. Tertuduh, R. M. Azrull Hisyam­ Hussin, 32, yang berpakaian lokap berwarna jingga mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Suzana Mokhtar. Bagaimanapun, tiada pe­ngakuan daripada tertuduh direkodkan oleh mahkamah. Mengikut pertuduhan, R. M. Azrull...

Thursday, May 12, 2016

Bukan misteri

KEJADIAN ayam hutan mati yang diviralkan di laman sosial. Muar: Kejadian 10 ayam hutan ditemui mati di kilang di Tangkak, kelmarin, yang viral di laman sosial dikatakan berlaku setiap tahun dan bukan perkara pelik kepada pekerja kilang berkenaan. Jurucakap kilang yang enggan dikenali berkata, kejadian seumpama itu berlaku satu atau dua kali setahun sejak beberapa tahun lalu disebabkan kilang berkenaan terletak berhampiran kawasan hutan paya...

Tuesday, April 26, 2016

Bapa ketuk anak dengan sepana

MUAR – Gara-gara sebatang sepana, seorang kanak-kanak lelaki menerima dua jahitan pada kepala selepas dipercayai diketuk de­ngan peralatan itu oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Lembah, Pagoh di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa berusia 11 tahun yang sedang berbaring di ruang tamu rumahnya diketuk dengan sepana terbabit selepas bapanya berang dengan jawapan yang diberikan berhubung pertanyaan mengenai alat ber­kenaan. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan awal...

Friday, April 22, 2016

Hasrat Acan jumpa Tunku Ismail tercapai

Tunku Ismail menunjukkan jersi yang dihadiahkan kepada Mohd Fikri sambil diperhatikan ibu bapanya. - Foto Ihsan FACEBOOK JOHOR SOUTHERN TIGERS MUAR - Seorang budak yang menderita sakit jantung berlubang tahap kronik di sini, terharu apabila permintaannya untuk bertemu Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi kenyataan. Mohd Fikri Hashim, 15, pernah menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan keluarga diraja itu yang menjadi...

Wednesday, April 20, 2016

Kaunter pandu lalu menyusahkan

Penduduk yang ingin melalui laluan itu juga terpaksa menunggu di belakang kereta pelanggan sehingga mereka selesai membeli makanan. Keadaan jalan yang sempit menyukarkan penduduk apabila terpaksa berselisih dengan kenderaan pelanggan di kaunter restoran itu. Pihak berkuasa MPM memberi amaran kepada pengusaha restoran agar mematuhi amaran dan notis yang dikeluarkan supaya menghentikan perkhidmatan kaunter pandu lalu. MUAR - Penduduk di...

Friday, April 15, 2016

Terkejut temui bom tinggalan lama

Bom lama bersaiz14 inci dipercayai tinggalan perang dunia kedua ditemui pekerja pembersihan tengah hari semalam. Pihak polis mengawal keadaan sekitar bagi menjaga keselamatan orang awam dengan memasang garisan polis bagi mengelak orang ramai memasuki kawasan tersebut. MUAR - Seorang pekerja pembersihan terkejut menemui sebutir bom lama, disyaki tinggalan Perang Dunia Kedua di sebuah longkang di Jalan Paip, Taman Sri Treh, Jalan Salleh di...

Saturday, March 19, 2016

Orang Muar serbu jelajah

FOTO Syarafiq Abd Samad Mazizul Dani mazizul@hmetro.com.my Muar: Pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung pada Jelajah Ledakan 25 tahun Harian Metro bersama Yeo's Yeogurt, di Dataran Tanjung Emas di sini. Orang ramai yang kebanyakannya datang bersama keluarga mengunjungi jelajah sejak 3.30 petang Antara gerai pameran yang turut serta dalam jelajah ini ialah jenama air mineral Cactus yang menawarkan pelbagai promosi menarik. Pengunjung...

Sunday, March 13, 2016

Kejar syurga hakiki

RAMLEE memandu jengkaut merasmikan majlis pecah tanah madrasah tahfiz itu, baru-baru ini. Muar: Nilai hartanah ditawarkan mencecah jutaan ringgit namun kemewahan dunia gagal membeli hati seorang pesara kerajaan apabila menyimpan impian membina tahfiz maritim di tanah milik keluarganya berhampiran Parit Tiram di sini. Bayangkan dengan keluasan tanah 0.8 hektar, Hashim Hussain, 62, ditawarkan pemaju jutaan ringgit namun ditolak bulat-bulat demi...

Friday, February 26, 2016

Dua anak derita sindrom MPS II

Mohd Adam dan Haliza berharap ada pihak tampil bantu mengubati penyakit Muhammad Yusof Ashraf (kiri) dan Muhammad Irfan Zahran. MUAR - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah ungkapan layak diberikan buat pasangan suami isteri, Mohd Adam Sapardi, 40, dan Haliza Md Kassim, 39, selepas dua daripada empat anak mereka disahkan menghidap penyakit sindrom mucopolysaccharidosis (MPS) II. Menurut Mohd Adam, dua anaknya, Muhammad Yusof...