MUAR – Gara-gara sebatang sepana, seorang kanak-kanak lelaki menerima dua jahitan pada kepala selepas dipercayai diketuk dengan peralatan itu oleh bapanya sendiri dalam kejadian di Kampung Paya Lembah, Pagoh di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa berusia 11 tahun yang sedang berbaring di ruang tamu rumahnya diketuk dengan sepana terbabit selepas bapanya berang dengan jawapan yang diberikan berhubung pertanyaan mengenai alat berkenaan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan awal...