Monday, February 7, 2011

Pasangan pengantin bernikah dalam banjir

ARKIB

NORLIANA (kiri) bersama Hishamuddin yang menaiki bot menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya di Kampung Sri Tanjung, Panchor, Muar semalam.

MUAR - Kesedihan sepasang pengantin baru apabila persiapan kahwin musnah disebabkan banjir terubat apabila majlis pernikahan mereka diserikan dengan kehadiran isteri Sultan Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah di Masjid Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, di sini semalam.

Baginda berkenan menghadiri majlis pernikahan Hishamuddin Darwis, 30, dan Norliana Sakiman, 21, selepas membuat lawatan ke pusat pemindahan banjir sementara di IKBN pukul 11 pagi.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh naib kadi kawasan Panchor, Mohd. Taib Mohamad.

Menurut Hishamuddin, walaupun masih bersedih kerana tidak dapat bersanding di rumah isterinya di Kampung Sri Tanjung, Panchor akibat banjir namun, dia tetap gembira apabila majlis pernikahannya tetap berlangsung dengan meriah terutama dengan kehadiran Raja Zarith Sofiah.

Kosmo
6 Feb 2011


Sanding mengejut

MUAR: Pasangan pengantin baru, Hishammudin Darus, 30, dan Nurul Liyana Sukiman, 22, yang kerugian kira-kira RM15,000 berikutan banjir disandingkan dalam satu majlis mengejut di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Sri Bukit Pasir di sini, semalam.

Kegembiraan terpancar pada wajah mempelai memandangkan hajat mereka untuk bersanding akhirnya tercapai.

Majlis itu ditaja Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Sharuddin Md Salleh yang turut hadir sebagai tetamu.

Hishammudin berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai majlis persandingan berkenaan.

“Kami terharu kerana majlis tetap diadakan walaupun dalam keadaan serba kekurangan, tetapi meriah dengan paluan kompang, bunga manggar serta makan beradat,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan pasangan suami isteri itu terpaksa menangguhkan majlis persandingan mereka berikutan banjir melanda kediaman mereka di kampung Sri Tanjung.

myMetro
8 Feb 2011

0 comments:

Post a Comment