Wednesday, July 14, 2010

Lelaki ceroboh tadika ketuk kepala tiga murid

ARKIB 10 MAC 2009


Seorang pegawai polis mengawal Tadika Sinario, tempat lelaki tidak siuman mengamuk dan mencederakan pelajar di Muar, semalam - UTUSAN/ISHAK RAHMAD


FAKTA:


KEJADIAN: Seorang lelaki mencerobohi sebuah tadika dan menyerang kanak-kanak dengan tukul
LOKASI: Tadika Sinario, Lororng Haji Ali, Muar
MANGSA: 3 kanak-kanak dan pengetua cedera. Tiada kematian.


MANGSA-MANGSA YANG CEDERA:
Alex Tan Kar Eik, 6
Nur Nadhrah Nabila Mohd. Yusri, 6
Vincent Tay Hui Seng, 6
Voon Siew Kion, 45


MUAR 10 Mac - Ketika beberapa orang guru sibuk menyediakan sarapan pagi di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman di sini, suasana tiba-tiba menjadi kecoh dengan jeritan kanak-kanak.

Seramai 20 orang murid dalam sebuah kelas di tadika itu ketakutan, melihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam, berkaca mata dan bertopi keledar tiba-tiba muncul dalam sekolah mereka.

Lelaki itu yang dipercayai kurang siuman menggunakan tukul besi dan bertindak di luar batasan apabila mengetuk kepala tiga orang murid yang berada dalam kelas itu.

Dia sebelum itu dikatakan memanjat pagar tadika tersebut kira-kira pukul 10 pagi untuk menceroboh masuk ke dalam tadika berkenaan.

Berikutan kejadian itu, tiga kanak-kanak berusia enam tahun terpaksa dirawat akibat dicederakan oleh lelaki itu yang kemudiannya melarikan diri tidak sampai beberapa minit selepas mengamuk di tadika tersebut.

Dua daripada mereka, Alex Tan Kar Eik dan Nur Nadhrah Nabila Mohd. Yusri mengalami kecederaan retak tempurung kepala manakala seorang lagi mangsa, Vincent Tay Hui Seng hanya mengalami luka.

Malah, pengetua tadika itu, Voon Siew Kion, 45, turut cedera di bahu kanan dan tangan kiri akibat diketuk dengan tukul ketika cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan.

Menceritakan semula kejadian tersebut, Siew Kion memberitahu, dia nampak suspek masuk ke dalam tadika selepas memanjat pagar.

"Saya kemudian bertanya lelaki itu tujuan dia masuk ke dalam tadika, namun dia kemudian melemparkan serbuk lada putih ke muka saya.

"Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu menendang pintu kelas untuk masuk dan bertindak memukul kepala tiga anak murid saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, dia cuba menghalang tindakan suspek itu namun dicederakan dengan tukul yang dibawanya.

Sebaik sahaja lelaki itu melarikan diri, guru-guru tadika yang lain membantu menghantarnya serta tiga murid yang cedera ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk rawatan.

Difahamkan, kesemua mangsa serangan lelaki kurang siuman itu dalam keadaan stabil di wad hospital manakala Siew Kion hanya menerima rawatan pesakit luar.

Keretakan yang berlaku di kepala dua kanak-kanak terbabit dianggarkan sepanjang 3 sentimeter dan mereka kini dipantau secara serius oleh pihak hospital.

Kejadian serangan terhadap kanak-kanak seperti ini bukan pertama kali berlaku di daerah ini.

Pada tahun lalu, tiga kanak-kanak berusia antara 5 hingga 9 tahun parah ditikam oleh seorang lelaki yang juga dipercayai kurang siuman.

Kejadian pada 12 Januari tahun lalu berlaku di hadapan sebuah rumah di Jalan Bakariah, Taman Muar dan di hadapan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong.

Sementara itu, bapa kepada Nur Nadhrah Nabila, Mohd. Yusri Mukhlis, 33, berkata, dia pada mulanya terkejut selepas dimaklumkan bahawa anaknya terbunuh dalam serangan di tadika tersebut.

"Saya terus bergegas ke hospital selepas dimaklumkan. Syukur Alhamdullilah, anak saya selamat dan tiada siapa yang kehilangan nyawa," katanya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff pada sidang akhbar tergempar di sini petang ini mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat dan memberkas suspek kes tersebut.

"Kita telah menghantar tambahan pegawai dan anggota dari Ledang, Batu Pahat dan IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Johor untuk terbabit sama dalam kes ini.

"Saya sendiri akan memantau perkembangan kes ini supaya suspek yang tidak berperikemanusiaan dan dipercayai tidak siuman ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK Johor di 07-2212999 atau talian Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di 06-9526001.

Utusan Malaysia Online
10 Mac 2010


Guru, 3 murid tadika diserang lelaki kurang siuman

MUAR: Tiga murid dan seorang guru tadika cedera parah selepas diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah tadika di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata Nur Nadrah Nabila Mohd Yusri, 6, dan Alex Tan Kar Eik, 6, mengalami keretakan di bahagian kepala manakala seorang lagi murid Vincent Tey Hui Seng, 6, dan guru Boon Kiun Sew, 45, mengalami kecederaan di badan.

"Kesemua mangsa dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika 60 murid tadika berkenaan sedang menikmati sarapan pagi.

"Seorang lelaki bertopi keledar dan memakai pakaian serba hitam telah menceroboh tadika berkenaan dengan memanjat pagar lalu memukul guru wanita terbabit menggunakan tukul besi sebelum memukul bahagian kepala tiga orang kanak-kanak," katanya.

myMetro
10 Mac 2010


Man armed with hammer assaults pre-school children in class

MUAR: The happy chatter of children turned into screams of horror when an unidentified man armed with a hammer barged into a kindergarten here and bludgeoned three six-year-olds.

Six-year-old Vincent Tey being wheeled into the ward at the Sultanah Fatimah Specialist Hospital in Muar.

In the morning incident which shocked the residents of the usually peaceful Lorong Haji Ali, the man rode up to the kindergarten and parked his motorcycle outside.

Holding a hammer in one hand, he climbed over the fence and kicked open the locked grill that led to the main hall of Tadika Sinario.

Some 20 children were having breakfast at the time, under the watchful eyes of kindergarten operator Voon Siew Kuin, 45.

The children were at first shocked to see a stranger charging into their kindergarten, but became horrified when violence unfolded in the next few minutes.

Bloody attack: Bloodstains on the floor of Tadika Sinario after the man had attacked the children.

Voon tried to attract the attention of the man by repeatedly asking him: “You cari siapa? (Who are you looking for?)”.

Agitated, the small-built man threw pepper powder at her and hit her with the hammer.

As she groaned in pain, the man began to wildly swing the hammer at the children.


Alex Tan is carried in a wheelchair and Nur Nadriah Nabilah Mohd Yusri (below) is taken in a stretcher to the wards after receiving treatment.



Three of them, including a girl, were hit on the head. The other children screamed as they tried to flee.

The man then ran away when Voon recovered and chased after him with a broom.

When he reached his motorcycle, he threatened Voon by waving the hammer at her before riding away.

Apart from her, the only other adult at the kindergarten was a helper in her 50s. She was in the kitchen when the attack happened.

Voon and the assistant rushed the three children to the Sultanah Fatimah Specialist Hospital at about 10.20am as they were bleeding profusely on the head.

The two boys, Vincent Tey and Alex Tan, and the girl, Nur Nadrah Nabilah Mohd Yusri, underwent emergency treatment, including thorough head scans.

Nur Nadrah’s father Mohd Yusri Mukhlis was thankful that his daughter was not critically hurt.

He was horrified when he was earlier misinformed that Nur Nadrah had died. His wife, Farah Asyikin Abu Samah, went limp when she heard the news.

“We were relieved when we met the doctors at the hospital and were told of her condition,” he said at the hospital.

The three children were later sent to the Sultanah Aminah Hospital in Johor Baru.

A mother’s grief: Farah Asyikin collapsed in shock when she was wrongly informed that her daughter was dead at the hospital yesterday.

The Star Online
11 March 2010


Massive manhunt for kindergarten attacker

Extensive search: Traffic policemen screening motorcyclists in Muar yesterday.

MUAR: Police have launched a massive manhunt for the man who brutally bludgeoned and injured three pre-schoolers at Tadika Sinario in Lorong Haji Ali here.

Johor police chief Deputy Comm Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff said police had mounted roadblocks and mobilised teams, including plainclothes policemen, detectives and traffic policemen.

He said all resources in the department would be deployed to nab the attacker.

“We believe he is of unsound mind and should not be allowed to remain free.

“No one in his right frame of mind would want to hit or hurt children with a hammer.

“I have also directed our intelligence unit and special branch members to collect all information regarding the attacker,” he said, adding that he had also directed the Muar police to work with the Ledang and Batu Pahat police on this case.

DCP Mokhtar said roadblocks had been set up at many junctions within Muar town and all motorcyclists were being screened.

A traffic police officer said about 40 policemen and volunteer policemen were involved in the operation which began shortly after the horror attack.

The Star Online
11 Mac 2010


Identiti suspek serang murid tadika di Muar sudah dikenal pasti

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan sudah mengenal pasti lelaki yang menyerang tiga kanak-kanak tadika di Muar, kelmarin dengan tukul besi sehingga mencederakan mereka.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata identiti penyerang terbabit dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, fotofit lelaki berkenaan dikeluarkan dalam masa terdekat. Rabu lalu, tiga murid Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Sinario di Muar cedera di kepala selepas diserang dengan penukul besi oleh seorang lelaki kurang siuman yang menceroboh masuk ke bilik darjah mereka.

Lelaki berkenaan yang dilaporkan memakai topi keledar, terdahulu menyerang guru tadika terbabit dengan serbuk lada sebelum menyerang kanak-kanak berkenaan.

Berita Harian Online
12 Mac 2010


Kaki budak mangsa serangan tukul lemah

JOHOR BAHRU: Seorang daripada kanak-kanak berusia enam tahun yang menjadi mangsa serangan tukul di tadika di Muar oleh lelaki tidak dikenali pada 10 Mac lalu, kini disahkan mengalami masalah berjalan berikutan kaki kiri mangsa lemah dipercayai kesan serangan tidak berhati perut itu.

Selepas lima hari dirawat di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) akibat kecederaan di kepala, Nur Nadrah Nabilah Mohd Yusri yang sepatutnya dibenarkan keluar HSA hari ini terpaksa dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar, untuk menjalani siri sesi fisioterapi bagi memulihkan kaki kirinya itu.

Ibu mangsa, Fara Asykin Abu Samah, 27, berkata dia sedih dan risau keadaan anaknya dan mendakwa masalah pada kaki kiri mangsa berlaku selepas kecederaan dialami akibat ditukul lelaki berkenaan.

myMetro
15 Mac 2010


Suspek ke-4 serang tadika ditahan

MUAR: Polis menahan seorang lagi lelaki, semalam menjadikan jumlah tangkapan bagi membantu siasatan kes serangan seorang lelaki menggunakan tukul besi terhadap tiga kanak-kanak di tadika Sanario, Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, di sini, kepada empat suspek.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasri Ramli, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di satu taman perumahan di Sungai Abong, di sini, kira-kira jam 9 pagi semalam.

Menurutnya, penahanan suspek lelaki terbaru itu membuktikan pihaknya betul-betul komited dan mahu menyelesaikan kes terbabit dalam masa terdekat.

“Suspek yang baru ditahan itu kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan dan tangkapan terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kepada empat orang.

“Sejak dua minggu lalu kami melancarkan beberapa siri operasi termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan sekitar bandar ini bagi mengesan dalang sebenar,” katanya.

myMetro
22 Mac 2010


Suspek serang budak tadika ditahan

JOHOR BAHRU: Polis Johor yakin mampu menyelesaikan kes membabitkan serangan menggunakan tukul terhadap tiga kanak-kanak di Tadika Sinario di Muar pada 10 Mac lalu dengan penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan di sini, petang kelmarin.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis turut merampas empat tukul besi, jaket kuning serta topi keledar penuh (full face).

“Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal, dipercayai di bawah pengaruh dadah. Sementara menunggu soal siasat dijalankan, kami juga akan mendapatkan maklumat ujian DNA tukul yang ditemui,” katanya.

myMetro
11 April 2010

0 comments:

Post a Comment