Wednesday, July 14, 2010

Mohd. Rizal dicari bantu kes pecah rumah

ARKIB 1 JULAI 2010

MUAR 1 Julai - Seorang warga emas berusia 69 tahun kerugian RM5,000 apabila menjadi mangsa kelima bagi kes penipuan tiket nombor ramalan di daerah ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, mangsa diperdaya oleh seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia dan seorang lelaki dipercayai berasal dari Sabah telah memberi wang tunai sebanyak RM5,000 bagi ditukar dengan tiket nombor ramalan yang kononnya bernilai RM80,000.

"Mangsa akhirnya kecewa selepas diberitahu tiket berkenaan adalah tiket palsu dan suspek kes telah menghilangkan diri dengan kereta Honda Accord," katanya yang turut memberitahu sebanyak 15 kes penipuan berkenaan dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Pada sidang akhbar yang sama, Mohamad Nasir meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki seorang lelaki, Mohd. Rizal Rahman, 38, bagi membantu siasatan beberapa kes pecah rumah di sekitar daerah ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung individu yang berasal dari Taman Warisan, Jalan Joned di sini diminta menghubungi IPD Muar di talian 06-9526222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Utusan
1 Jul 2010

0 comments:

Post a Comment