Wednesday, July 14, 2010

Dugaan isteri

ARKIB 25 FEB 2010



DERITA...Maimunah memangku dua anaknya yang menderita penyakit saraf sejak lahir.


MUAR: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itudugaan hidup terpaksa ditempuh Maimunah Chik, 49, apabila dua anaknya terlantar menghidap penyakit saraf sejak lahir.

Lebih memilukan, suaminya, Mohamad Saidin Ismail, 45, turut menderita penyakit ganjil seperti busung sejak setahun lalu.


TERLANTAR...Maimunah juga menjaga suaminya yang menderita sakit busung.


Malang bertimpa-timpa itu mengakibatkan Maimunah terpaksa bergantung harap wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyara ahli keluarga termasuk Syafiqah, 18, dan Nor Arina, 12, yang menghidap penyakit saraf Cerebral Palsy serta seorang lagi anak perempuan berusia 16 tahun.

“Melalui wang bantuan itu, saya cuba menyara mereka tapi apakan daya ia tidak mencukupi. Sudah jemu saya hendak membawa perkara ini kepada pihak berkenaan kerana kami tidak diberi perhatian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Wan Chik di Jalan Salleh di sini, semalam.

Katanya, Syafiqah dan Nor Arina memerlukan rawatan fisioterapi sekurang-kurangnya seminggu dua kali.

Selain itu, dua anaknya itu terpaksa diberi minum susu khas berharga kira-kira RM100 setin selain dipakaikan lampin pakai buang orang dewasa.

Maimumah mengakui menerima wang bantuan JKM, namun wang itu mencukupi memandangkan dia tidak boleh bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

“Macam mana nak kerja, nanti mereka (anak dan suami) tiada siapa yang menjaga,” katanya.

Difahamkan, keluarganya juga tidak lagi menerima kunjungan kakitangan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dalam memberi bimbingan fisioterapi kepada dua anaknya.

“Nak dapatkan rawatan pakar perlukan duit yang banyak dan saya tak mampu. Kalau dulu abang (suami) bekerja tapi sekarang dia terlantar sakit,” katanya.

Mohamad Saidin yang pernah bekerja sebagai pemandu lori menghidap penyakit misteri dengan perutnya membesar seakan-akan wanita sarat mengandung walaupun tubuh kurus.

Justeru, Maimunah dan Mohamad Saidin menyeru orang ramai atau pihak yang dapat membantu dalam meringankan beban keluarga atau merawat penyakit suami supaya menghubungi talian 06-9520720.

myMetro
2010/02/25

0 comments:

Post a Comment