ARKIB 17 Mac 2010
MUAR: Dua beranak terbunuh apabila lori yang dinaiki mereka terbabas sebelum menjunam ke dalam parit di Kilometer 145, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh, semalam.
Kemalangan kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pemandu lori terbabit, Zaini Talib, 38, dan anaknya, Amirul Ikhwan, 11, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan mengalami kecederaan parah di kepala.
Kejadian berlaku apabila lori dipandu Zaini yang dalam perjalanan menghala ke Melaka mengelak daripada merempuh belakang sebuah lori lain yang ketika itu berada di lorong tengah lebuh raya itu.
Akibat tindakan itu, mangsa hilang kawalan apabila kenderaan berkenaan terbabas.
Namun begitu, lori yang cuba dielak itu meninggalkan tempat kejadian dan dipercayai melarikan diri berikutan penemuan satu nombor pendaftaran yang mengesahkan kenderaan itu beralamat di Umbai, Melaka.
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Felda Sungai Sayong, Kulai Jaya, itu mengalami kecederaan parah di kepala serta disahkan mati di tempat kejadian.
myMetro
17 Mac 2010
0 comments:
Post a Comment