Wednesday, July 14, 2010

Tiga budak cedera ditikam lelaki

ARKIB 13 JAN 2009

FAKTA:


KEJADIAN : 3 kanak-kanak parah ditikam seorang lelaki
LOKASI : Di hadapan sebuah rumah di Taman Muar, Jalan Bakariah dan sebuah tadika di Taman Sakeh, Jalan Sakeh, Muar


MANGSA-MANGSA YANG CEDERA:
S. Kuhan, 9
Toh Kah Sui, 9
Lee Kang Leng, 5


SUSPEK:
KETINGGIAN : 155-157 sentimeter
PAKAIAN: memakai kemeja-T berwarna putih, berseluar jeans biru dan berjaket biru serta memakai topi keledar bertutup muka penuh berwarna warni.
MOTOSIKAL : nombor plat ialah JF dengan satu lagi huruf selepas F tidak dapat dipastikan, manakala nombornya ialah sama ada 3288 atau 3299.


SEBARANG MAKLUMAT HUBUNGI : hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di 06-9526001


MUAR: Tiga kanak-kanak cedera parah selepas ditikam seorang lelaki, dipercayai kurang siuman, yang menunggang motosikal dalam dua kejadian berasingan, di Jalan Bakariah dan Jalan Sakeh, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 6.50 petang di Taman Muar, Jalan Bakariah, kanak-kanak lelaki S Kuhan, 9, cedera parah ditikam di rusuk kiri.

Dalam kejadian kedua kira-kira 10 minit kemudian, kanak-kanak perempuan Toh Kah Sui, 9, cedera di tikam di bahagian belakang badan dan seorang kanak-kanak lelaki, Lee Kang Leng, 5, cedera di kepala.

Kejadian berlaku di hadapan sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Sakeh, di Jalan Sakeh, kira-kira empat kilometer dari lokasi pertama.

Ketiga-tiga mereka dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah , Asisten Komisioner, Muhammad Nasir Ramli, berkata serangan itu dilakukan seorang lelaki dipercayai kurang siuman bersenjatakan sebilah pisau.

Beliau berkata, polis kini melancarkan operasi mengesan suspek yang dipercayai masih berada di sekitar bandar Muar.

"Oleh kerana suspek bersenjatakan pisau, kita menganggapnya sebagai berbahaya dan orang ramai diminta berhati-hati jika ternampak suspek," katanya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Beliau berkata, suspek dengan ketinggian kira-kira 155 sentimeter memakai kemeja-T berwarna putih, berseluar jeans biru dan berjaket biru serta memakai topi keledar bertutup muka penuh berwarna warni.

Katanya, nombor plat motosikal yang ditunggangnya ialah JF dengan satu lagi huruf selepas F tidak dapat dipastikan, manakala nombornya ialah sama ada 3288 atau 3299.

Orang ramai yang melihat suspek diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di 06-9526001.-BERNAMA

13 Jan 2009


Lelaki tikam tiga budak diburu

MUAR 13 Jan. - Polis menjalankan operasi besar-besaran bagi menjejaki dan memberkas seorang lelaki kurang siuman yang menikam tiga kanak- kanak hingga cedera parah dalam dua kejadian berasingan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli berkata, beliau telah mengerahkan semua anggotanya menjalankan operasi tersebut yang berterusan sejak malam tadi.

"Kami mengesyaki ada seorang suspek dan usaha sedang digerakkan bagi menangkapnya," katanya, di sini hari ini.

Semalam tiga kanak-kanak, dua daripadanya lelaki, S. Kuhan, 9, dan See Kang Leng, 5, manakala seorang lagi perempuan, Toh Kah Hui, 9, cedera ditikam oleh suspek.

Kuhan yang terkena tikaman di bahagian perut kiri diserang semasa berada di hadapan rumahnya di Jalan Bakariah, Taman Muar pada pukul 6.50 petang.

Kira-kira 15 minit kemudian, suspek yang menaiki motosikal pergi ke hadapan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong dan menikam Kang Leng di kepala dan Kah Hui di bahagian belakang badan.

Kesemua mangsa kini masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Kah Hui telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan lanjut.

Mohd. Nasir berkata, suspek amat berbahaya kerana dia mempunyai pisau dan dipercayai masih lagi berada di sekitar bandar ini.

"Memang tiada motif kerana mangsanya adalah kanak-kanak, suspek dipercayai seorang yang kurang siuman," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian, suspek adalah seorang lelaki yang dianggarkan mempunyai ketinggian 157 sentimeter dan memakai topi keledar penutup muka penuh berwarna-warni.

"Dua huruf pertama pada motosikal suspek adalah 'J dan F' dan nombor di belakangnya ialah sama ada 3288 atau 3298.

"Semasa kejadian, dia memakai kemeja-T berwarna putih dengan seluar jeans biru dan dia juga dilihat memakai jaket berwarna biru," katanya sambil memberitahu kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar melalui talian hotline 06-9526001 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Utusan
13 Jan 2009

0 comments:

Post a Comment