Wednesday, July 14, 2010

Prihatin

ARKIB 17 Jun 2010

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut mencuba memasak sambal goreng iaitu makanan tradisional masyarakat Jawa di Kampung Parit Guntung, Sungai Balang, Muar. – utusan/Ishak Rahmad

Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyampaikan bantuan kepada 100 golongan miskin dan warga emas di Kampung Parit Guntong, Sungai Balang, Muar semalam.

Bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang ringgit itu diberikan kepada para penerima yang terdiri daripada pelbagai kaum di kawasan berkenaan.

Di samping beramah mesra dengan golongan kurang bernasib baik serta penduduk setempat, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyediakan masakan sambal goreng yang cukup sinonim dengan masyarakat berketurunan Jawa.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang yang juga Exco kerajaan negeri, Dr. Robia Kosai; Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani dan Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli.

Program amal itu turut mendapat tajaan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Maybank.

Utusan Online
17 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment