Wednesday, July 14, 2010

Rompak ATM guna tukul besi

ARKIB 17 Mei 2010


MUAR - Mesin juruwang automatik (ATM) di salah sebuah bank di sini dipecahkan dalam satu cubaan mencuri wang daripada mesin berkenaan, semalam.

Timbalan Polis Daerah Muar, Superintendan Lee Choon Guan berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku jam 1 pagi berdasarkan rekod pada sistem kamera litar tertutup (CCTV) bank itu.

Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak berjaya membawa lari wang apabila sistem penggera ATM itu berbunyi sehingga menarik perhatian orang awam yang kemudiannya bergegas menghubungi polis.

“Suspek yang datang menaiki motosikal memecahkan mesin ATM ini menggunakan tukul besi.

“Jumlah kerugian dianggarkan lebih RM10,000,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, polis kini sedang memburu suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Sinar Harian
17 Mei 2010

0 comments:

Post a Comment